Thursday, July 23, 2009

Festival Filem Malaysia di UMS

Untuk makluman semua, FFM akan tetap diadakan di Sabah dan UMS adalah salah satu venue penganjurannya. Sebagaimana yang saya difahamkan oleh pihak pentadbiran dan pihak penganjur (FINAS dan kerajaan Negeri Sabah), UMS hanya dijadikan sebagai venue iaitu Dewan Canselor, Galeri dan Dewan Resital (bukannya sebagai penganjur).

Pada dasarnya, FFM ini bersifat akademik dengan penganjuran bengkel yang berkaitan perfileman yang memberikan manfaat kepada pelajar2 SPS.

Namun yang menjadi perhatian besar saya ialah malam kemuncak FFM pada 08/08/09 yang akan diadakan di Dewan Canselor yang akan disiarkan secara langsung di RTM1.

Sebelum ini memang terdengar suara2 pelajar untuk mengkaji semula penganjuran FFM di UMS.

Saya secara pribadi tidak menyokong penganjurannya di UMS
. Namun, kita akur setelah mendapat penjelasan daripada pihak pentadbiran dan penganjur yang mana semua pihak akan menghormati dan PATUT menjaga adab budaya kampus di UMS.

Kita juga diberi jaminan oleh pihak penganjur agar melihat personaliti para artis nanti terutamanya dari sudut tatacara pemakaian.

Kita juga meminta penganjur agar tidak mengganggu pelajar di kolej kediaman.

Saya akur akan wujud pelajar yang MENYOKONG dan TIDAK MENYOKONG FFM ini, namun saya mengharapkan semua mahasiswa dapat memikirkan dan melakukan yang terbaik demi kebaikan semua pihak.

Saya sendiri menyatakan pendirian saya dan pendirian2 mahasiswa berkenaan FFM ini kepada pihak berwajib tertinggi termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin, Datuk Naib Canselor dan lain2. Saya sekali lagi akur dengan penjelasan2 yang diberikan diatas dan secara peribadinya saya sendiri akan memastikan FFM ini akan berlangsung dengan sebaiknya tanpa berlaku perkara2 yang tidak dingini

Mahasiswa Menjana Keunggulan Ummah

Thursday, July 16, 2009

Mahasiswa : Trend atau tuntutan ilmu

Ini merupakan tajuk Suara Siswa yang mana saya merupakan salah seorang ahli panelnya.
(ikuti kupasan ringkas saya untuk tajuk ini)

Ada 2 kumpulan mahasiswa
a) mahasiswa yang mementingkan ilmu
- sudah pasti matlamat mutlak mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan akademik
- namun, siswa/i jagan melihat kehidupan di kampus dalam ruang lingkup yang sempit
- ilmu bukannya semata2 ilmu yang berkaitan subjek shj, bahkan ianya sgt luas
- ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu komunikasi, ilmu insaniah
- kemahiran2 ini yang akan membentuk kualiti diri mahasiswa yang unggul
b) mahasiswa yang mengejar trend semata
- golongan mahasiswa yang terpengaruh dan dipengaruhi oleh pembawaan luar
- perlu bijak menapis dan menyaring segala bentuk perubahan daripada luar
- perlu seiring untuk seimbangkan kualiti diri

Mahasiswa kini perlu keluar daripada ZON SELESA. Hentikan rutin hidup biasa. Mulakan kehidupan luar biasa. Keluar daripada konsep 5K (katil, kafeteria, kuliah, komputer dan Kota). Tambahkan K-K yang lain seperti turut serta dalam aktiviti K - Kemasyarakatan, K - Keintelektualan

Ilmu ternyata memberi sumbangan besar kepada ketamadunan manusia.
- Ilmu berjaya membentuk tamadun2 awal dunia (mesapotamia dan lain2)
- Ilmu juga berjaya membawa eropah keluar daripada zaman gelap kepada zaman kebangkitan
- Ilmu jugalah yang berjaya menjadikan masyarakat arab menjadi bangsa hebat setelah lama berada di kepompok masyarakat jahiliah
- sejarah Islam sendiri membuktikan ilmu menjadi dasar penting kepada manusia.
- Wahyu pertama Allah juga berkaitan dengan ilmu (Iqra) dan Islam mengangkat orang2 berilmu beberapa darjat

