Wednesday, November 4, 2009

Isu kolej kediaman E

Kita digemparkan dengan memo daripada pengurusan kolej kediaman E bahawa para pelajar diminta untuk mengosongkan bilik semasa cuti semester. Suka saya memaklumkan disini kronologi masalah ini.

Memang sebelum ni, semasa cuti semester pelajar dibenarkan meletakkan brg di bilik masing2 kerana bayarannya ditanggung oleh pihak UMS. Kita juga maklum kolej kediaman E ialah di bawah kawal selia syarikat swasta. Sudah tentu mereka ini akan memikirkan tentang keuntungan.

Untuk makluman, setelah mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan, beberapa perkara perlu difahami oleh pelajar kolej E.

1. UMS terpaksa menanggung pembayaran lebih RM4ooooo untuk tujuan membenarkan pelajar menyimpan barang di kolej E
2. Menurut Chase Perdana, mereka akan mengenakan caj kepada bilik yang masih ada barang walaupun tidak berpenghuni
3. Tidakkah ini membazir untuk membayar sesuatu yang tidak sepatutnya

Namun kita faham, memo yang dikeluarkan terlalu lewat sehingga menganggu konsentrasi pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Saya telah memaklumkan segala2nya dengan pihak pentadbiran bahawa kita inginkan kebajikan pelajar dipelihara dan dalam masa sama memikirkan untuk mengelak pembaziran.

Saya juga ada menyatakan untuk pihak pentadbiran mempertimbangkan untuk mengimplimentasi perkara ini pada semester akan datang walaupun kita tahu ianya akan memberikan satu pembaziran kepada Universiti.

Beberapa alternatif juga telah difikirkan, antaranya:

1. Membenarkan pelajar menyimpan barang di salah sebuah bilik di satu2 rumah dengan bayaran ditanggung oleh pelajar
2. Membenarkan pelajar menyimpan barang di salah sebuah bilik di satu2 rumah dengan pembayaran ditanggung oleh Universiti

Apa pun di hari muka, para pelajar kolej E perlu menyedari, isu ini berkaitan dengan pembaziran perbelanjaan Universiti. Pada masa akan datang, pihak Universiti akan membuat polisi ini demi kebaikan pelajar dan Universiti.

Memang kita akan beranggapan tidak adil untuk para pelajar kolej E sedangkan kolej2 lain tidak mengalami masalah tersebut, namun pelajar kolej E perlu bersyukur dengan fasiliti yang ada di kolej E berbanding kolej2 lain.

Apa pun keputusannya nanti, pihak MPP akan memastikan kebajikan pelajar didahulukan dan mengambil kira rasional perbelanjaan Universiti.

'Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan'

10 comments:

Anak Jati Sabah said...

Saya nak komen sikit...perkara ni agak menyusahkan pihak pelajar..Brg pelajar bukan sikit, kalau balik terus xpela jugak ni dtg lagi balik 1 sem.Sepatutnya MPP atau jakmas usahakan sesuatu..Kenapa kalau prog2 ums yg menelan belanja puluhan ribu ttp tiada kepentingan kpd pelajar diluluskan senang2 jak oleh pentadbiran UMS tetapi hal yg sgt penting spt ini tidak dihiraukan.tidak boleh la mcm tu. Tidak adil.Ini hak kami.Klu dikata kg E byk kelebihan,itu bukan 1 alasan. Semua pun boleh dtg kg E ni sama2 merasa.Bayangkan IP dan KF mrk pun mendapat lbh baik dari kami.Sbg MPP dan jakmas,kamu tidak boleh pertikaikan hak kami. Kamu patut bantu kami, usahakan betul2 sebelum kami balik.Plz...jgn duk ckp byk habuk pun tiada. Apapn saya berterima kasih kpd Presedin saudara Azrul kerna menerangkan perkara ini tetapi cuba la usahakan sesuatu.TQ

apple said...

Assalamualaikum..
Saya ingin respon sedikit ttg apa yg diperkatakan oleh anak jati sabah. Untuk pengetahuan anak jati sabah, pihak MPP cuba berusaha yg terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Cuma pihak kami juga amat mengharapkan agar kita sebagai mahasiswa berfikiran rasional untuk kabaikan diri kita dan universiti. Bukan bercakap atas emosi dan untuk kepentingan diri. Saya ingin bercakap atas kapasiti saya sbg warga kolej kediaman e. Saya maklum dan saya juga begitu. Mempunyai barang yg terlalu banyak untuk dipindahkan. Namun, kita perlu faham bahawa kolej kediaman E adalah SWASTA DAN SEMESTINYA SWASTA tidak boleh dipisahkan dengan KOS2 YANG SEPATUTNYA DAN KEUNTUNGAN DAN SAYA RASA TIDAK MEMIKIRKAN PUN TENTANG KESUSAHAN PELAJAR dan setelah saya meneliti kos yang ditanggung oleh pihak universiti iaitu RM 40 K untuk kos barang sahaja sedangkan pelajar tiada bagi saya itu adalah membebankan universiti. Mungkin cadangan saya langkah yang paling baik diambil utk menjimatkan kos universiti dan taklah menyusahkan warga kolej e ialah menyimpan barang di salah sebuah bilik dari rumah kita dan bayaran tersebut ditanggung oleh universiti. Sekurang-kurangnya kita tak perlu angkut barang ke store dan cuma perlu simpan barang. Kita dapat jimatkan separuh dari wang uniersiti. Harap kita semua matang dalam perkara ini dan tak cepat melenting untuk isu ini. Dan sama2 berusaha ke arah yg terbaik. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

salam sjahtra..
Berdasarkan kpd masalah yg brlaku di kg E, memang mbebankan dua pihak iaitu pelajar dan pihak universiti kerana mlibatkan prbelanjaan yg tinggi. Tetapi apabila melihat ayat terakhir dari pres yg diubahsuai sedikit iaitu pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan telah membuka minda saya bhubung isu ini. Apabila kita bercakap soal mdahulukan pelajar,masalah atau isu yg brlaku trhadap plajar harus diselesaikan dan diatasi kerana apabila gagal diselesaikan maka sudah pasti ayat seterusnya iaitu pencapaian diutamakan terbantut akibat impak masalah tsebut..Apa kaitannya? Jika kita mbiarkan plajar tergelumang dlm masalah tsebut yg mlibatkan kos sehingga mbuatkan plajar dlm tekanan brhubung soal kewangan, maka motivasi mereka utk trus berjuang dlm plajaran akan trjejas sperti mana yg dikatakan oleh ahli psikologi Amerika iaitu Maslow bahawa apabila kperluan asas dpenuhi maka tinggilah motivasi utk mcapai sesuatu. Apakah dia kperluan asas? jawapannya ialah kolej tersebut. Kita sdar kita yg mperolehi kolej harus bterima kasih kpd pihak universiti krana prihatin dan mberikan kita kmudahan skalipun swasta. Namun tindakan pihak swasta yg dianggap cuba mncari untung tidak boleh diterima lansung dan pada masa yg sama turut membebankan universiti utk mnanggung kos tersebut menambah derita plajar. Kita perlu sedar, pelajar tidak ada pndapatan tetap dan hanya brgantung kpd pinjaman atau biasiswa dan lebih malang ada juga yg tidak ada apa2. klu nak harap pinjaman atau biasiswa,memang tidak cukup. Setiap hari kena kluar blanja mkn minum sdangkan harga makanan pun boleh tahan juga apatah lagi di kg E. Saya pernah brtanya kpd rakan2 kita dr semenanjung khidupan di sbh dan rata-rata mpersoalkan kos hidup yg tinggi dan mahal brbanding di tempat asl mereka sblum ini. Saya jg pernah trdengar kisah plajar trpaksa jual kreta dgn harga RM1500 sahaja demi menanggung kos pengajian,jual motor, hp, laptop dan lain lg la. Inikah plajar didahulukan? Saya yg mendengarnya amat pilu di hati..ketika pilihan raya kampus lalu terdengar laungan universiti brkebajikan dlm kempen namun apakah kesudahannya dengan nasib warga kg E? Walau bagaimanapun saya percaya bukan mudah nak menyelesaikan masalah kebajikan plajar apatah lg oleh MPP atau Jakmas krana ini brgantung kpd respon dan kelulusan pihak atasan universiti jg. Jikalau pihak pntadbiran ums ingin menjimatkan blanja,saya rasa alasan ini tidak boleh diterima secara mutlak. UMS dikatakan trpaksa menanggung RM4000000, tetapi bagaimana dgn kos menganjurkan program mega? adakah itu tidak mbebankan? Saya pernah mendengar komen dari rakan saya bahawa kadangkala dewan dewan kuliah atu bilik tutorial sekolah sehingga subuh dgn pghawa dingin berpasang. Adakah itu tidak mbebankan? Soalnya ialah pengurusan dlm urus tadbir kewangan yg cekap dan utiliti mnjadi kunci kpd penyelesaian masalah itu dan bukan soal pelajar yg mberi bebanan. Saya bukan skadar bretorik kosong tetapi ini berdasarkan fakta kukuh daripada
Laporan Audit Negara dua atau tiga tahun yg lalu telah menyatakan UMS dalam mengurus tadbir kewangan telah menduduki ranking kedua tercorot daripada kseluruhan IPTA di Malaysia. Inikah pencapaian diutamakan atau bertekad cemerlang? Bertindaklah mengikut realiti dan penuh pertimbangan. Justeru,plajar harus tidak diletakkan beban yag tinggi krana harapan mereka dalam UMS ialah keluar menempah kejayaan. Kita bukan melenting ikut sedap rasa hati tetapi kita melenting dalam keadaan yg waras dan rasional kerana hak kita sebagai mahasiswa. Apa yg kita harapkan ialah penyelesaian yg adil klu boleh penyelesaian itu mberikan kebaikan kepada dua pihak. Untuk memuaskan rasa puas hati sepenuhnya sudah pasti sukar dilakukan dan kita perlu sabar menghadapi cabaran ini. Harapan kita ialah MPP dan Jakmas menangani isu ini dengan berhemah dan kita tahu MPP dibawah pimpinan Azrul akan mengambil pendekatan yg trbaik. Saya bukan ingin mengkritik sesiapa dalam komen tetapi niat saya ialah meluahkan hak sebagai mahasiswa di UMS. TQ

