Sunday, October 31, 2010

BN atau PAKATAN PAKYAT atau UMNO+ PAS

Kerajaan BN sering dibuat tuduhan bermacam-macam. Sedangkan, pihak yang menuduh belum pasti dapat membina negara Malaysia dalam tempoh lebih 50 tahun. Tapi ini bukan persoalan pokok yang saya ingin bincangkan.

Saya seorang yang melihat kepada realistiknya sesuatu perkara. Dari sudut perjuangannya, saya hanya berminat dengan perjuangan tulus ikhas yang ditunjukkan oleh UMNO dan PAS. Parti lain terutamanya PKR amat jauh daripada fikiran saya. Saya selalu berfikir, UMNO dan PAS sering mengutarakan perjuangan negara Islam. Namun realistiknya, dalam barisan dan pakatan masing2, amat mustahil untuk melihat perkara ini menjadi realiti. UMNO yang menjadi tunjang kepada BN terpaksa memberikan toleransi yang tinggi kepada rakan2 BN yang banyaknya diwakili oleh orang bukan Islam seperti MCA, MIC, PPP, GERAKAN, PBS, PBRS dan banyak lagi. PAS pula terpaksa berhadapan dengan PKR dan DAP yang amat keras menentang kewujudan konsep negara Islam. PKR terlalu ingin cepat berkuasa hingga membayangkan Tim. Perdana Menteri akan ada wakil daripada kaum bukan Melayu, DAP pula sudah terkenal dengan ideologinya yang memang tidak sehaluan dengan PAS dan PKR. Walaupun dalam perjuangan luar mereka nampak macam bersatu terutamanya ketika kempen pilihanraya.

Saya amat hairan dengan rakan2 saya di pihak PAS yang begitu semangat membantu kemenangan PKR atau DAP utk menang dalam satu2 pilihanraya sedangkan mereka sedar perjuangan mereka dan misi mereka tidak akan terlaksana walaupun pakatan mereka memerintah. Bahkan sekarang pun, DAP merupakan parti pembangkang yang mempunyai wakil rakyat teramai di parlimen dan trend pengundi cina memang memihak mereka yang sekaligus memungkinkan mereka akan terus berjaya pada masa akan datang.

Saya sedar, jika saya mengatakan UMNO+PAS amat mustahil terlaksana. Saya pun bukanlah orang yang menyokong perkara tersebut 100% tapi konsep ini harus dijadikan contoh utk melihat Malaysia menjadi negara Islam yang tulen.

4 comments:

Khairul Azzam said...

saudara tidak perlu berasa hairan kenapa PAS begitu bersungguh2 untuk bekerja ke arah kemenangan PKR dan DAP. dan begitu juga sebaliknya bila DAP dan PKR bekerja keras menyokong dan bekerja untuk kemenangan calaon PAS. kerana matlamat sama. mereka bekerja untuk keadilan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan UMNO dan barisan Nasional.

kalau saudara sekadar bersyukur dan berpuas hati dengan negara malaysia yang ada sekarang, sila ke tepi dan tak perlu buang masa untuk mempertikaikan kerja2 orang yang hendakkan perubahan.

PRU13 semakin hampir dan kami akan bekerja lebih keras untuk menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang zalim. kalau saudara masih belum nampak kezaliman pemerintah, sebenarnya bukan mata saudara yang x nampak, tapi hati saudara yang buta.

BN UMNO, the time is near to change!!

Anonymous said...

assalamualaikum..saudara, jika nak dibandingkan negara merdeka dgn berapa tahun PAS,PKR dan DAP secara rasminya bergabung dalam satu barisan pembangkang..jauh bezanya...

Saya faham apa yang saudara maksudnya tentang kenapa PAS perlu bergabung dengan parti seperti DAP dan PKR...sedangkan matlamat kedua2 parti ini cukup berbeza daripada PAS...tapi bagi saya mungkin kesannya belum nampak cukup jelas. Namun, dakwah ISLAM itu yang lebih penting dalam penggabungan ini.Mungkin saudara tidak nampak tetapi begitulah hakikatnya.

-Sekadar pendapat-mujahidah

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan saudara khairul Azzam. Kita kena lihat sejarah terdahulu, membantu tidak semestinya mengikut. Ketiga-tiga parti ini tahu matlamat yang mereka ingin bawa. Iaitu untuk rakyat.

Apa yang pastinya saudara, kalau UMNO betul2 mengamalkan apa yang mereka gariskan dan mengikut acuan ISLAM, PAS akan bubar. Ini kata TGNA.

PAS ada dalam politik sebab PAS nak lawan dan ubah apa yang pemerintah negara buat dan merugikan rakyat. Bukan sebab orang UMNO. Kalau betul lah Kerajaan serius terhadap pembangunan, kenapa ada beberapa tempat di SABAH masih seperti 5 tahun lalu.

KITA JUMPA DI PRU13....

Anonymous said...

Hidup UMNO! Hidup BN!