Tuesday, November 18, 2008

Harga minyak turun lagi

Harga minyak turun lagi buat kali kelima sejak bulan ogos lalu. Harga minyak kali ini hampir menyamai harga minyak sebelum kenaikannya 5 Jun yang lalu. Namun, harga barangan masih tidak menampakkan penurunan lagi.
Penurunan harga minyak ini sepatutnya memberi kesan baik kepada kita sebagai mahasiswa/pelajar.
Sebagai seorang mahasiswa yang rasional, kita harus memikirkan sejauh mana perkaitan antara penurunan harga minyak dengan harga barang mentah atau barang siap dalam jangka masa pendek atau panjang. Sedikit susah untuk pengusaha menurunkan harga barang dalam jangka masa pendek walaupun harga barang menampakkan penurunan.
Walaubagaimanapun, pihak MPP akan melihat perkara ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kafeteria untuk mengurangkan bebanan pelajar.
Sama-sama kita mendoakan agar harga makanan di kafeteria akan dikurangkan pada semester depan demi kebajikan pelajar

1 comment:

komuniti UMS said...

penurunan harga minyak baru-baru ini memang wajar tetapi selaku seorang mahasiswa sepatutnya berlaku perubahan dalam perbelanjaan harian kita..harap-harap lepas ni harga yuran turun pula..