Anak Jati Sabah said...

saya ingin membalas jawapan yg diberikan oleh apple.saya tau aple ni mungkin mpp atau jakmas. Suka saya memberitahu disini, saya bercakap berdasarkan realiti bukan emosi.Saya pertahankan hak saya sbg mahasiswa kg E.Sekali lg saya ckp perkara ini menyusahkan pelajar..kalau akhir sem, perkara ini tidak menjadi satu masalah sbb cuti yg pjg.kita pikirkan la bersama.MPP atau jakmas diundi utk apa???Utk menjaga kebajikan mahasiswa kan...bukan menjaga kebajikan UMS...Kamu bersuara utk mahasiswa bukan utk mempertahankan perkara yg menyusahkan pelajar...kita phm mslh kg E adalah swasta tapi benda tu jgn la sampai menyusahkan kita.Kita harus pertahankan hak kita.Kita punya suara tapi kita takut.tiada keberanian utk bersuara.Inikah pemimpin yg kita harap2 kan...cpt atau mudah mengalah.Kamu mau jadi pemimpin tetapi kamu tidak tahu meminpin. Pandai berkata2 sahaja.Buktikan la pada kami yg kamu ni bekerja....buktikan yg kamu nie boleh mengubah keadaan kembali spt sedia kala.Pertahankan la hak kita mahasiswa kg E.saya cabar kamu.....

Anonymous said...

Salam,,
saya nak beri komen sedikit kpd Anak Jati Sabah.Bahawa anda sebenarnya hanya berkata dan tidak bersandarkan fakta kerana jika saudara/i nak tahu Kolej Kediaman E adalah dibawah pengurusan "SWASTA" faham jg kan dgn "SWASTA" saya kira anda arif akan perkataan ini oleh itu kenyataan anda "Kita harus pertahankan hak kita.Kita punya suara tapi kita takut." hak anda betul anda tinggal di Kolej Kediaman E tp hak anda sebenarnya bukan sepenuhnya..Dan untuk kita bersuara biar kita muncul dengan FAKTA dan HUJAH yang Kukuh dan lebih RASIONAL bukan dengan "tiada keberanian utk bersuara.Inikah pemimpin yg kita harap2 kan." ..Saudara/i hanya retorik sahaja dan sengaja timbulkan masalah yang anda sendiri akan terkaku apabila mengetahui perkara2 yang sebenar dan fakta daripada pihak yang lain, nak bersuara tu betul tapi adakah anda mempunyai bukti yang sahih dan tepat?? fikir-fikirkan ..Adakah MPP dan JAKMAS mengalah pada saya tidak ada pun dan saya kira anda patut mengikuti mereka semasa berurusan , bermesyuarat dan bersama-sama mereka pada ketika cadangan mereka ditolak begitu sahaja,,Memimpin tidak ada kayu ukur untuk seseorang itu layak atau tidak namun untuk seseorang itu menjadi pemimpin dia kena pandai memimpin diro sendiri sebelum pimpin orang lain dan saya kira saudara/i nie tidak pandai memimpin kerana takut untuk membenarkan diri dan berani untuk letak nama sebenar dalan komen ini.. dan ingatlah wahai kamu insan pada ketika kamu menunding jari terhadap seseorang namun jangan lupa pada masa yang sama kamu lebih teruk kerana kenapa bukan kamu yang sendiri bangun dan bergerak bersama-sama untuk berjuang bersama pemimpin kamu.. daripada saya Haizam Kolej Kediaman E..

