Thursday, January 8, 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA


(RESPON)

Saya melihat perkara ini perlu dilihat daripada perspektif yang lebih luas. Mengapa mahasiswa dibenarkan turut serta berdemonstrasi? Apa rasionalnya?

Saya memikirkan saranan Menteri Pengajian Tinggi ini hanya akan membawa kepada 'kecairan AUKU 1971 pindaan 2008' itu sendiri. Mungkin selepas ini akan lebih banyak PERMINTAAN yang lebih2 daripada pelbagai pihak. Ini juga sebenarnya memperlihatkan AUKU 1971 ini boleh berubah aplikasinya. Akta ini perlu teguh berdiri. Kita khuatir ianya akan dimanipulasikan oelh pihak-pihak tertentu demi kepentingan masing-masing. Kita masih melihat AUKU 1971 relevan dalam menjaga perpaduan dan keharmonian hidup di kampus terutamanya pengaplikasiannya di UMS.

Saya masih tetap pendirian untuk menasihati rakan-rakan agar tidak turut serta di dalam sebarang bentuk demonstrasi

4 comments:

Anonymous said...

izinkan saya mencoret sedikit.
saya tidak berapa arif dgn akta2 auku. tp bg saya, dalam isu ini, bukan rakyat, pelajar mahupun mana2 pihak yg bersalah. tapi kerajaan itu sendiri.
pada asalnya auku dibuat utk menghalang pelajar2 uni (n byk lagi)dr membuat sebarang demonstrati.
bilamana kerajaan sendri membuka ruang sedikit, dgn membenarkan demonstrasi diadakan, secara tidak langsung, kerajaan membenarkan pelajar2 uni utk meluahkan pendapat mereka.

so wats wrong??

Unknown said...

Isu AUKU, antara yang hangat diperdebatkan.

Kenapa tidak diperdebatkan juga yang dikalangan pentadbiran awam tertinggi Universiti @ lebih tepat urusan pentadbiran Universiti, selalu 'beroperasi' berbaukan politik?

Sejauh mana pendidikan di Malaysia tidak dipolitikkan?

Mahu tahu juga ni untuk persoalan ni...

Anonymous said...

Salam wasilah abg Pres, saya berpendapat isu demonstrasi ini bukanlh budaya rakyat Malaysia,isu AUKU merupakan isu yang sentiasa hangat dalam kalangan mahasiswa tetapi sering dipolitikkan demi kepentingan masing-masing.seandainya pelajar ingin meluahkan perasaan mereka bukan melalui demonstrasi etapi melalui kaedah yang menunjukkan kematangan mahasiswa itu sendiri adalah lebih baik, sungguhpun ada yang berpendapat cara tersebut adalah lebih mudah tetapi cara tersebut tidak menunjukkan cara pemikiran yang intelek..
Apa pun kecairan AUKU menyebabkan kekuatan AUKU boleh dilemahkan malah akan ada pihak yang akan meminta leih daripada ini.
Seandainya terdapat pihak terkilan akan kenyataan saya maaf dipinta,kerana saya berpendapat hidup kita berlandaskan peraturan seperti umat ISLAM hidup berlandaskan AL-QURAN sebagai pedoman hidup...
wasalam Zan..

Anonymous said...

Salam buat semua..
Seruan dari kerajaan tu sama jugak mcm kita yang inginkan kedamaian..
Kita sama2 pikirkan baik buruk semua benda tu..
AUKU or apa2 jak pun ndak kisah lah..
Yang penting apa yang kita buat biarlah berasas..
Wasalam..
hamba ALLAH..