Tuesday, February 24, 2009

MAHASISWA DAN KEPIMPINAN DALAM MELAHIRKAN BAKAL PEMIMPIN NEGARA YANG BERKUALITI

Tidak dapat dinafikan, masyarakat kini ada yang melabel mahasiswa sebagai ‘lesu’. Ini disebabkan mahasiswa kini kurang peka terhadap isu-isu luar kampus seperti soal berkaitan politik semasa, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mahasiswa terlalu memfokuskan kepada hal ehwal akademik semata-mata hingga melupakan isu-isu dan keadaan yang berlaku di persekitaran.
Sudah semestinya tujuan hakiki mahasiswa melanjutkan pelajaran ke menara gading ialah untuk menggapai kecemerlangan akademik dengan memperoleh PNGK sebaik mungkin. Namun, para mahasiswa harus sedar akan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius bagi mewujudkan mahasiswa unggul yang seimbang dari segala aspek kerana mahasiswalah yang akan menjadi faktor utama kejayaan pembentukkan modal insan kelas pertama yang diidamkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi.
Antara perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan oleh semua mahasiswa ialah kepimpinan. Mahu atau tidak, mahasiswa akan menjadi pemimpin pada masa akan datang tidak kira pemimpin peringkat negara, negeri, organisasi tertentu atau setidak-tidaknya pemimpin kepada sesebuah keluarga. Mahasiswa kini perlu memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
Penterjemahan definisi kepimpinan bersifat subjektif. Orang akan menilai daripada aspek yang pelbagai. Ada kalanya nilaian itu positif dan ada kalanya negatif. Mahasiswa tidak perlu khuatir mahupun takut untuk berdepan dengan sebarang cabaran di hadapan untuk memperbaiki kualiti kepimpinan diri. Kepimpinan perlu dipelajari. Pepatah Inggeris ‘leaders are not born, leaders are made’. Mahasiswa perlu ke hadapan untuk menjadi pemimpin di Universiti masing-masing. Mahasiswa perlu tonjolkan pribadi berkualiti dan kredibiliti dalam mengangkat nama universiti-universiti di Malaysia.
Mahasiswa perlu terjemahkan kepimpinan dengan mengikuti aktiviti-aktiviti berbentuk kemahasiswaan, akademik, kebudayaan, kemasyarakatan dan hiburan. Mahasiswa perlu tonjolkan aktiviti tersebut selari dengan adab ketimuran dan berlandaskan pegangan agama yang tulen. Melalui penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti-aktiviti ini, ciri-ciri kepimpinan akan dapat ditingkatkan kualitinya dan sekali gus mampu membawa mahasiswa mencapai status mahasiswa unggul.
Apabila membicarakan konsep mahasiswa dan kepimpinan, kita tidak boleh pisahkan ia dengan politik mahasiswa. Mahasiswa tidak boleh terkebelakang dalam bidang politik. Namun konsep politik bagaimana harus mahasiswa tonjolkan. Adakah politik yang dipengaruhi secara total oleh politik luar yang jika kita nilai sebagai seorang mahasiswa yang berintelektual tinggi, politik negara kini perlukan penambahbaikan. Sememangnya mahasiswa perlu tonjolkan politik yang berkualiti dan tinggi profesionalnya. Kita tidak menolak politik Malaysia itu sendiri perlu dijadikan contoh oleh mahasiswa dalam usaha kita menambahkan kualiti politik Malaysia namun mahasiswa tidak boleh menerimanya secara total.
Mahasiswa perlu mempertimbangkan relevannya sesuatu perkara. Segala perkara yang diterima perlulah dilihat sebagai sesuatu yang memihak kepada mahasiswa. Pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan perlu mengambil kira konsep ‘win-win situation’. Sesuatu isu yang timbul perlunya kebijaksanaan mahasiswa untuk menyelesaikannya. Tipsnya, kita letakkan kepentingan mahasiswa di tempat tertinggi dan jangan sama sekali menidakkan hak dan kepentingan pihak-pihak lain.
