Monday, January 26, 2009

PENGANJURAN RIHANNA LIVE IN KL – KEPUTUSAN KURANG TEPAT

Pada 13 Februari 2009 akan datang, satu konsert RIHANA LIVE IN KL akan diadakan. Konsert tersebut telah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Konsert yang dianjurkan oleh Pineapple Concert Sdn Bhd ini dilihat akan mampu menarik ramai peminat untuk menyaksikan sendiri kehebatan penyanyi tersebut.
Saya melihat keputusan kerajaan memberikan lampu hijau untuk penganjuran konsert ini sebagai sesuatu yang kurang tepat. Walaupun pihak penganjur memberikan keyakinan mengenai tatasusila penganjuran seperti syarat pemakaian dan sebagainya, kita masih khuatir akan banyak perkara negatif akan timbul. Misalannya, pergaulan anak muda yang menonton akan menimbulkan masalah sosial ditempat penganjuran. Kita juga khuatir akan banyak botol-botol minuman keras bertempiaran selepas tamat konsert.
Saya juga melihat penganjuran konsert ini akan menarik ramai anak muda untuk datang menyaksikannya. Belum lagi dikira peminat-peminat daripada negara luar Malaysia yang tidak akan melepaskan peluang kehadiran Rihanna ke Malaysia. Sudah pasti kehadiran pelbagai penonton ini akan menyukarkan kawalan terhadap penonton yang akan menyaksikan konsert ini kelak.
Mungkin sebagai alternatif bagi menghalang perkara-perkara negatif daripada berlaku, pihak penganjur perlu melakukan perkara-perkara ini:
1. Mengadakan konsert di tempat yang tertutup(dewan tertutup)
2. Memberikan syarat pemakaian kepada penonton yang hadir(pakaian formal dan profesional)
3. Melarang keras sebarang minuman keras dibawa masuk ketika konsert
Kita mengharapkan agar konsert ini akan berjalan baik tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

6 comments:

syahadatul said...

lembut sangat,,kita boikot terus la..inilah muslimin sebenar..terang2 benda yang tidak baik melalaikan,fitnah..apalagi yang menyaksikan penyanyi yang separuh bogel..ish2

siswaunggul.blogspot.com said...

Kenapa perlu mahu boikot terus. tampillah membuat penambahbaikan. Saya suka cara dan kaedah Tuan Guru Nik Aziz semasa Mawi membuat konsert di Kelantan. Pemuda PAS duduk membantah dan ingin memboikot. Tetapi Tuan Guru memngambil peluang tersebut untuk berjumpa dengan peminat2 Mawi. Dia tarbiah dengan cara yang betul. Dia tidak bertindak melulu. Dia rasional dalam berfikir. Syahadatul, jangan asyik melakukan perkara membantah tanpa alternatif. Mahu bantah boleh tetapi beri alternatif. InsyaAllah kita akan melihat sinar Islam di Malaysia

Anonymous said...

PRES kita selalu bercakap tentang penambahbaikan dan alternatif....
kita tgk sejauh mana keberkesanan alternatif dan penambahbaikan yang dicanang2kan oleh beliau itu..
mesti ingat, kadang2 tak semua komen atau teguran perlu ada alternatif...
contoh babi haram, nak cari alternatif jugak ke supaya babi tu halal...
kita bercakap dari skop yang specifik bukan yang luas ye...kalau kata alternatifnya makan lembu dan kambing, itu secara luasnya bukan specifik....

Anonymous said...

pakcik anonymous.. pakcik anonymous IIIVVV berkate2 plak.. fikirlah logik sket.. bende yang haram dan bende yang dah menjadi budaya ni dua benda yang berlainan ma...

jangan buat statement menyakitkan hati oh!!

Anak Kangkung said...

Alternatif? Well, ok lah kot.. Tapi,pandangan Syahadatul berkaitan isu konsert ne mmg ada benarnya.. Syahadatul,AK sokong comment hang terutama ayat hujung tu.. =)

Shardy said...

aku tak setuju...betul2 tak setuju.... masyaAllah dunia2....nak kiamat dah ni woiii!!! sedarlahhh wahai manusiaaaaaaAAA.....