Friday, July 3, 2009

Apa yang mahasiswa UMS kejar, Ilmu @ idealisme tertentu???

Saya ingin menyatakan kekhuatiran saya atas perkara serius yang berlaku dikalangan mahasiswa UMS kini. Segelintir mahasiswa UMS terlalu menonjolkan untuk melakukan perkara2 yang lebih bersifat kepentingan pribadi dan kepentingan sesetengah pihak hinggakan diri mereka menjadi mangsa keadaan.

Apa sebenarnya tujuan UTAMA kita berada di Universiti?

Menuntut ilmu?

Memperbaiki kualiti diri?

menyebarkan ideologi2 tertentu atas kepentingan pihak2 tertentu?

Bukan bersifat prejudis, ramai kalangan mahasiswa UMS kini dijadikan saluran dan alat oleh mana2 pihak yang ingin mengembangkan ideologi2 mereka. Apa sebenarnya pendirian dan jati diri mahasiswa. Adakah kita mesti teguh berdiri atas stand mahasiswa yang bersifat 'bebas' atau begitu mudah dipengaruhi oleh pihak2 tertentu?

Yang paling dikhuatirkan dan dikecawakan ialah, mahasiswa yang terlibat dengan kumpulan ini terjerat dengan tidak mencapai tahap akademik yang baik dalam peperiksaan. Apa tidaknya, mereka2 ini terlibat aktif dalam membantu pihak2 tertentu tersebut dalam menyebarkan ideolisme mereka.

Berkemungkinan, jika kumpulan pelajar ini mampu 'balance'kan antara gerak kerja dan akademik tidaklah mengapa. Namun, majoritinya mungkin tidak mampu balance antara kedua2nya.

Maka, apa sebenarnya yang kita inginkan sahabat2 mahasiswa sekalian. Saya menegaskan, prinsip perjuangan hidup kita di muka bumi ALLAH ini tidak ada bezanya. Namun mungkin caranya berbeza. pandai2lah memilih cara berjuang. Jangan sampai membakar diri. Apakah keutamaan kepada kita? Kalau akademik, belajarlah. Kalau ideolisme tersebut yang lebih utama, terpulanglah.

4 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera.....

Ketika PM baru dilantik…

Di hati saya habislah orang melayu…
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran …. banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri. Ko pun Azrul terlibat juga!

lAl said...

Sokong cakap anonymous yang ntah sapa la dia nie...

Idealisma yang cuba dibawa biasanya baik.. Namun, perjuangan itu tidak perlu sampai menyebabkan pelajaran yang diamanahkan oleh mak bapak & keluarga kita tergadai...

Apa yang diharapkan dalam perjuangan mahasiswa skarang ialah keperluan untuk mewujudkan satu suasana harmoni yang menghormati perlembagaan negara serta sensitiviti yang ada di Malaysia.. Pertikaian berkaitan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan tak perlu malah tidak wajar untuk dilayan.

Ini bukan sahaja bakal memberikan satu situasi yang huru hara.. Malahan akan menyebabkan lebih ramai anak bangsa bumiputera Malaysia yang terkorban dalam peperangan untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu di UMS....

salam said...

Ilmu mewujudkan idealisme tertentu...
Amat malang bagi mereka yg tidak mempunyai idealisme nya dan bgn mempertahankankannya...

Andai universiti hanya menjadi tempat belajar seperti pemikiran sesetengah golongan, maka idealisme nya adalh melahirkan graduan robotik yg skepstik. sungguh jumud pemikiran yg sebegini.

Namun, idealisme sahaja pasti akan membawa kegilaan. Kerana manusia itu ada batasnya. Kerana itulah agama itu melengkapkan, mengawal dan membiarkannya terus berada dlm lingkungan yg dibenarkan... Semua perkara perlu disandarkan kepada agama. Dan Islam adalah agama sempurna (krn sy Islam dan inilah keyakinan sy dn anda yg beragama lain berhak mengatakan agama andalah terbaik). Dan dr sini sy akan terfokus ttg Islam.

Oleh itu proses membawa semula penganut2 Islam kpd Islam sebenar perlulah dibantu dan jgn menyusahkan mereka. Andai mereka ini dikatakan memperjuang kepentingan tertentu,ya mereka itulah. Kepentingan Allah, Islam dan umatnya...

Balance antara gerak kerja dan menuntut ilmu sememangnya satu seni yg amat payah. Kerja yang byk, tenaga yg kurang, masa yang singkat antara limitasi yg dihadapi. Kerana itu ada yag tergelincir disepanjang perjalanannya. Tetapi itu adalah pd pglihatan kita, kerana graduasi menjadi kayu ukur penglihatan kita itu. Andai kita letakkan kebahagiaan menjadi pengganti, hasil yg mengejutkan mgkn akan diperolehi. Dan istilah tergelincir adlaha terlalu kejam buat mereka.

Maka anda yg mempunyai kuasa, bantulah mereka ini. Pensyarah, bantulah mereka ini. Kawan2, bantulah mereka ini. Ringankan beban mereka agar mereka juga mampu gemilang dlm pelajaran di u. Bukan hanya dengan cercaan dan pandangan kejelekan yg anda tinggalkan untuk mereka.

Tujukkan penyelesaian anda agar dapat diterima pemikiran mereka. Dengan ideologi, idea dan agama mereka. dengan jalan sabar, sabar dan sabar.

Jgn tinggalkan kata2 tergantung, atau penuh selindung.

Your actions speak louder than your words.

Anonymous said...

Agama jangan dilupa, ilu dituntut kewajipan dan ibadah yang harus ditunaikan.... setiap orang mempunyai cara tersendiri... Jangan lah berpuak2... perasangka buruk harus diketepikan... Org yang berjaya difitnah mempunyai kepentingan sendiri... Bersainglah secara sihat. Sekiranya orang lain hebat, jadikan kita lebih hebat, bersaing secara bersemuka.... Jangan gunakan pengaruh paksaan... Renung - renung kan la ye... (^.0)

From Mr.SilentMouthUMS