Dalam kita memperkatakan mengenai politik, sebagai mahasiswa yang bertindak dan sepatutnya bersifat bebas, kita perlu berpendirian secara ‘neutral’ dalam politik. Mahasiswa sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak secara total. Mahasiswa perlu memilih mana-mana yang baik yang datang daripada mana-mana pihak dan menolak mana-mana idea yang tidak baik. Pendirian mahasiswa perlu teguh.
Namun, definisi ‘neutral’ kita sebagai mahasiswa harus berlandaskan prinsip hormat kepada pemimpin. Mahasiswa perlu hormat kepada pentadbiran universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, mahasiswa perlu hormat kepada kementerian pengajian tinggi di bawah Y.B Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin dan mahasiswa perlu menghormati kepimpinan negara semasa di bawah pimpinan Y.A.B Datuk Seri Abdullah Badawi.
Sebagai mahasiswa yang rasional, kita perlu tampil sebagai seorang ‘mahasiswa alternatif’ yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan universiti dan negara secara keseluruhannya. Kita jangan asyik tampil membantah mengenai sesuatu isu berbangkit dengan mengatakan tidak, tidak dan tidak tanpa memberikan sumbangan idea dan cadangan kepada penambahbaikan. Sampai bila kita ingin berada di kepompok lama. Kita perlu keluar dan mencipta status mahasiswa unggul. Jadilah mahasiswa yang berguna kepada agama, negara dan bangsa.
Satu lagi isu yang perlu difahami oleh mahasiswa ialah AUKU 1971 pindaan 2008. Atas kapasiti sebagai Presiden MPP UMS yang juga merupakan anak kelahiran Sabah, saya suka membincangkan isu ini berdasarkan sudut menyeluruh dan suasana di UMS dan Sabah. AUKU 1971 pindaan 2008 sebenarnya kurang difahami sebaiknya oleh mahasiswa. Jika membicarakan mengenai AUKU sudah tentu perkara 15 yang menjadi perbualan wajib dan meninggalkan perkara-perkara lain yang lebih penting sebenarnya.
Kami di MPP UMS menyambut baik AUKU 1971 pindaan 2008 dan menyokong pindaan tersebut terutamanya perkara 15. Di UMS, mahasiswa hidup dengan penuh toleransi dan tinggi kesepaduannya. Tidak keterlaluan jika sekiranya kami meletakkan perpaduan mahasiswa di UMS adalah antara yang terbaik di kalangan IPTA/S. Ia sangat berkait rapat dengan sistem yang diikuti di UMS dan di Sabah itu sendiri.
Berhubung dengan penetapan bahawa mahasiswa tidak boleh menjadi ahli kepada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan haram daripada segi undang-undang dan mana-mana persatuan yang menjejaskan kesentosaan hidup di kampus. Parti politik di Malaysia adalah berlandaskan kumpulan-kumpulan tertentu iaitu berteraskan perkauman ‘racially based parties’. Walaupun ada beberapa parti politik yang mendakwa memperjuangkan semua kumpulan namun hasilnya tetap sama iaitu membesarkan lagi jarak hubungan antara kaum di Malaysia.
Jika sekiranya mahasiswa dibenarkan menjadi ahli dalam mana-mana parti politik dan bergiat aktif, sudah tentu jurang pemisahan di antara mahasiswa semakin besar dan sifat mementingkan parti atau lebih tepat lagi sifat mementingkan kaum akan semakin menebal. Kita lihat sahaja situasi politik di luar. Sesama kumpulan sudah menampakkan perpecahan. Kita tidak mahu ia berlaku di universiti. Biarlah kita sebagai mahasiswa sendiri yang mencipta cara hidup yang lebih baik dan berkualiti hingga dapat dijadikan contoh oleh masyarakat luar. Kita perlu kekalkan keharmonian hidup di kampus. Jangan biarkan diri kita mudah diprovokasikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Kita harus berpendirian sebagai mahasiswa yang berintelektual tinggi.
Kita tidak menolak untuk meminta pihak kerajaan membenarkan mahasiswa terlibat secara aktif dalam politik tetapi kita tunggulah dahulu situasi politik Malaysia membenarkan kita mengaplikasikannya. Kita tunggulah dahulu politik Malaysia berada di tahap profesionalisme yang tinggi yang tidak akan mengambil kesempatan atas kesempitan terutamanya kepada mahasiswa yang berdarah muda

