Thursday, June 25, 2009

pelajar-pelajar baru UMS, mari dengar nasihat saya

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya memasuki UMS bagi sesi pengajian 2009/2010. Peluang sebegini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Sememangnya kehidupan di Universiti sangat mencabar. Para pelajar perlu bijak dalam menapis pengaruh yang datang daripada luar. Mahasiswa kini sering dilihat sebagai idol kepada masyarakat. Segala gerak gari kita akan dipandang dan dijadikan contoh oleh seluruh masyarakat. Mahu tidak mahu kita perlu menunjukkan contoh yang baik.
Pada saya, mahasiswa mampu untuk mencorak senario kehidupan masyarakat keseluruhannya. Kita dikenali sebagai golongan berintelektual. Pastinya kita mampu untuk memikul beban dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dalam usaha kita bersama mencipta satu kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.
Kepada pelajar-pelajar baru, selamat memulakan kehidupan baru di UMS. Jadilah mahasiswa yang berkualiti yang menjadi penyumbang besar kepada Universiti dan bukannya berlangkah sumbang. Bijaklah dalam memilih persatuan, jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuma ingin memenuhi hasrat pribadi mereka. Bersama-sama kita merealisasikan hasrat dan niat murni kita bersama dalam kita mencapai status ‘mahasiswa unggul’.

1 comment:

BERANI BERUBAH said...

salam perjuangan...
baik bos hehehehehhe