Sunday, November 30, 2008

Mahasiswa harapan masa depan Negara

Tidak dapat disangkal lagi, mahasiswa merupakan aset yang paling penting kepada pembangunan negara. Golongan mahasiswa memiliki segalanya. Intelektual, karisma, pengaruh, semua ini menjadikan mahasiswa itu sebagai cerminan kepada masa depan negara. Negara memerlukan bakat kepimpinan yang berkualiti daripada warganya terutama sekali golongan muda bergelar mahasiswa. Warga mahasiswa sepatutnya sedar akan hakikat ini. 20 – 30 tahun akan datang negara ini akan dijenterakan oleh mahasiswa kini. Keupayaan mahasiswa hari ini menampakkan pemerintahan negara masa akan datang.

Ayuhlah rakan-rakan mahasiswa, bangkitlah menyumbang kepada negara. Bermula hari ini, bukan esok, tidak pula lusa, apa lagi tulat. Fikirkan apa yang akan terjadi kepada negara tahun-tahun akan datang. Jangan lagi kita asyik menunggu dan membiarkan sesuatu lalu di hadapan mata kita begitu sahaja. Selesaikan ia dahulu sebelum terjadi. Jangan pula kita menunggu orang lain merubah kita, gerakkan langkah ke arah matlamat yang realistik. Jangan lagi kita menganggap perjuangan mahasiswa sebagai sia-sia. Perjuangan kita sebenarnya ialah perjuangan hakiki yang menjadi halaman awal kepada pembangunan negara yang lebih maju.

Rakan-rakan mahasiswa sekalian, masalah sosial yang membelungi mahasiswa kini perlu dirawat seawalnya. Saya yakin, masalah ini belum lagi mampu meninggalkan kesan negatif mendalam kepada mahasiswa. Tingkatkanlah keimanan, halangilah nafsu membuas yang hanya akan merugikan diri dan warga keseluruhannya. Kita patut meninggalkan segala bentuk perkara yang mendatangkan impak tidak baik. Cukuplah sudah kita melihat berleluasanya pasangan sejoli bermesraan di khalayak ramai tanpa rasa segan sedikit pun dan cukuplah sudah kita mendengar kes sana kes sini yang akhirnya hanya akan memburukkan nama UMS dan mahasiswanya. Jadikan detik ini sebagai permulaan untuk kita perbaiki kelemahan. Pertuturan kita perlu sopan, pergaulan kita perlukan keterbatasan, pemikiran kita perlunya kematangan dan proaktif dan cara pemakaian kita perlu menunjukkan seorang mahasiswa yang berwawasan bukannya berlandaskan peredaran zaman.

Akhirnya, kita sebagai mahasiswa perlu berani mencuba demi kepentingan dan kebaikan kita semua. Didiklah, pimpinlah dan motivasikanlah diri kita menjadi insan yang memiliki pendirian, insan yang mempunyai kecerdikan dan insan yang ada keistimewaan. Fikirkanlah demi masa depan yang bermanfaat kepada generasi kita akan datang. Sumbanglah sesuatu bermula sekarang. Ingat rakan mahasiswa sekalian, kita tidak boleh lari daripada realiti yang kita akan menerajui negara pada masa akan datang.
PEMUDA MASA KINI, GAMBARAN NEGARA MASA AKAN DATANG. Sama-sama kita doakan agar kita mampu mewarisi negara ini dengan baik.

Tuesday, November 18, 2008

Harga minyak turun lagi

Harga minyak turun lagi buat kali kelima sejak bulan ogos lalu. Harga minyak kali ini hampir menyamai harga minyak sebelum kenaikannya 5 Jun yang lalu. Namun, harga barangan masih tidak menampakkan penurunan lagi.
Penurunan harga minyak ini sepatutnya memberi kesan baik kepada kita sebagai mahasiswa/pelajar.
Sebagai seorang mahasiswa yang rasional, kita harus memikirkan sejauh mana perkaitan antara penurunan harga minyak dengan harga barang mentah atau barang siap dalam jangka masa pendek atau panjang. Sedikit susah untuk pengusaha menurunkan harga barang dalam jangka masa pendek walaupun harga barang menampakkan penurunan.
Walaubagaimanapun, pihak MPP akan melihat perkara ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kafeteria untuk mengurangkan bebanan pelajar.
Sama-sama kita mendoakan agar harga makanan di kafeteria akan dikurangkan pada semester depan demi kebajikan pelajar

Sunday, November 16, 2008

Masalah PTPTN

Pihak kami menerimaaduan mengenaisurat makluman PTPTN yang menyatakan pelajar-pelajar tertentu disekat PTPT-nya
Kita merasakan ada sedikit kesilapan daripada pihak PTPTN
Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar pelajar-pelajar terbabit memaklumkan kepada kami secepat mungkin

Untuk makluman juga, PTPTN akan membuka 'centre' di Kota Kinabalu untuk Cawangan Borneo. Kita mengharapkan agar pembukaan 'centre' ini akan memudahkan lagi urusan kita

Thursday, November 13, 2008

Misi bantuan mangsa banjir Beaufort dan Tenom

Kita bersimpati ke atas mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom.
Sebagai warga yang prihatin, kita sebagai warga mahasiswa perlu turun padang membantu mengurangkan beban.
Oleh yang demikian, pihak MPP dalam perancangan untuk menjalankan derma kilat untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.
Kepada rakan-rakan sekalian, hulurkanlah bantuan, ringankan beban. Sumbangan boleh berbentuk wang, pakaian, buku dan lain-lain.
Pihak MPP juga akan menghantar beberapa mahasiswa untuk menjalankan khidmat siswa dengan membantu mangsa banjir membersihkan kawasan rumah dan sebagainya.
Apa yang kami harapkan kerjasama seluruh mahasiswa.
Kami akan memberikan infomasi terkini dalam masa terdekat.

Monday, November 10, 2008

Mahasiswa perlu berfikiran rasional

Mahasiswa kini perlu berfikiran lebih rasional dalam menilai segala isu berkaitan kampus mahupun luar kampus. Mahasiswa juga harus melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut agar dapat mempertimbangkan keputusan sewajarnya. Jangan cepat menilai sesuatu berdasarkan emosi dan kemarahan, nilailah berdasarkan cerdik akal dan kewajaran. Jadilah penyumbang kepada perjuangan mahasiswa

MAHASISWA MENJANA KEUNGGULAN UMMAH


salam perkenalan daripada MPP sesi 2008/2009

kami mengharapkan kerjasama padu daripada seluruh mahasiswa UMS dalam kita sama-sama memartabatkan mahasiswa UMS di arena global