Sunday, February 22, 2009

Pelajar sekolah kini di tahap membimbangkan

Saya terkejut apabila membaca berita seorang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh 24 remaja yang rata2nya merupakan pelajar sekolah yang sama. Puncanya hanyalah salah faham akibat seorang 'teman wanita'

Saya melihat, sebagai seorang bakal guru dan juga warga Malaysia yang prihatin, kita harus melihat ini sebagai sesuatu yang sangat serius dan perlu lakukan sesuatu.

Kalau kita lihat para pelajar sekolah kini sangat membimbangkan. Mungkin ponteng sekolah sudah menjadi perkara yang sangat biasa kepada kita. Para pelajar sekolah tidak takut untuk berada diluar sekolah pada waktu P&P sedang berlaku. Isu coupling dikalangan para pelajar sekolah juga menjadi perkara biasa. Isu rokok, terlibat dgn kes2 jenayah seperti gengsterism,mencuri,merompak,dadah dan seks bebas.

Ingat, mereka dan kitalah yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Suka saya memetik kata2 Profesor Doktor Yusof Al-Qardhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor pada masa kini berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauqi pernah bermadah yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang.”

Kita sangat khuatir akan masalah ini. Jangan salahkan sesiapa. Marilah kita semua mengambilnya sebagai suatu tanggungjawab besar untuk memastikan anak bangsa kita kelak sebagai bangsa yang baik akhlak dan pribadinya.

Kita sebagai mahasiswalah yang seharusnya menjadi golongan paling hadapan untuk menyelesaikan isu ini

Wednesday, February 18, 2009

Perkhidmatan bas UMS atau Swasta?

Perkara ini menjadi isu yang mesti diselesaikan secepat mungkin. Untuk pengetahuan rakan2 mahasiswa, masalah bas yang berlaku kebelakangan ini adalah disebabkan oleh perkara ini. Pemandu2 bas telah mengadakan mesyuarat dan menetapkan pendirian mereka.

Cadangan perkhidmatan bas untuk diswastakan adalah daripada pihak pentadbiran. Terdapat banyak baik dan buruk kepada pelaksanaan perkara ini. Yang baiknya mungkin perkhitmatan dari sudut masa akan lebih efisyen. Namun yang kurang baiknya pemandu2 bas UMS akan menerima kesan kurang baik seperti ada diantara mereka akan diberhentikan dan lain2 lagi. Dalam masa pendek kita melihat penswastaan ini memberi sedikit kelebihan kepada kita namun dalam masa pjg ianya akan memberikan kesan sampingan yang negatif kpd kita.

Minta pendapat rakan2 mahasiswa sekalian

Tuesday, February 17, 2009

Apa kejayaan MPP 2008/2009?

Salam unggul kepada mahasiswa UMS. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi saya ingin rakan2 mahasiswa tahu setakat 3 bulan 24 hari ni apa yang MPP 2008/2009 telah lakukan.

1. Penghantaran pelajar ke Airport T1 dan T2 dan stesen bas Inanam semasa cuti semester yang lepas. Respon yang baik daripada pelajar
2. Pengambilan pelajar dari Airport T1 dan T2 dan stesen bas Inanam setelah tamat cuti semester. Respon sangat baik. Pelaksanaanya mirip MSM
3. Pintu pagar Kolej Indah Permai dipanjangkan sehingga jam 9 malam berbanding jam 7 malam semester lalu
4. Kewujudan 'speakers corner' bagi menyediakan kepada pelajar saluran yang betul untuk menyalurkan sebarang idea disamping memupuk budaya ilmu yang komprehensif dalam UMS. "Speakers Corner" akan berlangsung bermula pada minggu hadapan dan tatacara pelaksanaannya akan diiklankan dalam masa terdekat
5. Mewujudkan sekretariat 'rukun tetangga' yang mana kita melihat ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di UMS disamping menjaga dan memantau tahap keselamatan di sekitar UMS.
6. Status MUET band 3 untuk konvo ditukar kepada BI C+. Perkara ini diperjuangkan oleh MPP sesi 2007/2008 dan MPP 2008/2009 akan pastikan syarat ini akan lebih memihak kepada pelajar. Kita akan berusaha semua pelajar dapat mengikuti konvo pada sesi akan datang