Anak sabah juga said...

1. salam 2 all.. saya terpanggil untuk komen di sini berhubung dengan masalah kolej kediaman e hinggalah melibatkan MPP dan Jakmas e.

2. umum mengetahui, kolej kediaman e dimiliki oleh syarikat swasta. setiap apa yang direncanakan oleh pihak syarikat, adalah money oriented. namun demikian, saya juga bersetuju dengan cadangan di atas berkenaan pelajar tidak perlu membayar sejumlah wang yang banyak untuk menyimpan barang tetapi ditanggung sepenuhnya oleh UMS. UMS mampu menampung pembaziran yang lebih besar untuk hiburan tatapi untuk kebajikan palajar banyak berkira pula.

3. MPP n Jakmas juga pelajar. setiap kali pelajar merasakan hak mereka tidak dipenuhi dan gagal diselesaikan oleh MPP n Jakmas, mula la mengungkit-ungkit tentang undi yang diberi. kalau undi anda ikhlas usah di ungkit-ungkit. mengundi penat? jangan menipu la. dah la jalan kaki sikit ja pegi DC. mengundi dalam air cond. pastu kena bangi kupon makan lagi. kalau pilak di luar sana tau mengundi di ums dapat makan free, beduyun-duyun dorang datang pegi mengundi. so, pasal 'susahnya pegi mengundi' nda akan timbul lagi.

4. bukan mau defend MPP or jakmas, tapi hal ini mesti telah di bawa dengan serius untuk dibincangkan di peringkat atasan oleh mereka. kalau tidak mana mungkin YDP e sanggup round dari bilik ke bilik untuk minta sain memorendum bantahan.

5. pandangan presiden tidak semestinya di persetujui oleh semua pihak khususnya bila presiden seolah-olah bias kepada pihak pentadbiran.

6. oya, perlu diambil kira pelajar tahun akhir yang berada di kg e juga . majoriti student sst dan bagi mereka yang sedang menyiapkan projek tahun akhir akan stay di ums sepanjang cuti. keputusan mengosongkan bilik akan membebankan pelajar2 tersebut.


7. bagi mereka yang beranggapan yang student tidak dapat berbuat apa-apa, itu kesan 'spoon feed' yang telah didik keatas mereka sejak dari keci lagi. last2 jadi pak turut ja.

8. selain daripada usaha daripada MPP n Jakmas, pelajar juga perlu cuba ambil anisiatif lain sekiranya keadaan masih uga tidak berubah.

'saya anti slogan kosong'

Anonymous said...

isu kg E dah selesai pun..tidak ada yg perlu dikecohkan lg krana MPP atau Jakmas telah mjamin nasib plajar kg E terbela serta adanya tindakan sewajarnya. Bagi sia plajar komen atau kritik bkn apa tp ingin mempertahankan hak mereka dan tiada niat memburukkan pemimpin. Hanya skadar mluahkan hak..takkan plajar nak jd bisu jak..tp seharusnya komen sharusnya mbina dan mbantu pihak lain serta ada bukti yg menyokong..

Anak Jati Sabah said...

Salam....terlebih dahulu saya memohon maaf jika kata2 saya menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tp hakikatnya saya tetap pertahankan apa yg telah dikata.Saya tidak akan komen jika saya tidak paham keadaan pentadbiran..Saya bercakap sbb saya tahu jk sesuatu perka kita lakukan dgn komitment kita pasti dapat.Kita siswa...suara kita kuat.Kita mampu gegarkan UMS ni.Buktinya...spt apa yg kita dpt skrg.Hanya 1 bilik jak yg perlu dikosongkan.tahniah..Perkara ini adalah positif hasil dari komen2 pelajar.Saya bkn takut berhadapan dgn kamu tapi biar la mcm begini supaya kamu tahu ada pelajar yg sentiasa alert dgn sikap dan budaya kerja kamu.dan sentiasa igt tugas pemimpin bkn mudah dan sebab itu la kamu dipilh menjadi wakil siswa..

Anonymous said...

ba yala tu gaduhla kamu tiada juga hasilnya..bagus lagi saya mkn nasi campur ikan masin dgn bambangan...

Anonymous said...

aiseh..sadap juga ko punya makanan tu..buli kasi tapau sia ka bambangan ko.hahaha