Thursday, May 21, 2009

1 Malaysia - Peranan Mahasiswa?

Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengetengahkan konsep 1Malaysia, 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Memang bertepatanlah konsep ini untuk diketengahkan dengan lebih serius lagi. Sememangnya negara kini dilanda krisis masyarakat yang jika tidak ditangani akan menjadi parah lama-kelamaan. 'Keterbukaan' yang tercipta semenjak tamatnya pilihan raya ke-12 telah membuka ruang kepada semua orang untuk bersuara. Sebagai seorang rakyat yang bergelar mahasiswa yang berdarah muda, sememangnya budaya keterbukaan seperti inilah yang sangat diidamkan. Mahasiswa ingin bebas bersuara. Mahasiswa ingin bebas bertindak. NAMUN, adakah kebebasan ini 'menghalalkan' kita untuk melakukan satu tindakan yang akan menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku kepada kita?

Perpaduan, keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini perlu kita semua pelihara. Saya melahirkan keyakinan yang tinggi, tidak kira apa fahaman politik, kita sebagai rakyat negara Malaysia tidak akan membenarkan nikmat yang dianugerahi Tuhan ini dirampas. Kita harus menjaganya sebaik mungkin agar generasi kita dapat menikmatinya kelak.

Konsep 1Malaysia sepatutnya difahami dan didalami. Saya mengajak seluruh mahasiswa khususnya untuk mengetepikan sementara perbezaan politik untuk menerima konsep 1Malaysia ini secara total. Fahamilah 1Malaysia perlu disepadukan antara rakyat dan pemerintah untuk terus mewujudkan kesepaduan dan kesejahteraan.

Saya memikirkan, 1Malaysia akan menjadikan usaha mengekalkan kesatuan kita selama ini akan menjadi lebih berkesan. Tetapi, adakah ia semudah yang kita sangkakan? Ianya terletak kepada kita semua dalam menterjemahkannya.

Memfokuskan kepada kehidupan mahasiswa di kampus, 1Malaysia sepatutnya menjadi sesuatu yang praktikal. Kepelbagaian kaum yang ada di kampus seharusnya dipraktikkan sebaik mungkin oleh kita semua dalam merealisasikan 1Malaysia ini. ]

Saya akui, cabaran hidup bermasyrakat di kampus adalah tinggi. Namun ianya dapat diselami dengan melakukan beberapa perkara berikut dikampus iaitu:

1. Memahami budaya dan adat resam antara kaum
2. Memahami kehendak agama masing-masing dengan menjadikan rukun negara sebagai asas panduan
3. Membudayakan konsep 'kawan' dalam masyarakat kampus
4. Memahami sensitiviti kaum masing-masing terutamanya kaum pribumi Sabah
5. Meletakkan konsep kepercayaan yang sepatutnya sesama masyarakat berbilang kaum khususnya di kampus sebagai batu asas kehidupan

Konsep 1Malaysia perlu terus didokong oleh segenap lapisan masyrakat terutamanya golongan mahasiswa dalam menjadikan Malaysia sebuah negara unggul.

Dalam konteks kehidupan di kampus, realiti perpaduan di antara mahasiswanya masih perlu diperbaiki. Mungkin disebabkan tugas seharian yang memerlukan sesorang mahasiswa itu fokus kepada kerja dan tugasnya telah menyebabkan di antara mahasiswa cenderung untuk melakukannya secara sendirian ataupun hanya melibatkan kaum masing2 sahaja. Ini akan meletakkan mahasiswa cenderung bersifat individualitik. Apabila sifat ini wujud di kalangan mahasiswa, sedikit sukar untuk merencana usaha dalam memantapkan kesepaduan di kalangan mahasiswa tersebut.

Saya tertarik dengan 8 TERAS 1 MALAYSIA yang direncanakan oleh kerajaan yang meletakkan 8 teras atau nilai yang perlu didalami oleh masyarakat Malaysia khususnya para mahasiswa. nilai2 tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai2 ini dilihat sebagai satu jalan untuk menuju konsep 1 Malaysia yang lebih realistik. Disamping itu, nilai2 kerohanian dan keagamaan perlu selari dengan 8 nilai yang digariskan. Kepercayaan yang tinggi kepada nilai2 agama akan menjadikan masyarakat Malaysia akan lebih memahami mengenai nilai2 hidup bermasyarakat yang sekaligus bibit2 curiga dan syak wasangka tidak akan wujud di benak hati setiap rakyat Malaysia

4 comments:

MSS LaWLiET said...

Salam Pres..

Moga sihat sejahtera selalu.

Saya cuma tertanya2 akan poin yang ke-5 iaitu:-

5. Meletakkan konsep kebergantungan dan kepercayaan yang tinggi sebagai batu asas kehidupanMacam ada yang xlengkap pula tu..

Sekian.

malek_abdullah said...

salam kpd siswaunggul..minta pendapat ttg nilai2 1malaysia, bhgian 4-PENERIMAAN..

Anonymous said...

teruskan konsep 1 malaysia...
sy menyokong sepenuhnya hehehehhe..
ayuh mahasiswa ums...
sokong 1 malaysia..

Anonymous said...

salam dr UNIMAS

memang betul apa yg diperkatakan oleh YDP....perpaduan tidak boleh dipandang remeh kerana tanpa perpaduan maka pihak2 yg berkepentingang akan senang memecahbelahkan sesebuah negara...sensitiviti kaum perlu dijaga dimana2 shj, bkn shj di Sabah bahkan seluruh Malaysia...bahkan di persada antarabangsa....saya sokong apa yg diperkatan