Yang akan datang
Pihak MPP juga dalam usaha akhir untuk memastikan beberapa perkara menjadi realiti:
1. Komputer 50 buah akan disediakan di setiap kolej kediaman. Dimulakan dengan kolej Indah Permai dalam masa terdekat beserta 'wireless' ums public bagi kegunaan para pelajar di kolej2 kediaman.
2. Pembinaan bastop kekal di Perhentian Bas DKP bagi keselesaan pelajar menunggu bus
3. Pembinaan 'roundboard' di bastop atas kolej kediaman AB supaya bas untuk kolej AB akan naik ke atas semula
4. Kempen akademik yang berteraskan kerohanian, kesahsiaan dan kenegaraan. Pihak MPP telah mencadangkan kepada pihak pentadbiran UMS dan disokong penuh berkenaan kempen akademik ini. Pelaksanaanya lebih bersifat adab2 menuntut ilmu yang perlu dipraktikkan oleh seluruh warga UMS. Misalannya memulakan dan mengakhiri kuliah dengan doa mengikut kepercayaan masing2, datang ke kuliah dalam keadaan yang suci(berwuduk bagi yang muslim), datang ke kuliah dengan pakaian yang sopan dan beradab, pensyarah memulakan kuliah dengan memberikan sedikit motivasi dan fokus kepada subjek kenegaraan seperti kuliah hubungan etnik dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku.
5. Penghantaran pelajar terus ke destinasi seperti Pantai Timur Sabah dan stesen2 pengangkutan sekitar KK pada cuti semester akan datang
6. Memperhebatkan bantuan kewangan kebajikan pelajar. Minta para pelajar menggunakannya dan boleh berhubung terus kepada MPP 2008/2009. Kes2 seperti kemalangan, kecederaan, pembedahan, pada diri dan keluarga terdekat seperti ibubapa akan diberi keutamaan untuk diberikan bantuan. Saya harap agar pelajar tahu akan saluran bantuan ini dan menggunakannya

Beberapa perkara lagi yang MPP 2008/2009 akan usahakan untuk direalisasikan. Saya akan maklukamkan dari masa ke semasa

Monday, February 16, 2009

Mengapa MPP tidak mendapat tempat di hati mahasiswa?

Majlis Perwakilan Pelajar kini sudah hilang sengatnya. MPP tidak lagi dipandang sebagai wakil pelajar yang berpengaruh. MPP tidak lagi disebut-sebut sebagai hero. MPP tidak lagi berprestij seperti dulu. Kini MPP dianggap sebagai badan 'pengawas'. MPP dianggap 'sia-sia'. MPP kurang mendapat tempat dihati mahasiswa. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah MPP sudah tidak relevan lagi? Adakah MPP itu intitusi memperjuangkan hak individu sahaja. Atau ahli dalam MPP itu hanya inginkan title 'MPP' sahaja tanpa faham tugas sebenar sebagai MPP?

Pada hemat saya, Institusi MPP kini menjadi seperti itu disebabkan beberapa faktor:
1. Sistem nilai mahasiswa yang meletakkan MPP ditempat tertentu berdasarkan 'performence' MPP
2. Warisan pemikiran yang menganggap MPP dari sesi ke sesi tidak menyengat
3. MPP itu sendiri tidak bertugas sebagai seorang MPP
4. Kelesuan perjuangan MPP sesi2 sebelum ini yang menjadikan sistem 'menilai' MPP terlalu subjektif
5. Sikap mahasiswa yang tidak memberikan peluang, kerjasama, sokongan kepada MPP
6. Niat menjadi seorang MPP tidak diperbetulkan

Kesemua faktor yang tertulis diatas boleh diatasi dengan baik. Ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Jika MPP itu sahaja ingin berubah tetapi tidak mahasiswa, anjakan perubahan itu sukar untuk direalisasikan. Berilah peluang kepada MPP untuk membuktikannya dengan membantu memberikan sumbangan idea dan cadangan kepada usaha penambahbaikan.

Kita ingin melihat pergerakan perjuangan mahasiswa di UMS ini murni dan nampak jelas. Kita ingin mewujudkan kuasa mahasiswa di UMS dengan pengaruh unggul yang dimiliki oleh mahasiswa. Sekali lagi saya nyatakan, MPP sahaja tidak cukup tanpa sokongan rakan2 mahasiswa.

Sama2 lah kita menjadi penyumbang kepada anjakan perubahan yang sering diwar-warkan oleh kita semua. Marilah kita semua keluar dari kepompok mahasiswa lama. Jadilah mahasiswa yang idelistik tetapi relistik. Jadilah mahasiswa unggul yang akan membawa UMS ke arah kecemerlangan. InsyaAllah

Thursday, February 12, 2009

Mahasiswa UMS lesu @ pedulisme?

kita sering mendengar istilah 'mahasiswa pedulisme' vs 'mahasiswa lesu'

kita mahasiswa yang mana satu?

adakah kita peka dengan sebarang isu kampus? isu semasa? isu negara?

sebarang aktiviti adakah kita tahu? kita turut serta?

kalau tidak tahu kenapa? publisiti kurang? atau mahasiswa yang tidak peka?

letak tangan di dada tanya diri kita semua

Tuesday, February 10, 2009

Valentines Day bukan budaya kita

Memang tidak dinafikan sebagai seorang remaja kita memiliki sifat mengasihi dan dikasihi, menyayangi dan disayangi, merindui dan dirindui. Memang fitrahnya manusia begitu apatah lagi kita sebagai remaja. Kita mempunyai naluri cinta dan sayang yang begitu tinggi.

Namun apa yang kita lihat sekarang, remaja sudah silap mengintepretasikan perasaan cinta dan sayang tersebut. Remaja kini sedikit lari dari landasan sebenar. Saya yakin tidak kira apa agama dan kepercayaan kita tidak mengiktiraf cinta negatif ini. Apakah itu cinta negatif? Saya rasa semua remaja tahu secara teorinya namun tidak dapat menaplikasikannya secara praktikal. Memang susah. Cinta negatif adalah cinta yang membawa kepada maksiat. Berkepit ke sana ke sini tidak mengenal malu. Mengalahkan belangkas. Mereka menganggap dunia ini milik mereka. Memang indah tika bercinta, memang ghairah bila berjumpa namun jangan lupa batasan kita. Kita tidak mahu percintaan remaja sekarang membolehkan remaja menaiki motorsikal bersama, berpegang tangan tanpa ikatan yang sah. Ini jelas tidak benar. Salah dan haram.

Kita tidak nafikan cinta itu sendiri namun penterjemahannya perlu betul. Niat perlu juga diperbetulkan kerana niat yang suci.

Kita tidak mahu di UMS ini pasangan-pasangan 'ini' terus berkuasa dan bermaharajalela. Sama2 kita elakkan. Niatlah bercinta untuk berkahwin,insyaAllah kita akan mendapat redha.

Menyentuh berkenaan dengan valentines day, saya nak tegaskan disini ini bukan budaya kita secara total. Kita boleh mengaplikasikannya secara niat yang positif. Tidak salah kita raikan hari kekasih ni hari2 dengan syarat kekasih kita itu ialah isteri kita. Jangan pula meraikannya dengan pasangan yang belum sah dari sisi agama.

