Thursday, December 24, 2009

Isu Pendaftaran Online dan SMP

Setelah perbincangan dgn TNC Akademik dan Ketua2 jbtn, beberapa perkara telah dibangkitkan:

1. Kerosakan pd hard-disk SMP pada 10hb Disember telah menyebabkan data berselerak dan ada gangguan. Oleh yang demikian, pihak UMTP terpaksa memperbaiki sistem, hasilnya, 80% sistem berjaya diselesaikan, namun bagi pljr2 thn 1 dan pljr2 SST, masih mengalami mslh utk check result

2. Para pelajar (kecuali pljr2 thn 1 da pljr2 SST) blh check result bermula 24hb melalui smp, namun masih ada sedikit gangguan, sistem akan pulih pd 25hb

3. Oleh sebab mslh yg dihadapi, pihak pentadbiran akan memanjangkan tempoh pendaftaran online bermula 28hb 12 hingga 15 Januari 2010

4. PTPTN akan mula dikreditkan bermula 29hb 12. Bagi pljr2 SST dan thn 1, PTPTN akan dikreditkan sebaik shj mslh keputusan dpt diatasi (ASAP)

Sebarang mslh mengenai perkara ini blh hubungi saya di talian 0148590173

Friday, December 18, 2009

Kemesraan

Suatu hari
Dikala kita duduk ditepi pantai
Dan memandang ombak dilautan yang kian menepi

Burung camar terbang
Bermain diderunya air
Suara alam ini
Hangatkan jiwa kita

Sementara
Sinar surya perlahan mulai tenggelam
Suara gitarmu
Mengalunkan melodi tentang cinta
Ada hati
Membara erat bersatu
Getar seluruh jiwa
Tercurah saat itu

Kemesraan ini
Janganlah cepat berlalu
Kemesraan ini
Inginku kenang selalu

Hatiku damai
Jiwaku tentram di samping mu
Hatiku damai
Jiwa ku tentram
Bersamamu

Ikhlas Dariku - (khas utk shbt2 pimpinan)

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Wednesday, December 9, 2009

Isu masalah air di Labuan

Kita sememangnya sedia maklum mengenai masalah air yang melanda Wilayah Persekutuan Labuan pada masa kini. Kita juga faham bahawa masalah air yang dihadapi bukan hanya melibatkan UMSKAL tetapi merangkumi seluruh Pulau Labuan.

Pihak UMS sebelum ini telah menyatakan usaha UMS untuk mengatasi masalah ini. Mereka menggariskan beberapa alternatif dan strategi bagi menyelesaikannya. Di pihak kerajaan juga ada menyatakan usaha kini dan akan datang.

Apapun usaha yang diambil oleh pihak UMS mahupun pihak kerajaan, saya sangat berharap agar pihak-pihak berkaitan, dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap segala usaha yang telah diambil oleh pihak pengurusan UMS selama ini. Kami di pihak MPP akan sentiasa berkerjasama dengan pihak UMS dalam apa jua usaha yang dilaksanakan untuk keselesaan para pelajar di universiti ini.

Berhubung dengan isu penghantaran memorandum salah seorang MPP KAL kepada YAB Perdana Menteri, saya ingin menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan secara individu dan tidak mempunyai hubung kait dengan pihak MPP UMS. Saya sendiri berasa terkejut dengan tindakan beliau atas tindakan yang diambilnya.

Sememangnya di pihak MPP, kita melihat isu ini sebagai satu perkara yang mesti ditangani dengan kadar segera. Kita juga sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak UMS mengenai perkembangan semasa berkenaan isu ini terutamanya usaha pihak UMS dalam menanganinya.

Apa pun sebagai ketua persatuan, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang bertindak berani demi kebajikan semua mahasiswa KAL dan masyarakat setempat. Cuma caranya tidak tepat tanpa merujuk dan melalui UMS. Beliau tidak memaklumkan tindakannya ini kepada MPP UMS, sedangkan beliau meminta bantuan daripada persatuan luar dalam menangani isu ini. Kepada semua mahasiswa, jadikan ini sebagai pengajaran untuk kita menjadi seorang pelajar yang lebih baik pada masa akan datang. Maria kita sama2 doakan agar masalah air di Labuan dapat diatasi dengan kadar segera. Kepada pihak UMS, percepatkan projek seperti yang telah dinyatakan dan kepada pihak kerajaan, bantulah rakyat LABUAN dan seluruh warga yang ada di dalamnya.