Monday, February 16, 2009

Mengapa MPP tidak mendapat tempat di hati mahasiswa?

Majlis Perwakilan Pelajar kini sudah hilang sengatnya. MPP tidak lagi dipandang sebagai wakil pelajar yang berpengaruh. MPP tidak lagi disebut-sebut sebagai hero. MPP tidak lagi berprestij seperti dulu. Kini MPP dianggap sebagai badan 'pengawas'. MPP dianggap 'sia-sia'. MPP kurang mendapat tempat dihati mahasiswa. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah MPP sudah tidak relevan lagi? Adakah MPP itu intitusi memperjuangkan hak individu sahaja. Atau ahli dalam MPP itu hanya inginkan title 'MPP' sahaja tanpa faham tugas sebenar sebagai MPP?

Pada hemat saya, Institusi MPP kini menjadi seperti itu disebabkan beberapa faktor:
1. Sistem nilai mahasiswa yang meletakkan MPP ditempat tertentu berdasarkan 'performence' MPP
2. Warisan pemikiran yang menganggap MPP dari sesi ke sesi tidak menyengat
3. MPP itu sendiri tidak bertugas sebagai seorang MPP
4. Kelesuan perjuangan MPP sesi2 sebelum ini yang menjadikan sistem 'menilai' MPP terlalu subjektif
5. Sikap mahasiswa yang tidak memberikan peluang, kerjasama, sokongan kepada MPP
6. Niat menjadi seorang MPP tidak diperbetulkan

Kesemua faktor yang tertulis diatas boleh diatasi dengan baik. Ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Jika MPP itu sahaja ingin berubah tetapi tidak mahasiswa, anjakan perubahan itu sukar untuk direalisasikan. Berilah peluang kepada MPP untuk membuktikannya dengan membantu memberikan sumbangan idea dan cadangan kepada usaha penambahbaikan.

Kita ingin melihat pergerakan perjuangan mahasiswa di UMS ini murni dan nampak jelas. Kita ingin mewujudkan kuasa mahasiswa di UMS dengan pengaruh unggul yang dimiliki oleh mahasiswa. Sekali lagi saya nyatakan, MPP sahaja tidak cukup tanpa sokongan rakan2 mahasiswa.

Sama2 lah kita menjadi penyumbang kepada anjakan perubahan yang sering diwar-warkan oleh kita semua. Marilah kita semua keluar dari kepompok mahasiswa lama. Jadilah mahasiswa yang idelistik tetapi relistik. Jadilah mahasiswa unggul yang akan membawa UMS ke arah kecemerlangan. InsyaAllah

5 comments:

Anonymous said...

Pasal Mesyuarat Agung MPP yang lalu, aku tak puas hati lah...
Relevan ke tunjuk ESQ? Lepas tu apa relevan mantan MPP kene present keje mereka sesi lepas?
ntah pape???
buang masa aku kat situ je...
lepas tu aku dengar time korang post-morterm suma MPP hari tu, ada 2 orang MPP gaduh, pasal ESQ. nape boleh macam tu ek?
rosak MPP sesi kali nie aku tengok.

nurilhakim said...

Salam anonymous..
Mantan MPP membentangkan gerakerja sesi lepas supaya mahasiswa dapat tahu perkembangan organisasi, apa yg dah dibuat, apa yg belum selesai dan perlu diteruskan etc. Organisasi mana pun kat dunia akan bentang gerakerja sepenggal dalam mesyuarat agung bila naik kepimpinan baru.

Mahasiswa hari ini tidak berminat melibatkan diri dalam kepimpinan, tapi lebih cenderung menghentam kepimpinan orang lain. Kalau semua merasai pengalaman memimpin, maka semua kan tahu apa yang datang dengan kepimpinan ialah amanah, pengorbanan, kritikan dan keperitan. Dan dengannya juga hadir kemanisan dan pengalaman, penghargaan dan kawan-kawan.

Kepada yang gemar mengkritik tanpa membangunkan, apa kata kita jangan biarkan ada calon menang tanpa bertanding pilihanraya akan datang? Apa kata kita pastikan pilihanraya akan datang paling ramai orang bertanding? Mungkin ada seusatu yang berharga kita kan dapat bila kita menilai dari dalam ke luar, dan bukan selamanya dari luar ke dalam.

Apapun, pemimpin tidak punya kuasa untuk berkata 'kerana aku ini, aku mesti dimaklumkan untuk ini,' atau 'ini salah kerana aku dibelakangkan.' Respek dan hormat itu sesuatu yang dikecapi bukan datang dengan sendiri. Keyakinan pada organisasi membuatkan organisasi dirujuk dan dihormati. Dan kesatuan pemikiran, fikrah itu sentiasa lebih kuat daripada mana-mana organisasi.

Saya juga mendengar tentang apa yg berlaku dlm post-mortem, apapun saya menilai perbezaan dan pertindihan pendapat adalah perkara biasa dan sentiasa menatijahkan hasil yg baik.

Maaf atas kejahilan, wallahua'lam.

Ira Syafirah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mengapa mpp tdk mendapat tmpat di hati mahasiswa mgkin krana mahasiswa itu sendiri tdk scra totalnya mgikuti prkembangan kepimpinan itu sendiri.....sranan saya agar kepimpinan brusaha utk memperluas publisiti mhupun brusaha berinterksi sesama pelajar scr lgsung atau tdk...semoga kami sendiri sebagai pelajar di bawah pimpinan merasa di hargai atau paling tidak kami ingin merasakn wujudnya suasana kekeluargaan besama pimpinan kami....dgn hrpan agar terlibat nya krjasama dr semua pihak maka tidak lagi wujud persoalan yg sepatutnya tdk wujud
wallahualam....

Anonymous said...

salam...benar kata anonymous..mpp perlu dekatkan diri dengan mahasiswa/i..jgn wujudkan jurang antara mpp dan siswa/i..walau sesibuk mna pun, kita mc ada msa utk ke tandas kan, walau sesibuk mna pun, kita mc ada msa utk solat kan, jadi walau sesibuk mna pun mpp, luangknlah msa utk siswa/i....jd kmi smua boleh knal, siapa sebenrny wakil kami..... dan jgn lupa, kita sebnrny perlu bekerja bersama2...spy lebih efektif...bukan sebaliknya... fikir2kan