Trend pula perlu diselaraskan:
- jangan menolak terus trend yang datang, khuatir kita akan jd masyarakat ketinggalan zaman
- perlu bijak memilih trend yang memberi kebaikan kepada mahasiswa
- jangan jd seperti 'katak di dalam kaca', yang nampak perubahan di luar namun tidak mahu beradaptasi dengan perubahan tersebut

Akhirnya:
- Ilmu perlu terus dicari dan dikuasai oleh mahasiswa
- bukan setakat ilmu akademik (subjek2)sahaja, namun ilmu dan kemahiran2 lain juga sangat2 penting
- seperti cerita "Profesor dengan Nelayan"
(seorg Prof ingin mengkaji air sungai - berjumpa dengan seorang nelayan - bersama2 menaiki sampan usang dan bocor ke tengah2 sungai yang besar dan deras arusnya - sepanjang mereka berada di sungai tersebut, Prof menanyakan 3 soalan kepada nelayan - 1.kau pernah belajar biologi (nelayan kata tidak pernah) (Prof kata kau rugi 30%)
- 2.kau pernah belajar kimia (nelayan kata tidak pernah) (Prof kata kau rugi 20%)
- 3.kau pernah belajar fizik (nelayan kata tidak Prof) (Prof kata kau rugi 10%)
- tiba2 hujan lebat dan arus bertambah deras, sampan yang mereka naiki karam

- nelayan tersenyum melihat Prof sambil berkata 'tadi Prof tanya saya 3 soalan, saya nak tanya Prof 1 soalan shj, Prof pandai berenang?'

- Prof jawab, 'tidak pandai'

- nelayan berkata pula, 'kau rugi 100%

- nelayan terus berenag ke tebing sementara Prof terpacak dan tewas oleh keadaan tersebut.

- mesej cerita ini cukup jelas yang mana memperlihatkan betapa pentingnya menguasai kemahiran2 lain selain kemahiran atau ilmu akademik kerana mungkin sahaja ilmu berbentuk akademik tersebut tidak menjadi keutamaan dalam satu2 keadaan dan situasi

Thursday, July 9, 2009

PPSMI mansuh 2012

Kerajaan mengumumkan PPSMI mansuh bermula tahun 2012. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak dengan itu, kerajaan juga menyatakan strategi untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan mantapkan Bahasa Inggeris (MBI).

Satu keputusan yang akan memberikan implikasi yang besar terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam soal ini.

Friday, July 3, 2009

Apa yang mahasiswa UMS kejar, Ilmu @ idealisme tertentu???

Saya ingin menyatakan kekhuatiran saya atas perkara serius yang berlaku dikalangan mahasiswa UMS kini. Segelintir mahasiswa UMS terlalu menonjolkan untuk melakukan perkara2 yang lebih bersifat kepentingan pribadi dan kepentingan sesetengah pihak hinggakan diri mereka menjadi mangsa keadaan.

Apa sebenarnya tujuan UTAMA kita berada di Universiti?

Menuntut ilmu?

Memperbaiki kualiti diri?

menyebarkan ideologi2 tertentu atas kepentingan pihak2 tertentu?

Bukan bersifat prejudis, ramai kalangan mahasiswa UMS kini dijadikan saluran dan alat oleh mana2 pihak yang ingin mengembangkan ideologi2 mereka. Apa sebenarnya pendirian dan jati diri mahasiswa. Adakah kita mesti teguh berdiri atas stand mahasiswa yang bersifat 'bebas' atau begitu mudah dipengaruhi oleh pihak2 tertentu?

Yang paling dikhuatirkan dan dikecawakan ialah, mahasiswa yang terlibat dengan kumpulan ini terjerat dengan tidak mencapai tahap akademik yang baik dalam peperiksaan. Apa tidaknya, mereka2 ini terlibat aktif dalam membantu pihak2 tertentu tersebut dalam menyebarkan ideolisme mereka.

Berkemungkinan, jika kumpulan pelajar ini mampu 'balance'kan antara gerak kerja dan akademik tidaklah mengapa. Namun, majoritinya mungkin tidak mampu balance antara kedua2nya.

Maka, apa sebenarnya yang kita inginkan sahabat2 mahasiswa sekalian. Saya menegaskan, prinsip perjuangan hidup kita di muka bumi ALLAH ini tidak ada bezanya. Namun mungkin caranya berbeza. pandai2lah memilih cara berjuang. Jangan sampai membakar diri. Apakah keutamaan kepada kita? Kalau akademik, belajarlah. Kalau ideolisme tersebut yang lebih utama, terpulanglah.