Wednesday, November 10, 2010

Penempatan Guru Baru Bermasalah

Proses pengambilan guru baru yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu ada penambahbaikan. Keadaannya sekarang sangat merugikan pihak KPM dan calon guru itu sendiri. Bermula dengan isu temuduga yang nampak kurang berkesan sistemnya hinggakan ada calon guru yang menuntut bidang pendidikan di Universiti-universiti terpaksa mengambil temuduga lebih daripada 2 kali malahan ada yang terpaksa menduduki temuduga sebanyak 4 kali. Lebih mengecewakan lagi, ada calon yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak KPM untuk lulus temuduga turut gagal melepasi temuduga. Ada diantara mereka aktif berpersatuan di Universiti dan dalam masa yang sama memperolehi PNGK lebih daripada 3.00. Adakah pihak KPM meletakkan temuduga sebagai syarat penting untuk menjadi seorang guru? Mengapa masih ada calon guru yang terpaksa menunggu lama hingga bertahun-tahun untuk menjadi guru? Saya menuntut agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat meneliti perkara ini dan memperbaikinya pada masa hadapan. Saya juga menuntut agar diteliti semula sistem temuduga yang hanya merugikan pihak KPM dan calon guru dan pihak KPM dapat mempercepatkan penempatan guru baru terutamanya graduan daripada Universiti.

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan teda duit mo amik byk guru baru mgkin..kan skg utang Mlysia byk..so, cari keja lain ja la...

Anonymous said...

hapuskan kelebihan2 yang diberikan kepada menteri2 yang hanya menggunakan untuk tujuan persendirian (tetapi ada ja alasan mereka untuk pergi sana sini, tambahan pula, ambil tiket 1st class, hotel 5 bintang [kalau ada 50 bintang, sure mereka akan pergi menetap disana], bawa orang yang tidak berkenaan cthnya, anak-pinak, ibu/bapa mertua, HAhaha.]). Kita rakyat yang penat2 membayar cukai, mereka dengan senang-lenang memakan duit kita semua. Sekarang ni, politician boleh dikatakan 99.99 or even 100% janji kosong ja. Masa2 pilihan raya ja mereka akan bagi keistimewaan lepas tu lupa daratan. If ada yang terasa, sorry la ya, kenyataan itu memang pahit tetapi jika kita tidak membuka mata dan benak pemikiran kita, sudah pastinya kita yang akan hidup merana.

P/S: Kalaulah M'sia ni ditimpa bencana seperti hutang keliling pinggang, majoriti menteri2 tu lari dari Malaysia coz mereka sudah ada back-up plan (manalah tau dorang sudah ada warganegara lain sudah), nyah kita semua. Harap2 tidak akan berlaku sehingga ke tahap ini. :P

Anonymous said...

Sekiranya betul apa yg dikata itu, laknatlah menteri2 d Malaysia ini..Tetapi sekiranya salah? Bukankah itu satu fitnah? Tiket 1st class dan tuntutan perjalanan adalah sestu yg termaktub dalam peraturan penjawat awam..