Thursday, March 19, 2009

Spotcheck

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Saya ingin mengulas isu spotcheck mega yang dijalankan baru2 ini di Kolej Kediaman Indah Permai.

Saya secara jujurnya amat tersepit mengenai perkara ini. Sememangnya, peranan kami sebagai MPP ialah untuk memperjuangkan nasib para pelajar. Di sudut yang lain pula, kita sebagai pelajar harus akur dan patuh terhadap peraturan2 yang telah ditetapkan oleh Universiti. Ianya mudah, kita ikut apa2 yang baik kpd kita sebagai pelajar. Contohnya, memastikan rumah @ bilik dalam keadaan yang bersih dan terbaik setiap masa, memiliki lesen peralatan elektrik yang dibenarkan, memiliki stiker kenderaan dan memasuki kampus @ kolej kediaman sebelum jam 11 malam.

Mungkin ramai rakan2 yang terlupa akan perkara ini, dan saya amat mengharapkan agar para pelajar ikhlas mengikuti peraturan ini.

Namun, semua peraturan yang ditetapkan ini boleh dilepasi dengan kebenaran2 tertentu. Seperti contoh para pelajar yang terpaksa berada di kampus sehingga jam 11 malam dan terpaksa balik ke kolej (IP) selepas jam 11, perlu meminta penyelaras program untuk memohon berada diluar kampus melepasi masa 11 malam. Ini semuanya ada tujuan dan objektif yang cukup besar.

Berbalik kepada isu spotcheck, perkara ini dilakukan bukan tujuan untuk mencarikesalahan para pelajar. Jauh lebih dari itu sebenarnya, pihak terlibat (Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar HEP dengan kerjasama semua felo kolej2 kediaman) ingin merungkai beberapa kekusutan dan kesulitan yang dialami sendiri oleh pihak pengurusan. Contohnya, melalui spotcheck tersebut, pihak pengurusan dapat melihat sendiri proses dan gerak kerja yang melibatkan penyelenggaraan kolej kediaman yang lambat. Selain itu juga, pihak pengurusan dapat melihat kelemahan sistem jagaan keselamatan yang ada di UMS ini. Dan lebih penting dari itu, kita jelas dan tahu akan wujudnya warga luar yang menetap dengan selesanya dan 'free of cajnya' di UMS ini. Saya yakin semua pelajar tidak mahu hak kita sebagai pelajar dirampas oleh orang luar.

Melalui spotcheck tersebut juga, pihak pengurusan dapat melihat peranan dan tugas felo. Adakah mereka betul2 menjalankan tugas sebagai seorang felo. Ini sekaligus dapat membuka mata banyak pihak untuk memperbaiki diri masing2.

Walaubagaimanapun, berhubung dengan isu saman yang dikeluarkan atas beberapa sebab seperti bilik berselerak dan tidak bersih, tidak memiliki lesen elektrik, tidak menutup lampu/kipas/air paip, merokok dan lain sebagainya, sebagai seorang pelajar, kita harus mengaku kesalahan yang kita lakukan. Makanya selepas ini kita perlu lebih bersedia setiap masa.

Mengulas pula mengenai isu ketua rumah kolej IP yang juga dikenakan saman kerana tidak memiliki lesen elektrik, wujud sedikit kekeliruan di sini. Setelah berbincang dengan pengurusan, polisi keistimewaan yang diberikan kpd ketua rumah IP tidak termaktub dalam mana2 peraturan @ perlembagaan UMS seperti juga ketua2 bilik di kolej AB, CD, E. Maknanya, ketua rumah IP juga perlu memiliki lesen tersebut. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, kekeliruan ini wujud disebabkan dasar pengetua IP sebelum ini yang memberikan keistimewaan2 tertentu kpd ketua rumah tanpa merujuk kpd peraturan @ perlembagaan.

Namun untuk kes tersebut kita akan dan telah berbincang untuk ketua2 rumah yang dikenakan saman tidak perlu membayar saman. Namun, mereka perlu memiliki lesen elektrik bermula semester depan dan kita akan membincangkan semula perkara ini dengan pihak pengurusan. Terima Kasih

7 comments:

Anonymous said...

isu spotcheck di ip..
ok la kalau semua pihak sda tahu apa kelemahan pengurusan di ip..
namun begitu, kalau sda tahu, jgn pula tiada apa2 tindakan yang di ambil...
harap apa yg dapat diperoleh time pemeriksaan keselamatn ari 2 dapat dibaiki secepat yang mungkin..
segala tindakan yg di ambil harus ambil kra juga la hak kami sebagai pelajar...

Anonymous said...

Aik? Knp msh de spotcheck ari ni lagi? tgh2 tension buat assgt x psl2 buat kecoh, c ketua rumah pulak tak de, msh tak puas lagi ke pihak HEP spotcheck mlm tu? klo ketua rumah kena byr lesen, jadi 'ketua2' yg duduk kat kg tu juga kena byr bah..., ni baru kira adil! klo ketua2 yg duduk ip kena byr, buat apa wujudkan peranan ketua rumah! hanya menyusahkan, tambahan lagi bkn smo ketua bertanggungjawab!

NIVYANFAZZA said...

setuju sebulat suara dgn Press....no more objection about this issue

Anonymous said...

hehe, well no komen.. juz ikut tapi jan la buat samapi midnite.. otg pun byk keja jga. x pasal2 kena lari sebab spotcek x pandai abis2

Anonymous said...

ok juga buat spotcheck ni...at least dpt disiplinkn student...tp,napa utk dptkn lesen tu kena byr mahal sgt? UMS xcukup duit ker? RM378 tu utk pa sbnrny?? assume la, student kat ums induk ni 10,000 students x RM378=4,914,000.00 duit juta2 tu utk pa sbnrnya?? blh x pres jelaskan..... jd kmi faham n akan ikut praturan based on facts and logic.kami pun student gak...ptptn masuk RM3110 - 1,243 (yuran) = 1,867...beli laptop, beli buku, beli peralatan tulis, beli tiket kapal......beli makanan.... mampukah kami?????.........tolonglah wahai wakil2 pelajar...bantulah kami...at least kurangkan kesusahan kami..

Anonymous said...

mengenai isu lesen elektrik, bolehkah semester yang lain, kaunter dibuka di anjung siswa untuk membayar lesen?? kerana adalah susah untuk menaiki bangunan canselori

Anonymous said...

bising2 knp?saper soh xambil lesen awal2..da kne spotcheck baru cr mpp?salahkn mpp lg?tp aku setuju dgn cdgn kaunter lesen tu..di jakmas bayar xboleh ker?menyusahkn jer panjat canselori tu..klu org2 dsana ok,xpela..ni semua mcm siak..blagak.