Tuesday, January 27, 2009

HASIL YANG INGIN DICAPAI OLEH MPP (PMUMS) SEPANJANG SETAHUN SESI PEMERINTAHAN 2008/2009 (REVOLUSI)

01 Penganjuran sebarang program/aktiviti yang lebih terbuka penyertaannya dan keahliannya dengan bermatlamatkan lebih 80% pelajar UMS turut serta secara langsung di dalam sebarang bentuk program/aktiviti. Ini akan memberi peluang kepada para pelajar yang tidak berkesempatan untuk mengikuti sebarang program sebelum ini untuk turut serta mencari pengalaman daripada sesuatu program.

02 Masa menunggu bas dapat diminimumkan:
- Kolej AB dan CD = maksimum masa menunggu ialah 20 minit
- Kolej E = maksimum masa menunggu ialah 15 minit
- Kolej IP dan KF = maksimum masa menunggu ialah 40 minit

03 Kesedaran yang tinggi mengenai sebarang kes seperti culik, rogol, bunuh dan masalah disiplin dan sosial yang mana kesedaran dan nilai setiap mahasiswa perlu dipertingkatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

04 Pelaksanaan pemakaian di kalangan mahasiswa yang lebih sopan, melambangkan keunggulan seorang mahasiswa yang tidak terpengaruh dengan peredaran zaman di samping mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan oleh UMS.

05 Kesedaran pelajar terhadap AUKU 1971 yang menjadi garis panduan menjadi seorang mahasiswa di Universiti.

06 Kesedaran yang tinggi dikalangan mahasiswa terhadap penggunaan air dan elektrik dengan tidak membazir sekaligus dapat mengurangkan kadar bayaran bil air dan elektrik. Dengan pengurangan tersebut, mahasiswa secara langsung mendapat manfaat dengan peruntukan aktiviti pelajar yang lebih tinggi yang diambil daripada penurunan kos bil-bil tersebut.

07 Mewujudkan suasana hidup yang ceria dan harmoni di dalam kampus dengan penerapan sistem nilai dan hidup yang lebih baik dengan pelaksanaan KEMPEN 3S(senyum,sapa,salam)

08 Kesedaran dan peningkatan etika perpaduan di kalangan pelajar UMS dengan memfokuskan program-program atau tindakan dari akar umbi. Sebagai contoh, pengasingan tempat duduk pelajar di dalam kuliah.

6 comments:

NIVYANFAZZA said...

Insya Allah kami akan berikan segala kerjasama dan sokongan yang penuh kepada barisan MPP UNTUK MENCAPAINYA selagi ianya tidak bercanggah dengan agama islam....

Anonymous said...

Salam Pres,
Jujur saya katakan saya sangat tersentuh apabila membaca hasrat2 yang ingin dicapai oleh barisan MPP pada tahun ini.
Sungguh besar matlamat2 yang dicadangkan itu.
Tapi ianya bukan suatu yang mustahil jika semua MAHASISWA sama2 memberikan kerjasama.
Ayuh,mahasiswa sekalian,sama2 kita berusaha untuk menjadi MAHASISWA UNGGUL!!

Anonymous said...

salam bos,
topik yang sangat menarik.
harus d ikuti o semua mahsiswa.
3S patut dlaksanakan secepat mungkin.tp x tertakluk kpd mahasiswa shj.patut d 'apply' o kakitangan ums jgk.jgn masaaam je..

;)

Anonymous said...

1. Saudara pres berkata "Penganjuran sebarang program/aktiviti yang lebih terbuka penyertaannya". MSM08/09, penyingkiran beberapa nama dengan alasan MPP dan HEP. Rupanya alasan palsu belaka. Ketelusan di mana?

2.Pres berkata "Masa menunggu bas dapat diminimumkan". Good luck. I'll support this thing. Bagus. Jangan HEP plak buat hal ye.

3.Pres berkata "Kesedaran yang tinggi mengenai sebarang kes seperti culik, rogol...". Bagus. Satu usaha yang wajar disokong oleh semua pihak yang ada...

4.Pres berkata "Pelaksanaan pemakaian di kalangan mahasiswa yang lebih sopan". Wajar. Setuju sangat. Wajar difikirkan keadilan dalam kesopanan berpakaian lelaki dan wanita mengikut kaca mata staff perpustakaan. Dan juga perjuangkan aspek keadilan dalam pemakaian bagi staff. Diharap adil. Pelajar formal maka staff pun wajib formal. Bertali leher juga. Baru menjadi contoh.

5.Pres berkata "Kesedaran pelajar terhadap AUKU 1971..". Kesedaran bagaomana akta ini membantu dan tidak membantu. Tidak terlalu terkongkong.

6.Pres berkata "Kesedaran yang tinggi dikalangan mahasiswa terhadap penggunaan air dan elektrik". Saya setuju. Satu usaha membantu mengurangkan beban universiti.

7.Pres berkata "Mewujudkan suasana hidup yang ceria dan harmoni di dalam kampus..". Usaha yang baik. Tingkatkan juga integrasi ye.

8.Pres kata "Kesedaran dan peningkatan etika perpaduan di kalangan pelajar UMS". Good. Rasa-rasanya mereka yang takde etika perpaduan ni sanggup ke ikot?

Anonymous said...

thanx for the bus...
but, plez r...
kdg2 rse nk mati tggu bas cd...
xkire r kt mne pun...
3, 4 bijik bas e lalu, xtntu lg ada bas cd...
skng ni, klu ada clas pg kul 8, org tggu dr kul 7, dlm 7.30++ bru ada...
tu pun nsb bek 7.30...
klu yg dtg 7.45 tmbh lg ngn budak yg mkin ramai, kn ssh tu...
ntah r...
tp tgk skng mcm mkin teruk lak bas...
bas bru ada tp xnmpk pun gne utk student...
n sllu wondering mne pegi bas ums...
memanjang bas luar...

sory klu t'lbh...
juz wrote wat i feels...

=]

Unknown said...

salam abg pres..
saya selaku wakil pelajar-pelajar salah satu persatuan seni silat cekak ustaz hanafi yang baru ditubuhkan hendak meluahkan hak kami sebagai mahasiswa ums..untuk pengetahuan baru-baru nie saya dan rakan lain dh berusaha tubuhkan satu persatuan seni silat cekak ustaz hanafi..Tapi sampai sekarang nie saya dah jumpa En Masri kami dapat tau Persatuan tu dah lulus. tetapi saya dapat tau baru-baru nie plak dari En Masri persatuan tu dh digantung plak..saya xtau kenape..sedangkan saye dan rakan-rakan buat semua tu mengikut peraturan yang betul,mengikut majlis senat universiti..xde langgar AUKU..terkilan pun ade...macam xadil jer bagi saya dan rakan-rakan yang dh berusaha bersungguh-sungguh untuk bentuk satu persatuan sebagai salah satu langkah nak mengwarwarkan misi MPP untuk mengaktifkan mahasiswa ums..saye minx perhatian abg pres sangat-sangat tolong kami yer..sebelum a bg pres undur diri dari PMUMS.