Friday, August 28, 2009

Info UMS terkini

Prof Madya Dr Kassim Hj. Md Mansur dilantik sbg Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS yang baru. Beliau merupakan Dekan SPE sebelum ini. Tahniah kepada beliau.

Pengetua KG E = Dr. Andika Aziz Hussein, Pengetua Kolej IP = Prof Madya Dr Piakong, Pengetua Kolej KF NR = Prof Madya Dr Ismail Ali Ab dan CD dalam proses pencarian

Thursday, August 20, 2009

Cadangan penubuhan Gabungan Mahasiswa Malaysia Sabah (GMMS)

InsyaAllah oktober ini MPP 2008/2009 akan menamatkan sesi pemerintahannya. Setelah lebih 2 tahun bergelar pimpinan, saya merasakan perlunya saya untuk meneruskan perjuangan mahasiswa ini. Oleh yang demikian, saya memikirkan perlunya ada satu kesatuan mahasiswa di Sabah ini untuk melihat isu2 yang lebih besar. Justeru itu, muncullah idea untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Malaysia Sabah (GMMS).

Sama2 kita menyokongnya

Thursday, August 13, 2009

Pelapis Kepimpinan MPP perlu komited dan berwibawa

Tidak lama lagi MPP sesi 2008/2009 akan menamatkan sesi pemerintahan. Saya yakin, sudah ramai di kalangan adik2 dan shbt2 mahasiswa yang sudah berkira-kira untuk mempersiapkan diri untuk melibatkan diri dalam pilihanraya kampus kelak.

Nasihat saya kepada mereka:
1) Jadilah pemimpin mahasiswa yang berpendirian yang tidak menjadi 'hamba' kepada ideologi pihak2 berkepentingan
2) Pastikan akademik betul2 stabil
3) Jadilah pemimpin mahasiswa yang konsisten perjuangannya, bukan ketika bergelar pimpinanan mahasiswa shj baik penampilannya tetapi selepas tamat juga perlu baik
4) Menjaga hubungan dengan Tuhan
5) Bijak menjaga kepentingan mahasiswa dan pentadbiran
6) Jadikan peluang menjadi pimpinan sebagai amanah bukannya kelebihan
7) Tidak memilih 'bulu' dalam perjuangan
8) Menolak jauh2 kepentingan individu dan kepentingan organisasi2 tertentu dalam perjuangan
9) Menonjolkan diri dalam semua bidang
10)Menjaga tingkah laku luar dan dalam memimpin

Monday, August 10, 2009

Mahasiswa, Akademik dan Politik,

Saya melihat kuasa politik masih memonopoli kehidupan di kampus. Baik di pihak pentadbiran mahupun mahasiswa.

Saya mengatakan bidang akademik yang menjadi asas kepada pembinaan modal insan berkualiti perlu dijauhi daripada permainan politik yang hanya menjadikan akademik itu mangsa.

Mahasiswa dan politik itu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Saya secara pribadi sangat meminati bidang ini. Namun, jangan sampai kerana politik kita terpaksa TANGGUH PENGAJIAN. Ini sangat mengecewakan. Sibuk dengan ideologi politik masing2 akademik terabai. Ini akan memalukan diri dan agama. DAN yang paling menyedihkan apabila mahasiswa itu membawa ideologi pihak lain untuk diperjuangkan. Tidak tahu asas ideologi dan perjuangan, mahasiswa begitu taksub mengikutinya. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, mahasiswa sebegini ialah mereka yang ikut-ikutan. Mahasiswa perlu ada pendirian mantap. Boleh perjuangkan ideologi pihak tertentu, tapi biarlah kita faham akan asas dan hala tuju perjuangannya. Yang paling penting, jangan kerana ideologi ini kita abaikan keutamaan kita untuk mencapai kecemerlangan akademik di Universiti.

Saya manganggap mahasiswa perlu memahami ilmu politik. Penting kerana semasa ini kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan. Kita perlu memilih hidangan yang akan memberikan kepuasan maksimum kepada kita.

Penuhilah keperluan kita berdasarkan prioriti. Apa dia, sudah tentu yang pertamanya akademik. Akademik dah ok baru pertimbangkan yang lain, politik dan lain2.

Saturday, August 1, 2009

H1N1 - Kuliah diteruskan

Setakat ini, pihak UMS memikirkan untuk meneruskan sesi pengkuliahan. Tiada sebarang pengumuman atau arahan menutup kampus pada minggu depan. Maka, saya menegaskan kepada para pelajar agar tidak menyebarkan sebarang info yang tidak tepat.

Walaubagaimanapun, pihak pelajar perlu mengambil langkah proaktif untuk berjaga2 seperti memiliki topeng. Setakat ini pihak pimpinan pelajar tidak dapat menyediakan topeng untuk semua pelajar.

Para pelajar dinasihatkan untuk datang ke kuliah tanpa rasa was2 ataupun takut kerana keadaan adalah terkawal.

Sebarang makluman akan dinyatakan dari masa ke semasa