Wednesday, September 9, 2009

Ciri-ciri bakal calon Pilihanraya Kampus UMS

Siapalah saya meletakkan syarat kepada bakal calon Pilihan Raya Kampus yang akan berlangsung oktober depan, namun sebagai pimpinan pelajar yang berada dalam MPP 2 tahun, banyak perkara yang saya lihat dan fikir yang perlu dikongsikan.

Saya melihat, seorang bakal calon MPP, JAKMAS mahupun PM Sekolah perlu memiliki ciri2 berikut (berdasarkan prioriti):
1. Baik dari segi agama
2. Baik dari segi akhlak, berpakaian, cara bercakap dan personaliti seluruhnya'
3. Baik dari segi akademiknya (seboleh2nya memiliki PNGK > 3.00)
4. Baik dari sudut kebolehan, kepetahan dan kematangan bercakap
5. Memiliki aura seorang pemimpin yang berkualiti

Seorang bakal pimpinan juga WAJIB memiliki kesungguhan untuk menjadi yang terbaik setiap masa dari setiap sudut.

Hidup Mahasiswa

8 comments:

Vita Meglio said...

salam...semoleknya begitulah..harapnya lagi ramai yang cuba jadi begitu, bagi menerajui tampuk kepimpinan global..harapnya mende ni bukan sekadar teori, tapi akan direalisasikan oleh mereka2 yang bakal memimpin..

Hilal Azmi said...

Satu lagi harus sentiasa berfikiran terbuka.. Bukan bersifat memihak pada sesetengah pihak saja...

Dari segi percampuran biar dari pelbagai latarbelakang..Agar boleh dekati lebih ramai jenis mahasiswa di UMS yang sangat unik spesis mahasiswanya...

Anonymous said...

betul...
bakal calon kena bijak menilai bkn hanya menurut pandangan satu pihak atau hanya berdasarkan pandangan diri sahaja...

Azlan Iskandar said...

salam...seorang wakil pelajar memang patut mpunyai ciri2 tersebut...dan yg x kurang pentingnya seseorang itu harus lantang dlm menyuarakan pendpt pelajar kpd pihak pentdbiran....

ooo ya...nak tanya ckit camna nak contact mana2 wakil pelajar dari ums KAL??? saya dari JPP KML....

Anonymous said...

Setuju btul dgn apa yang dikatakan seperti bfikiran tbuka, berani bsuara, bjiwa pelajar NAMUN masalahnya wujud apabila ada pihak (MPP) membantu calon2 untuk memenangi PRK nanti dengan menjadikan mereka sebagai CALON ASPIRASI. Namun selepas menang PRK, hanya duduk diam dalam mesyuarat bkala. APA CITE???

putra-alkahfi said...

salam. pandangan saya, bukan sahaja tahu agama, tapi faham akan agama.berlaku adil tidak kira agama, bangsa..dan mesti rajin bekerja tak kira penat, masa.
Ibnu Tamiyah mengariskan 2 ciri pemimpin, hasanah dan amanah.

purnama said...

setuju dengan pandangan anonymous pada komen no 5. ada sebahagian pimpinan pelajar dibantu untuk menjadi pemimpin tetapi selepas dapat tempat, dorang tak peform sebagaimana yang diharapkan. awal2 smangat ja tapi matlamat xda.

menjadi pemimpin bukan untuk cari glamour, tapi satu perjuangan untuk memastikan kesejahteraan semua

Anak Jati Sabah said...

Susah nak ckp hal ni kerna hak masing2..Tetapi sebelum jadi pemimpin, lihatlah kebolehan diri sendiri dulu. Bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri.Tetapi tidak ramai yg menyedari perkara ini.Sebab itu la MPP dikatakan tidak relevan. Mcm mana, org baru yg tiada pengalaman atau org yg tidak berkaliber yg dipilih dan dilantik.Sebab tu la MPP ni sentiasa mendapat tomahan dan tidak dihormati.semua org boleh jd pemimpin even bdk kecik pun tapi utk jadi pemimpin yg berkualiti pikir2 kan la sendiri.Saya berpendapat MPP skrg perlu usahakan sesuatu jgn jadi katak bawah tempurung.Pikirkan apa yg saya cakap utk kepentingan mahasiswa UMS