Monday, January 5, 2009

Masalah pendaftaran kursus semester 2 sesi 2008/2009

Untuk pengetahuan semua mahasiswa UMS, satu mesyarat dengan TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Sanudin Hj. Tahir telah diadakan petang tadi (05 Januari 2009). Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk masalah pendaftaran kursus.

Saya sendiri telah turun melihat kesesakan yang berlaku di PPIB untuk sistem pendaftaran manual. Pihak MPP juga telah membantu pihak PPIB untuk mengurangkan masalah yang berlaku. Apa yang berlaku ialah, pendaftaran yang dilakukan di SMP tidak ada dalam sistem PPIB dan BPA. Oleh yang demikian, pihak PPIB dan BPA mengambil inisiatif untuk melakukan pendaftaran secara manual

Saya sedar pendaftaran ini menyusahkan semua mahasiswa yang terlibat. Apa yang saya pohon, kerjasama daripada seluruh mahasiswa untuk mengambil tindakan berikut:

1. Esok pendaftaran PPIB akan diadakan di PPIB bermula seawal jam 8am hingga jam 5pm.
2. Pastikan keadaan di PPIB tidak sesak dan beratur
3. Pendaftaran online yang lain yang mempunyai masalah sila rujuk dengan PA masing- masing

Saya meletakkan keyakinan, masalah pendaftaran kursus semester 2 sesi 2008/2009 akan selesai sebelum tamat tempoh 'add-drop'

No comments: