Friday, January 16, 2009

MPP berpendirian teguh tidak melakukan Perhimpunan Aman @ Demonstrasi

Saya ingin memberikan respon kepada perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat tadi. Terkejut juga saya kerana perhimpunan tersebut tidak dimaklumkan kepada MPP terlebih dahulu. Saya kesal kerana ianya seolah-olah membelakangkan MPP dan saya sebagai Presiden.

Segala aktiviti yang dijalankan di kampus UMS perlulah sekurang-kurangnya dimaklumkan kepada saya dan MPP.

Saya menasihati seluruh mahasiswa UMS berhati-hati untuk turut serta dalam sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan secara mendadak tanpa pengetahuan MPP.

Saya menyeru seluruh Mahasiswa UMS terus menyokong kempen kemanusiaan Palestin yang sedang dijalankan.

15 comments:

Anonymous said...

presiden MPP kita belum lagi diserang oleh Israel, tak payahla nak uat demonstrasi secara aman...kena serang baru kita buat.....

Anonymous said...

saya harap kamu tahu apa kesan selepas kenyataan ini dikeluarkan!

Anonymous said...

Nak tny..

Lepas Kain yang kene gantung kat dkp tu abes kene sain, korang nak buat ape ngn kain tu?

ape tujuan die sebenarnye?
dapat ke korg tunjukkan perasaan ngn kain tu?

korg send ke israel ke?
ke nak frame bende tu?

Anonymous said...

Ya kita belum lg diserang olh Israel tp fikir jika kita buat solat hajat lebih drpd sekali insyallah ALLAH menunaikan hajat kita.Knp demonstrasi dan kenapa anda sendiri tidak pergi ke kerajaan kita sendiri atau mana2 organisasi yg sepatutnya anda paksa mereka buat bersuara di arena antarabangsa,mmg betul suara kita sbg mahasiswa perlu tapi adakah setakat ini demonstrasi yg berlaku di seluruh dunia dapat mengurangkan serangan malah serangan ke atas Gaza drpd Regim yang haram tu bertambah kuat.. Jika imbas kembali semasa Lubnan di serang Regim haram dan bagaimana,Israel berhadapan dengan pejuang yg tdk dapat dikesan kerana doa rakyat Lubnan itu lebih kuat meminta dengan ALLAH agar pejuang mereka sentiasa di lindungi,menyebabkan tentera Israel berperang dengan pejuang yg tdk dapat dikesan dr arah mana setiap serangan yg ditujukan ke atas tentera haram tersebut.walaupun kemusnahan yg di hadapi olh Lubnan itu teruk tetapi kenapa tentera Israel tdk dapat masuk lebih dalam ke Negara Lubnan???kerana kemenangan bukan di lihat kemusnahan yg blh di buat tetapi kecekalan dan ketabahan terus menerus mempertahankn negara.
Seandainya kita mahasiswa buat cadangan kepada OIC wujudkan sebuah Pakatan Tentera Islam yg terdiri drpd pelbagai negara Islam dunia,bukan tujuan kita Islam sbg agama militery tapi sebagai pelindung kpd negara2 Islam yang mnjadi mangsa kekejaman pengganas atau politik leih2 lagi apabila PBB yang tdk berguna pada saat di mana Israel menyerang Palestin..
Seandainya North Atlantic Treaty Organization (NATO) blh jd pakatan militery mustahil OIC tdk blh buat.apa pn amat2 setuju dengan boikot dan cipta lah jenama atau produk kita sendiri,jika ada coca cola kita ada Mecca Cola.Takbir ..ALLAHU AKHBAR!!!!

Anonymous said...

Salam buat semua..
Semua yang di buat tu kena lah ada rasionalnya kan..
Apa kes lah sampai mau buat keranda, sorak2 ndak tentu pasal tu ha...
Ndak tunjuk langsung lah imej tu..
Mau sorak2 buat aoa ha...
Bukannya kamu dapat hentikan apa2 yang jadi tu..
Pikir lah sahabatku semua..
Kita ni kan ada otak..
Apa yang kita buat ni biarlah ada rasionalnya..
Daripada kuarkan duit utk buat benda2 yang ndak berfaedah ni biarlah duit tu kita guna masukkan duit ke Tabung melalui Maybank tu..
Melalui apa2 pun jadi jugak lah..
Biar satu sen pun kira ok lah jugak tu..
Buang masa jugak mau buat demonstrasi yang ndak masuk akal tu..
Tambah lagi tu mcm imej Mahasiswa sendiri yang ditonjolkan seperti hilang arah tujuan jak..
Jangan keja mau salahkan mana2 pihak.. Kita semua student kena ada kesedaran sendiri lah bah kan...
Sekarang da gencatan senjata kan..
Jadi mau buat demonstrasi apa lagi lah..
menjerit menyokong Gencatan senjata lah ka.?????
Pandai2 lah kan..
Apa yang di buat tu biarlah berasas kan..
Maafkan lah andai ada yang terasa..
Sama2 kita renungkan benda ni..
Menyumbang lah ke arah yang lebih rasional...
hamba ALLAH..

Anonymous said...

saya sutuju dan ada yang kurang setuju...
saya kurang bersetuju kalau kita katakan yang demonstrasi tidak membawa apa2 kesan..
saya akan buktikan yang gencatan senjata yang berlaku adalah disebabkan oleh demonstrasi yang dibuat oleh penduduk di seluruh dunia...
apabila semakin banyak negara yang membuat demonstarsi termasuk rakyat amerika, maka amerika dan israel akan merasai tempiasnya...
kalau kita nak tunggu resolusi ataupun apa yang dibuat oleh PBB alamatnya Gaza akan menjadi neraka dunia. ada Israel ambil apa2 tindakan terhadap resolusi..
gencatan yang dibuat israel pun bukannnya disebabkan oleh Resolusi PBB, ia adalah disebabkan oleh suara masyarakat dunia terhadap keganasan israel yang menjadi tekanan......
demonstrasi akan jadi bagus dan ada halatuju jika ada garis pandua...
kalau kita buat keranda kalau itu menimbulkan kesedaran kepada muslim walaupun tidak menjejaskan serangan israel, kita juga boleh dikira sebagai berjaya...
jangan fikir dari luar, fikir secara menyeluruh....
satu lagi tandatangan ok buat, tapi selepas itu, di manakah kain tersebut akan dihantar..kedutaan amerika? atau dijadikan khazanah di stor bilik MPP...

Anonymous said...

say pun tertanya seperti 'curious'..
nak buat apa dgn kain2 tu...adakah ia sekadar suatu gimik yg membuang masa???...

Kita bercerita tentang keganasan di luar malaysia, tetapi kenapa tak lihat keganasan dlm negara sendiri....kenapa tak ikat kain rentang menentang ISA???
Kita menentang keganasan orang lain tapi keganasan sendiri tak nampak....

Kuman diseberang sungai nampak; beruk di depan mata tak nampak

Anonymous said...

suruh org memaki kot kain rentang 2.....

Anonymous said...

kte ni plaja..buat la cara sbgi plaja..nnti ape pula kata ibu bapa kte..kte x layak utk bbuat ape2..msg2 ade agama, bdoa la bramai2..

Anonymous said...

Ala, cakap jelaa pengecut,
mahasiswa UMS memang mandom,
tak berani, tak dak prinsip kemahasiswaan,
mahasiswa UMS masih level plajar sekolah rendah,
patutla tak berkembang pemikiran,
camni rupenye dak2 UMS ni,
bikin malu je,
MPP tu sume same je

kecuali presiden...........

Anonymous said...

jan ckp gtu bah,
suba ko ckp pa faedahnya kalu bikin gempak2 demo???
nda da jua,
mcm si nabil bilang "lu pk laa seniri...!!!"

Anonymous said...

"....ianya seolah-olah membelakangkan MPP dan saya sebagai Presiden"

saya agak tertanya2 sndiri..
awak sebagai presiden seolah2 meletakkan diri sendiri pada tahap yang TERtinggi..

saya tidak mengenali awak sebelum ini.. tapi apabila awak DINOBATKAN sebagai seorang PEMERINTAH MPP UMS SESI 2008/2009 dengan gelaran PRESIDEN..

saya rasa awak sudah keterlaluan dengan membawa istilah PRESIDEN itu.. seolah2 ingin MENONJOLKAN diri awak sebagai seorang yang lebih tinggi tarafnya daripada MAHASISWA MAHASISWI yang lain yang SEBENARNYA sama2 menjalani hidup di DUNIA UMS ni..

sungguhpun.. awak akan berakata ..TIDAK pada kenyataan ini..
tapi saya anggap bukan saya sahaja yang merasakan benda ni, tapi orang lain juga turut mempunyai rasa yang sama...cuma belum DICUNGKIL peri rasa mereka..

saya memohon maaf ata kenyataan yang saya berikan..
tapi ini sekadar kritikan yang saya anggap membina dalam pembentukkan awak sebagai seorang PRESIDEN yang memegang takhta bukan atas sebab istilah PRESIDEN itu sendiri... tapi atas sebab kebertanggungjawaban awak untuk memastikan kebajikan mahasiswa/wi UMS terjaga.. serta dapat mengotakan JANJI-JANJI yang pernah dipatrikan dulu sebelum takhta sementara ini diberikan kepada awak..

SEMOGA UMS TERUS CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG... Insya Allah..

Ira Syafirah said...

* "selaku pemegang takhta tertinggi.."
* "..membelakangkan MPP dan saya sebagai Presiden"

Rasanya,agak keterlaluan untuk menggunakan ayat sebegitu untuk meluahkan pendapat atau buah fikiran. Tak ke mana pangkat dan nama tu.. Suka untuk AK gunakan kata-kata Dr Naimah dalam kuliah Pedagogi.. "Segala apa yang kita ada di dunia ne..cuma 1/100 nikmat Allah buat kita di dunia ne.. 99 lagi Allah simpan untuk kita nikmati di syurga.." AK bukan apa, cuma..tak faham dengan kegemaran sesetengah individu yang menggunakan pangkat sebagai pekenalan dirinya. Pak Lah sebagai pemimpin utama kerajaan pun amat elok budi pekerti dan pembawaan dirinya kan.. Pribadi dan pembawaan diri Pak Lah tu bolehlah tuan Presiden jadikan panduan ek? Lgpun, tuan Presiden sebenarnya dah ada 'tahap' sendiri di mata para pelajar UMS..tanpa pgenalan diri sebegitu,tuan Presiden tak hilang pa-pa pun.. Btul tak?

**'Anonymous'..sorry ek? AK ckp bnda yg sama dgn hang.. Huhuhu

anakmudasabahunggul.blogspot.com said...

Salam. terima kasih atas nasihat. Bak kata Saidina Ali K.W, 'orang yang menasihati aku itulah guruku dan orang yang memujiku itulah mungkin musuhku'. Tetapi ingin saya nyatakan disini saya tidak pernah meletakkan diri saya di takhta teratas yang selesa. Saya sedar saya bukanlah yang terbaik dikalangan mahasiswa UMS tetapi setelah dipilih menjadi Presiden, saya harus melakukan yang terbaik. Namun sebagai manusia biasa saya tidak nafikan kadang2 saya melakukan sesuatu yang mungkin betul di mata saya tetapi tidak betul di mata rakan-rakan mahasiswa. Itulah namanya lumrah. Ada hitam ada putih. Saya berterima kasih diatas nasihat dan sokongan anda semua kpd MPP sesi 2008/2009 selama ini. Teruskan bertekad cemerlang

anakmudasabahunggul.blogspot.com said...

Salam. terima kasih atas nasihat. Bak kata Saidina Ali K.W, 'orang yang menasihati aku itulah guruku dan orang yang memujiku itulah mungkin musuhku'. Tetapi ingin saya nyatakan disini saya tidak pernah meletakkan diri saya di takhta teratas yang selesa. Saya sedar saya bukanlah yang terbaik dikalangan mahasiswa UMS tetapi setelah dipilih menjadi Presiden, saya harus melakukan yang terbaik. Namun sebagai manusia biasa saya tidak nafikan kadang2 saya melakukan sesuatu yang mungkin betul di mata saya tetapi tidak betul di mata rakan-rakan mahasiswa. Itulah namanya lumrah. Ada hitam ada putih. Saya berterima kasih diatas nasihat dan sokongan anda semua kpd MPP sesi 2008/2009 selama ini. Teruskan bertekad cemerlang