Tuesday, February 17, 2009

Apa kejayaan MPP 2008/2009?

Salam unggul kepada mahasiswa UMS. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi saya ingin rakan2 mahasiswa tahu setakat 3 bulan 24 hari ni apa yang MPP 2008/2009 telah lakukan.

1. Penghantaran pelajar ke Airport T1 dan T2 dan stesen bas Inanam semasa cuti semester yang lepas. Respon yang baik daripada pelajar
2. Pengambilan pelajar dari Airport T1 dan T2 dan stesen bas Inanam setelah tamat cuti semester. Respon sangat baik. Pelaksanaanya mirip MSM
3. Pintu pagar Kolej Indah Permai dipanjangkan sehingga jam 9 malam berbanding jam 7 malam semester lalu
4. Kewujudan 'speakers corner' bagi menyediakan kepada pelajar saluran yang betul untuk menyalurkan sebarang idea disamping memupuk budaya ilmu yang komprehensif dalam UMS. "Speakers Corner" akan berlangsung bermula pada minggu hadapan dan tatacara pelaksanaannya akan diiklankan dalam masa terdekat
5. Mewujudkan sekretariat 'rukun tetangga' yang mana kita melihat ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di UMS disamping menjaga dan memantau tahap keselamatan di sekitar UMS.
6. Status MUET band 3 untuk konvo ditukar kepada BI C+. Perkara ini diperjuangkan oleh MPP sesi 2007/2008 dan MPP 2008/2009 akan pastikan syarat ini akan lebih memihak kepada pelajar. Kita akan berusaha semua pelajar dapat mengikuti konvo pada sesi akan datang

Yang akan datang
Pihak MPP juga dalam usaha akhir untuk memastikan beberapa perkara menjadi realiti:
1. Komputer 50 buah akan disediakan di setiap kolej kediaman. Dimulakan dengan kolej Indah Permai dalam masa terdekat beserta 'wireless' ums public bagi kegunaan para pelajar di kolej2 kediaman.
2. Pembinaan bastop kekal di Perhentian Bas DKP bagi keselesaan pelajar menunggu bus
3. Pembinaan 'roundboard' di bastop atas kolej kediaman AB supaya bas untuk kolej AB akan naik ke atas semula
4. Kempen akademik yang berteraskan kerohanian, kesahsiaan dan kenegaraan. Pihak MPP telah mencadangkan kepada pihak pentadbiran UMS dan disokong penuh berkenaan kempen akademik ini. Pelaksanaanya lebih bersifat adab2 menuntut ilmu yang perlu dipraktikkan oleh seluruh warga UMS. Misalannya memulakan dan mengakhiri kuliah dengan doa mengikut kepercayaan masing2, datang ke kuliah dalam keadaan yang suci(berwuduk bagi yang muslim), datang ke kuliah dengan pakaian yang sopan dan beradab, pensyarah memulakan kuliah dengan memberikan sedikit motivasi dan fokus kepada subjek kenegaraan seperti kuliah hubungan etnik dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku.
5. Penghantaran pelajar terus ke destinasi seperti Pantai Timur Sabah dan stesen2 pengangkutan sekitar KK pada cuti semester akan datang
6. Memperhebatkan bantuan kewangan kebajikan pelajar. Minta para pelajar menggunakannya dan boleh berhubung terus kepada MPP 2008/2009. Kes2 seperti kemalangan, kecederaan, pembedahan, pada diri dan keluarga terdekat seperti ibubapa akan diberi keutamaan untuk diberikan bantuan. Saya harap agar pelajar tahu akan saluran bantuan ini dan menggunakannya

Beberapa perkara lagi yang MPP 2008/2009 akan usahakan untuk direalisasikan. Saya akan maklukamkan dari masa ke semasa

No comments: