Tuesday, October 25, 2011

S.K. Ulu Lubai Limbang Sarawak - Idol Sekolah2 Pedalaman dan Elit

Saya berpeluang berkunjung ke S.K. Ulu Lubai, sekolah berprestasi tinggi, sekolah yang terletak di tengah2 belantara yang mempunyai budaya sekolah unggul dan bertaraf dunia. S.K. Ulu Lubai telah menempelak tanggapan ramai pihak bahawa sekolah luar bandar tidak dan tidak akan berjaya. Banyak pihak terutamanya sekolah pedalaman bergelut utk keluar drp prestasi sekolah yang amat tidak cemerlang, nah! S.K. Ulu Lubai contoh terbaik utk diikuti. Apa yang membuatkan S.K. Ulu Lubai cemerlang? mari kita susuri bersama.

S.K. Ulu Lubai terletak jauh di pedalaman. Dihubungkan dengan jalan balak yang hanya boleh dilalui oleh kereta pacuan 4 roda enjin berkuasa tinggi dan pemandu yg mempunyai kemahiran memandu yang baik, jalannya yg berbukit dan licin terutamanya waktu hujan. walaupun terletak jauh, namun atas kecemerlangannya, begitu ramai orang datang melawat utk melihat sendiri bagaimana budaya sekolah yg diamalkan mereka.

Apa yg saya kagum dgn SK Ulu Lubai (SKUL) ada beberapa perkara. PERTAMA pencapaian akademik (UPSR) 100% sejak beberapa tahun dan menjadi sekolah rendah nombor 1 di Malaysia dr segi pencapaian akademik. KEDUA pelajar2nya bertutur dalam bahasa Inggeris sesama mereka bahkan sesama keluarga mereka (rata2 mereka tinggal di Rumah Panjang berdekatan sekolah). Bayangkan suatu ketika rata2 pelajar yg tidak mampu bertutur dlm bahasa Malaysia, kini bukan sahaja mampu bertutur BM dengan baik, malah juga mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tidak hairanlah keputusan bahasa Inggeris mencatatkan 100% sejak mereka mengamalkan budaya English Language In School(ELIS). Ketika mula2 memperkenalkan ELIS, pelajar2 sgt kekok, apatidaknya, BM pun masih tersangkut2. Tapi berkat kesungguhan semua pihak, dengan strategi yg sgt berkesan, bermula dgn bercakap BI sepatah dan sambung dgn BM, akhirnya pelajar2nya kini tidak akan melayan jika ada pelawat yg berkomunikasi dlm BM dengan mereka, mereka sgt mesra jika pelawat bertutur BI dengan mereka. Mungkin lain bunyinya tapi budaya mereka akan membuatkan kita berfikir utk berfikir dan bertindak spt mereka. KETIGA kepimpinan murid2 yg diterapkan amat saya cemburui. Murid2 seawal usia 12 tahun ke bawah mampu menguruskan bermacam2 perkara, bangun pagi dan pergi ke sekolah seawal 5.30am, membersihkan kawasan sekolah termasuk bilik darjah dan tandas. Menguruskan perhimpunan sendiri dan bermacam2 majlis murid2 aturkan, dr segi pengacaraan hingga persembahan, keupayaan mereka memimpin sgt mengagumkan, murid2 ini selalunya balik ke rumah pada jam 11pm. Memang budaya yg holistik. bukan setakat itu saja KEEMPAT walaupun kemudahan sukan yg sgt daif, SK Ulu Lubai mampu melahirkan atlit bertaraf negeri bahkan kebangsaan. Tempat lompat jauh yg terletak di antara bangunan kelas dan beberapa peralatan sukan yg ketinggalan tidak memberi hlgn kpd murid2nya utk cemerlang dlm sukan. Sungguh mengagumkan.

Bagaimana mereka melakukannya? semua ini tidak datang bergolek, ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan drp pihak Guru Besar, guru2, murid2 dan para ibubapa mereka yg sgt memberi kerjasama padu kpd sekolah. Cara pihak sekolah bertungkus lumus utk menjadikan murid2 pandai membaca dan mengira hingga menjadikan SK Ulu Lubai sekolah no. 1 di Malaysia dan mendapat anugerah hingga ke peringkat antarabangsa (UNESCO). Siapa sangka sekolah di belantara memecah tradisi menjadi sekolah unggul bertaraf antarabangsa hasil kerja yg luar biasa dan kesabaran serta kesungguhan mereka. Idea unik dan berkualiti drp Guru Besar sgt membantu SK Ulu Lubai, dengan memperkenalkan beberapa pendekatan khusus utk membantu murid pandai membaca (bacaan/bunyi mengikut suku kata) dan menghafal sifir (bacaan sifir) membuatkan pelajar faham dan hasilnya mereka cemerlang dlm pelajaran. Dlm sudut kepimpinan juga mereka mendahului sekolah yg lain. Guru2 hanya melihat shj, murid2 yg melakukan semua kerja. Mereka menguasai bukan shj bidang akademik tp juga sukan, akhlak, kepimpinan dan lainnya, inilah rahsia SK Ulu Lubai menjadi Sekolah belantara bertaraf DUNIA.

4 comments:

zack said...

Terima Kasih atas pujian yang diberikan. Saya sebagai salah seorang pendidik disekolah ini rasa sungguh berbangga dengan pencapaian sekolah ini semenjak di hantar kali pertama 7 tahun yang lalu. Kesusahan dan kedaifan yang dahulu merupakan satu halangan rupanya bukan satu alasan untuk menerbitkan kecemerlangan. Namun sedikit terkilan apabila segelintir pendidik-pendidik diluar sana memandang sekolah ini "bernasib baik" dan mengatakan "sekolah korang berduit, kaya dan sebagainya...jadi bolehlah korang buat itu buat ini....tgok lah sekolah kami... sekolah miskin...mana lah boleh jadi macam sekolah korang..." Dahulu sekolah saya miskin juga tp atas "dasar semangat bekerja" dan "ikhlas untuk mendidik anak murid tanpa mengharapkan ganjaran" menjadikan sekolah ini terkenal di persada antara bangsa... :)

cik siti said...

teringin nak ke sana....

ustazgraphic photography said...

Cikgu Zack nak sainnn hehe

Unknown said...

Saya seorg penolong penyelia Hem di PPD Sarikei pernah membawa rombongan Guru besar, PK Hem,Penyelia Asrama dan dua orang murid daripada 10 buah sekolah Asrama berasa amat kagum ketika berada di SK Ulu Lubai. Biar pun sekejap byk pengalaman yg amat bernilai kami petolehi. Tahniah kpd semua warga SK Ulu Lubai, lebih-lebih lagi GB, En Jaul menceritakan kehebatan warga SK Ulu Lubai.Syabas