Saturday, February 7, 2009

Institusi Diraja perlu dihormati

Situasi politik sekarang amat sukar diramal. Bermula selepas PRU12 yang mana pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi yang banyak dalam Parlimen, ditambah pula keyakinan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan Malaysia kini semuanya terlalu sukar dijangka.

Episodnya bermula dengan kemasukan semula DSAI ke dalam Parlimen melalui kemenangan beliau dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika isteri kesayangannya sanggup megosongkan kerusi tersebut untuk suami tercinta. DSAI tidak boleh dipertikaikan mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Keyakinan PR bertambah selepas itu untuk membentuk kerajaan baru. Seterusnya kerusi Kuala Terengganu juga berjaya dirampas PR. Keyakinan mereka memuncak. Istilahnya sama, pembentukkan kerajaan melalui wakil rakyat yang lompat parti.

Namun semuanya berubah apabila kerajaan Perak bertukar tangan kpd BN. Situasi ini amat pahit ditelan oleh segelintir rakyat Perak. Namun tidak kurang juga yang mengalu-alukan pembentukkan kerajaan baru tersebut. Istilahnya juga hampir sama, cumanya ianya satu realiti bukannya fantasi.Wakil rakyat PR keluar parti dan menyokong pembentukkan kerajaan BN.

Sekali lagi saya tegaskan disini, saya tidak setuju pembentukkan kerajaan seperti itu. Pilihanraya adalah jalan terbaik. Namun, setelah diputuskan Sultan Perak sebegitu semua orang perlu hormat. Tidak perlu nak menghalang keadaan ini untuk terus berlangsung. Kalupun betul kita yakin kita betul, kembalilah kepada Allah. Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.

Memang situasi ini amat rumit. Kalau kita tengok pun kerajaan PR Perak sebelum ini amat lemah, wakil melayu dan Islam dalam kabinet negeri terlalu sedikit. Sudah pasti perjuangan sebenar sedikit sukar dipertaruhkan. Saya melihat penukaran kerajaan perlu dihormati. Kita yakin ada hikmah tersembunyi disebalik kejadian ini. Tidak perlu menampakkan ketidakmatangan politik kita dengan berbaring di jalan raya, menghalang istiadat pemasyuran MB yang baru. Orang luar akan mentertawakan kita. Kita bertelagah sesama sendiri. Ini tidak betul.

Bersabarlah dan yakinlah Allah maha bijaksana. Allah terlalu sempurna untuk mengatur kehidupan manusia. Berilah peluang kepada kerajaan baru untuk melakukan pembaharuan yang positif demi kebaikan rakyat Perak. Institusi Raja perlu terus didokong dan dihormati. Biarpun sebagai rakyat sabah saya tidak berpeluang secara langsung untuk mengalami kehidupan rakyat beraja, namun saya yakin orang melayu memiliki hormat tertinggi kepada raja2 melayu sejak sekian lama. Kekalkan ia selagi tidak bertentangan dengan aqidah

Thursday, February 5, 2009

Kerajaan baru di Perak?

Lewat petang 4 Februari 2009, politik Malaysia digoncangkan dengan pengumuman 3 ADUN Pakatan Rakyat yang keluar parti dan menjadi ADUN bebas. Serentak dengan itu, ADUN Bota yang sebelum ini bertindak keluar dari UMNO mengumumkan kemasukannya kembali ke dalam parti tersebut. Oleh yang demikian, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi. Dalam keadaan ini kedua-dua parti BN dan PR belum layak menubuhkan kerajaan kerana belum mendapat majoriti mudah dalam ADUN.

Namun beberapa spekulasi yang menyatakan BN bakal mengambil alih kerajaan Negeri Perak dimana 3 ADUN bebas tersebut menyokong calon Menteri Besar daripada BN.

Walaubagaimanapapun kisahnya, saya berpendirian bahawa pembentukan sesebuah kerajaan perlu melalui saluran yang betul iaitu dengan Pilihanraya yang sah. Pilihanraya dapat memberikan gambaran kepada kita harapan rakyat dan rakyat mengintepretasikan melalui pembuangan undi. Sepatutnya perkara ini yang berlaku dalam pembentukan sesebuah kerajaan.

Kita tidak menolak kemungkinan pembentukan kerajaan BN di Perak namun kerajaan baru tersebut harus menampakkan kepada rakyat yang mereka adalah kerajaan yang sepakat dan tulen dalam memperjuangkan nasib rakyat. Walaubagaimanapun, pilihanraya merupakan jalan terbaik untuk memberi peluang kepada rakyat Perak memilih kerajaan mereka. Adakah mereka mahu kekal dengan PR yang menghadapi masalah pendirian prinsip ADUN-nya ataukah memilih semula BN yang tewas pada PRU12?

Kita sama-sama doakan situasi politik Malaysia akan terus berjalan baik dan tenteram

Sunday, February 1, 2009

Lompat Parti jejas sistem Demokrasi negara

Walaupun istilah lompat parti ini sebenarnya telah lama wujud, namun ianya menjadi sesuatu yang hangat dan panas selepas PRU ke 12 pada Mac tahun lalu. Ianya bermula apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mewar-warkan ada beberapa ahli Parlimen BN akan lompat parti dan Pakatan Rakyat akan mengambil kuasa pentadbiran negara pada 16 september tahun lalu. Walaupun sampai masa kini berita tersebut masih angan-angan, namun BN dikejutkan oleh tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang bertindak keluar parti menyertai PKR di Perak. Tindakan ini walaupun suatu yang berbentuk perjaungan prinsip namun ianya masih boleh dipertikaikan. Mengapa beliau melompat parti setelah menang atas tiket UMNO(BN) dan menyertai PKR(PR). Adakah beliau akan diberikan sesuatu yang lebih besar didalam Pakatan Rakyat berbanding di Barisan Nasional. Ataupun beliau tidak mempunyai pendirian utuh sebagai seorang pemimpin yang berkredibiliti.
Sekarang pula, hangat diperkatakan 2 Adun Perak daripada PKR(pakatan Rakyat) akan keluar parti sama ada menyertai BN ataupun menjadi ahli Adun bebas. Bermacam-macam isu dan ulasan yang dilontarkan oleh pemimpin dan rakyat. Ada yang mengatakan mereka berdua ingin bebas daripada tuduhan rasuah dan menyertai BN dapat merealisasikan impian mereka. Ada juga yang mengatakan mereka terasa tercabar dengan Adun Bota yang keluar UMNO untuk menyertai PKR yang ura-ura beliau ditawarkan jawatan EXCO kerajaan Perak. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka sudah tidak merasa selesa untuk terus kekal berada di dalam Pakatan Rakyat.
Walau apa pun alasannya, saya merasakan lompat parti atau keluar parti bukanlah suatu tindakan yang bijak. Baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang, mereka harus berpendirian teguh dalam memperjuangkan prinsip yang betul. Kalaupun ada masalah di dalam parti bantulah untuk menyelesaikannya dan bukannya bertindak keluar parti. Ini menampakkan kurangnya kredibiliti pemimpin tersebut.
Apabila keadaan ini akan terus-terusan berlaku, ianya akan mencacatkan sistem demokrasi negara yang mana kemungkinan sesuatu kerajaan negeri mahupun pusat terbentuk bukan melalui Pilihanraya tetapi menerusi ahli ADUN ataupun MP yang keluar parti. Ini salah dan lari daripada prinsip.
Kerajaan yang murni ialah kerajaan yang betul-betul mendapat mandat daripada rakyat melalui pilihanraya dan bukannya melalui sistem lompat. Kita setuju bila mana sesuatu kerajaan tertentu terbentuk melalui sistem pilihan raya yang telus dan kita tolak sebarang pembentukan kerajaan yang melalui sistem lompat kerana kita khuatir pemimpin tersebut sudah hilang kelayakan menjadi wakil rakyat dan pemimpin yang cemerlang.