Monday, April 27, 2009

Kepada pelajar-pelajar praktikal @ latihan industri

Kepada para pelajar yang akan menduduki praktikal dan latihan industri yang memerlukan kolej kediaman (UMS), anda dinasihatkan memohon dengan seksyen perumahan dan perkhidmatan pelajar secepatnya. Untuk pengetahuan, sepanjang cuti semester kolej kediaman akan diperbaiki dan dikemaskinikan.

Anda boleh memohon secara individu mahupun secara berkelompok.

Surat bolehlah dihantar dan dinamakan kepada En. Mat Usup Hj Rashid, Pengurus Asrama, Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS

Friday, April 24, 2009

Tun Mahathir ke UMS pada Julai

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 akan membuat inisiatif besar untuk menjemput Tun Mahathir untuk memberikan ceramah akademik bertajuk "Cabaran dan Peranan Mahasiswa Menjelang Wawasan 2020" pada 25 Julai 2009.

Berdasarkan AUKU 1971 pindaan 2008 yang telah diimplementasi bermula Februari 2009 membenarkan mana-mana ahli politik masuk ke kampus untuk berkongsi dan membicarakan isu akademik. InsyaAllah selepas Tun, MPP akan menjemput pula tokoh politik yang lain.

Sama-sama kita mendoakan program ini akan dapat dijalankan mengikut rancangan

Khutbah Jumaat - 24 April 2009

MENGINSAFI PERBICARAAN DI MAHSYAR


Muslimim yang dirahmati Allah,

Saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita bertakwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar takwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahannya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah hari ini ialah: "Menginsafi perbicaraan di mahsyar ".

Di kesempatan ini, mimbar jumaat ingin mengingatkan kita semua akan gambaran kehidupan abadi yang bakal kita semua tempuhi iaitu kehidupan di padang Mahsyar. Hari akhirat ialah hari dimana semua manusia dibangkitkan semula selepas mati dan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia dahulu dan seterusnya ditentukan samada ia menjadi penghuni syurga atau penghuni neraka. Dasar akidah ini amat penting dihayati kerana ia dapat membimbing kehidupan kita di jalan yang diredhai Allah.

Muslimim yang dirahmati Allah,

Di zaman moden yang serba mencabar ini kita merasa amat bimbang kerana perilaku dikalangan sesetengah umat islam jauh terkeluar daripada syariat islam. Diantaranya ada yang mengutamakan dunia dan tidak pedulikan nasib di akhirat. Demi keseronokkan dunia, nafsu syahwat dipertuhankan. Ada yang secara terang melakukan kezaliman, penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan sebagainya. Ajaran dan panduan syariat tidak dijadikan pegangan dan amalan dalam kegiatan harian. Fenomena kerosakan akhlak di pelbagai peringkat masyarakat seperti penagihan dadah, arak, judi, zina, pergaulan bebas, hiburan liar dan sebagainya didapati meningkat dari masa kesemasa. Keadaan ini terjadi sesungguhnya kerana keyakinan dan pegangan kepada dasar akidah tentang kehidupan akhirat dikalangan kita tidak diutamakan.

Terdapat banyak sekali gambaran-gambaran yang disebut oleh Allah Taala didalam Al-Quran tentang dahsyatnya suasana apabila terjadi hari kiamat nanti. Al-Quran secara jelas dan tegas mewajibkan kita meyakini bahawa hari kiamat pasti dan tetap akan berlaku walaupun tidak diketahui bilakah masa dan ketikanya.

Kedahsyatan yang digambarkan sangatlah menggerunkan sehingga menjadikan seseorang kelihatan terpinga-pinga dan kebingungan. Ada yang kelihatan seperti orang mabuk walaupun sebenarnya Mereka bukanlah mabuk. Ibu-ibu yang sedang mengendong pula akan terus keguguran kerana ketakutan. Begitu juga anak-anak yang sedang menyusu akan tercampak dari pelukan ibunya dan dilupakan begitu sahaja oleh ibunya. Banyak lagi peristiwa dahsyat yang lain yang digambarkan oleh Allah S.W.T untuk renungan kita diantaranya melalui Surah At-takwir ayat 1-3:

Maksudnya: " Apabila matahari dilingkari cahayanya ( dan hilang lenyap ), apabila bintang-bintang gugur berselerakan dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa ( setelah dihancurkan menjadi debu ). "

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Digambarkan juga suasana yang hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "dibumi al-mahsyar " yang masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang berjalan seperti biasa dan ada yang berjalan dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk, bergantung kepada tahap amalan masing-masing.

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ibni Ammar Radiallahuanhuma bahwa Rasul Allah S.A.W memberitahu yang manusia akan dibangkitkan kembali antuk bertemu dengan Allah pada hari kiamat sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah Radiallahuanha bertanya: Lelaki dan perempuan berkumpul sama ya Rasul Allah?. Jawab Rasul Allah S.A.W: Ya!. Siti Aisyah berkata: Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah daripada setengah yang lain. Rasul Allah S.A.W menepuk bahu Aisyah dengan bersabda: Kesibukkan manusia pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, kebanyakkan pandangan mereka pada saat itu mengarah ke langit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan dan tidak minum, ada yang berpeluh sampai ke tumit, betis, perut dan ke mulut kerana lamanya berdiri. Kemudian berdiri para malaikat mengelilingi Arash lalu Allah menyuruh menyeru NAMA fulan bin fulan. Maka semua yang hadir melihat orang yang dipanggil untuk mengadap Allah S.W.T dan apabila ia sudah mengadap Allah, lalu dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya dan dizaliminya untuk diberikan kebaikannya kepada orang tersebut kerana pada saat tersebut tidak ada pembayaran dengan emas atau perak. Semua orang yang pernah dianiaya dan dizalimi menagih kebaikan darinya sehingga habis kebaikannya, lalu diambil dosa-dosa orang yang dianiaya dan dizalimi tersebut untuk dipikulnya. Kemudian setelah selesai semuanya maka diperintahkan Allah kembalilah ketempatmu ke Neraka HAWIYAH kerana pada hari ini tidak ada penganiayaan. Sesungguhnya Allah amat segera perhitungannya dan pembalasannya. "

Muslimim yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Barzatal Aslami bahwa Rasul Allah S.A.W bersabda:



Maksudnya: " Tidak berganjak kaki seorang hamba sehingga ditanya kepada-Nya tentang umurnya digunakan untuk apa sampai akhir hayatnya. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan atau tidak), dan hartanya dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan, dan badannya untuk apa ia pergunakan “ (Sunan Darimi)


Sidang Jumaat yang berbahagia,

Keyakinan kepada hari kiamat akan memberi kesan yang sangat mendalam ke dalam jiwa setiap orang islam dalam usaha mencapai matlamat kehidupan yaitu mendapat kecemerlangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan meyakini bahawa pada hari kiamat kita tetap akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk dibicarakan dimahkamah Rabbul Jalil di atas segala tindak tanduk dan amalan yang kita lakukan semasa hidup di dunia dan akan menerima pembalasan yang setimpal dan adil saksama dari Allah. Oleh itu bersegeralah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan sentiasa mentaati semua perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan yang merangkumi dasar perjuangan, perancangan termasuk cara berfikir, cara bertindak dan cara mencapai sesuatu tujuan dan matlamat. Marilah kita warnakan seluruh aktiviti kehidupan kita dengan sistem hidup yang digariskan oleh Allah S.W.T dan sekaligus meninggalkan segala bentuk fahaman dan amalan akhliah yang bercanggah dengan syariat Allah.
Maksudnya: " Setelah berlaku demikian maka ( manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing ), adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah HAWIYAH. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia HAWIYAH itu? (HAWIYAH itu ialah) api yang panas membakar. "
( Surah Al-Zalzalah ;ayat 6-11 )



اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Sidang Jemaah yang berbahagia,


Sekali lagi saya berpesan, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha untuk lebih bertakwa kepada Allah SWT kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi ketaqwaannya. Bertaqwalah dengan ikhlas dengan menepati kehendak-Nya, semoga kita peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Saya juga ingin mengingatkan dan menyeru kepada semua terutamanya sahabat-sahabat mahasiswa sekalian untuk kita meletakkan tekad menjadi seorang mahasiswa yang berguna kepada kedua ibubapa kita, kepada agama, bangsa, negara dan UMS yang tercinta. Sama-sama kita mendoakan semoga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat dan redha Allah Taala.

Tuesday, April 14, 2009

Jom Balik Kampung Bersama Bas UMS

MPP sesi 2008/2009 di bawah Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar bakal mengadakan satu program menarik yang ditunggu2 oleh mahasiswa UMS iaitu penghantaran pelajar ke terminal dan destinasi baru Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak sempena cuti semester ini. Kaunter pendaftaran telah diadakan minggu lepas.

Penghantaran tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

1. Penghantaran pelajar ke lapangan terbang dan sewaktu dengannya = 9 - 11 Mei 2009
2. Penghantaran Pelajar ke Tawau, Sandakan, Kunak, Lahad Datu = 9 - 10 Mei 2009

Kepada pelajar yang berminat tetapi belum mendaftar nama, boleh berbuat demikian dengan menghubungi EXCO Perumahan Dan Perkhidmatan Pelajar Saudara Hazimin 0135578041 dan Saudara Christoper 0195340580

Selamat Balik Kampung

Selamat Menduduki Peperiksaan

Saya mewakili pimpinan pelajar PMUMS sesi 2008/2009 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UMS. Moga2 kita akan mengecapi kejayaan dunia dan akhirat.

Matlamat kita pada semester depan ialah untuk memastikan kita akan terus menjadi mahasiswa yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

Saturday, April 4, 2009

Gerai Bawah IP Tutup. Mengapa?

Ramai pelajar IP yang keliru dengan penutupan gerai bawah IP yang terpaksa ditutup beberapa hari yang lalu. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa perkara kepada pelajar2 khususnya residen Indah Permai.

Pertama istilah Kafeteria bawah tidak wujud kerana tempat berniaga di bawah lebih kita panggil sebagai gerai. Namun sebilangan besar pelajar IP memanggilnya sebagai kafeteria. Tidak mengapa kerana ianya hanya istilah sahaja. Namun, apa yang berlaku ialah apabila kita mengistilahkan gerai bawah sebagai kafeteria kita akan mempunyai kemusykilan.

Kenapa?

Gerai bawah IP merupakan sebahagian daripada program dan aktiviti keusahawanan JAKMAS Indah Permai. Ianya bermula secara rasmi pada sesi 2007/2008. Untuk makluman, semasa saya menjejakkan kaki ke Kolej Indah Permai tersebut, tapak gerai tersebut belum wujud lagi. Hanya Kafeteria atas sahaja yang beroperasi.

Kenapa kafe atas?

Kerana kafeteria di atas merupakan tender UMS. Mereka terikat dengan UMS dari segala aspek termasuk kenajikan pelajar. Kafeteria atas kolej IP adalah sama kuasanya dengan Kafeteria2 di kolej AB, CD dan E yang berhak menghalang kewujudan mana2 pengusaha makanan yang menjalankan aktiviti menjual di kawasan yang mereka dapat tender.

Apa kaitannya?

Kita sebenarnya bertuah kerana JAKMAS Indah Permai diberikan kepercayaan untuk menguruskan aktiviti berbentuk keusahawanan seperti ini. Ini merupakan aktiviti yang pengurusannya diurus oleh pelajar sendiri. Dari segi sistem kewangan, keluar masuk wang, pelantikan penggerai dan sebagainya. Tindakan proaktif JAKMAS IP ini perlu dan patut dipuji. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, ianya dilaksanakan semenjak sesi 2007/2008 lagi, namun gerak kerja awalnya sudahpun bermula di penghujung sesi 2006/2007. Pengurusan yang diketuai oleh JAKMAS IP (pelajar sendiri) yang menguruskan berkenaan sistem rekod yang perlu dinyatakan kepada pihak bendahari pada masa yang ditetapkan.

Dan harus difahami kewujudan gerai di bawah tersebut bukanlah sesuatu yang prioriti kepada pelajar khususnya pelajar IP kerana kafeteria atas masih merupakan 'main kafe' kerana ianya merupakan tender. Dan para pelajar IP perlu faham, situasi penutupan gerai bawah tidak seharusnya dinilai seperti penutupan 'main kafe'.

Namun kita faham, situasi semasa menuntut gerai di bawah untuk dibuka kepada pelajar kerana beberapa faktor. Pihak JAKMAS IP dan MPP IP telah, dalam dan akan terus memperjuangkan agar gerai di bawah dapat dibuka semula sesuai dengan keperluan dan kehendak pelajar.

Perlu juga difahami mengapa pihak pimpinan pelajar sedikit sulit memperjuangkan isu ini:
1) Kafeteria atas yang merupakan tender UMS sering kali mengadu kepada pentadbiran UMS berkenaan isu ini. Mereka dikatakan rugi dengan adanya gerai di bawah tersebut. Mereka juga mendesak pihak pentadbiran untuk mempertimbangkan semula kewujudan gerai bawah itu
2) Masalah sistem rekod gerai bawah sebelum ini yang kurang sistematik yang menyebabkan pihak pentadbiran menghentikan sementara operasinya.

Para pelajar juga perlu tahu pihak pengurusan gerai (JAKMAS IP) diberikan masa untuk menyusun semula strategi dan meneliti semula rekod kewangan agar ianya lebih telus. Kita tidak nafikan jika sebelum2 ini wujudnya masalah berkenaan sistem rekod. Maka dengan itulah JAKMAS diberikan ruang untuk memperbaikinya.

Pada perkhabarannya, gerai tersebut hanya akan dibuka semula pada semester 1 sesi 2009/2010 iaitu semester depan.

Walaubagaimanapun, saya sendiri telah meminta dan memperjuangkan agar ianya akan dapat diteruskan sehingga tamat sesi ini. Saya sendiri meminta dan memohon daripada TNC HEP. Ada beberapa perkara yang perlu kita semua pertimbangkan. Dan sememangnya JAKMAS IP dan MPP IP mahu ianya dibuka secepat yang mungkin.

Apa yang kami harapkan, seluruh mahasiswa IP berikan kerjasama dan sokongan penuh dalam kami perjuangkan isu ini. InsyaAllah.

Hidup Mahasiswa

Terima Kasih Tun Abdullah - Selamat Maju Jaya Datuk Seri Najib

Jumaat (3hb April 2009) satu lagi lipatan sejarah bagi negara Malaysia yang tercinta apabila tampuk kepimpinan negara bertukar tangan daripada Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib. Tun Abdullah yang juga merupakan mantan PM ke-5 telah berjasa besar kepada bangsa dan negara Malaysia. Ketika beliau mengangkat sumpah pada 31 Oktober 2003 yang kebetulan pada ketika itu merupakan bulan Ramadhan, ramai pihak sudah menduga kredibiliti yang ada pada Tun Abdullah. Sekalung perhargaan kepada Tun dan semoga Allah memberkati kepimpinan hampir 6 tahun Tun menerajui Malaysia.

Kepada Datuk Seri Najib, bertugaslah dan bekerjalah dengan penuh komited, ikhlas, amanah. Selarikanlah dasar yang bakal dibentuk dengan prinsip dan dasar Islam. Pertonjolkan kredibiliti pemimpin Islam yang Unggul. Kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong dan membantu Datuk Seri Najib dalam membawa Malaysia ke mercu kejayaan.