MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEJABAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, TINGKAT 1, PUSAT PERKHIDMATAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, BEG BERKUNCI 2073,
88999 KOTA KINABALU, SABAH
Tel: 088-320000 ext 4168
MEMO
DARIPADA : PRESIDEN MPP
KEPADA : MAHASISWA SPPS TAHUN 3 AMBILAN SESI 2006/2007
TARIKH : 06 MEI 2009
PERKARA : PENEMPATAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR
Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk pengetahuan, 73 orang pelajar SPPS tahun 3 (ambilan 2006/2007) telah membuat permohonan secara berkelompok untuk menetap di kolej kediaman semasa Latihan Mengajar yang akan bermula pada 15 Jun 2009.
Sehubungan dengan itu, saya selaku wakil kepada pelajar-pelajar terbabit telah membuat permohonan kepada Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar. Setakat ini, Seksyen Perumahan dalam usaha meluluskan permohonan penempatan di Kolej Kediaman Kingfisher bermula pada 12 Jun 2009 sehingga 5 Julai 2009 dengan bayaran RM3 sehari. Para pelajar terbabit akan mendaftar dan menetap seperti biasa di kolej kediaman masing-masing bermula 6 Julai 2009.
Kepada pelajar terbabit, sila berhubung terus dengan saya, Azrul Bin Ibrahim (0148590173 @ 0146517287). Saya juga mencadangkan agar pelajar-pelajar terbabit mengunjungi blog saya untuk maklumat terkini dari masa ke semasa (www.siswaunggul.blogspot.com). Pemana-penama terbabit saya lampirkan di sebelah.
Sekian, terima kasih.
MAHASISWA MENJANA KEUNGGULAN UMMAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment