Wednesday, June 10, 2009

10 Subjek SPM, RASIONAL?

Baru2 ini, Timb Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan minimum 10 subjek sahaja yang boleh diambil oleh para pelajar yang akan menduduki SPM. Isu ini telah mendapat pemerhatian yang meluas dikalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya selepas ini kita tidak akan lagi mendengar pelajar akan mendapat SPM 20A1, 17A1 5A2, dan sebagainya. Apa relevannya? (bersambung)

4 comments:

MSS LaWLiET said...

Salam...

Akan ada subjek yang 'bungkus' lepas ni..

Mungkinkah Subjek Agama atau Pendidikan Islam/Moral?

Apa ya masalah ambil lebih subjek?

Siapa ambil lebih, faham2 lah risikonya apa. Dapat 'catch-up' atau x.

Banyak ambil subjek, dapat skor, ini mencambahkan/meluaskan skop pengetahuan. Paling kurang, ada asasnya walaupun dia bakal 'meninggalkan' bidang lain sebab fokus dengan suatu bidang sahaja.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

salam..itu pendapat peribadi...
takkan la subjek agama /moral kerajaan nak bungkus..
bodohkah dan butakah serta bisukah majlis ulama kebangsaan , GPMS dan byk lg persatuan yang menjaga islam dan kedaulatan melayu.
subjek Islam takkan di bungkus-yakinlah...
ia tertakluk pada penjagaan dan pemilihan subjek di bwh penjagaan ibubapa...

ambil subjek lebih ia mengurangkan pemahaman , ia adalah kelemahan sepanjang hayat.saya merupakan pelajar 10A1 2A2, kelemahan saya ialah memahami...kerana saya belajar hanya untuk skor saja.
itu kelemahan yang tak dapat diterima dalam pembelajaran.belajar memerlukan pemahamam untuk bersaiang dan memenuhi kehendak pasaran nanti.

MSS LaWLiET said...

->Anonymous (atas)

^_^

Salam...

BETUL, itu suatu pendapat peribadi yang memulakan perbincangan dengan persoalan.

Dan (cerita) saya lebih kepada situasi SPM aliran Agama..

Jika pihak bertanggungjawab (seperti yang disebutkan) BENAR2 menjaga Islam & kedaulatan Melayu, dengan tidak 'membungkus' subjek2 Agama (atau Moral bagi skop bukan Islam) saya berasa sedikit lega.

Namun, saya teringat, ketika menyemak2 jadual peperiksaan SPM lama dahulu, saya nampak ada berpuluh subjek yang boleh diambil pelajar.

Maka subjek selain yang teras dan Agama/Moral, maka subjek2 seperti Pertukangan Kayu, Kesusasteraan Inggeris & banyak lagi akan bertambah 'malap'.

Saya juga, sewaktu SPM dahulu, ambil 12 subjek. Campur satu, Kelas Kemahiran Al-Quran-KKQ (luar dari sijil SPM), jadi 13.

Subjek2 yang saya ambil dalam aliran Agama+Sains Tulen:-

BM, BI, SEJ, MAT, MAT+, Bahasa Arab Tinggi (BAT), FIZ, KIM, BIO, Pend. Al-Quran&Sunnah (PQS), Pend. Syariah Islamiah (PSI) dan English for Science&Technology (EST-wajib bagi aliran Sains).

Sekarang, pelajar aliran Agama boleh ambil subjek sehingga 11. Mula tahun 2010, ianya menjadi 10 sama seperti sekolah yang lain.

Jadi, subjek apakah yang perlu 'dibuang' oleh saya jika saya ambil SPM aliran Agama+Sains Tulen 2010 nanti?

Aliran Agama+Sains Kejuruteraan juga punya subjek yang lebih. Boleh menjangkau 14 subjek. Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan ditambah, tolak Biologi.

Kasihan adik2 SPM. Uhu3.. -_-

Mengenai "ambil subjek lebih, mengurangkan pemahaman", saya fikir, ianya bergantung dengan kemahuan & keupayaan individu :)

Tidak mengapa ambil subjek lebih, jika ianya diminati. Faktor minat mempunyai pengaruh tinggi dalam menentukan keputusan samada dalam peperiksan atau luar peperiksaan.

Seperti kebanyakan pelajar yang dapat keputusan 15A, 16A, 22A...

Ada subjek yang mereka (bukan semua mereka) ambil, tidak ditawarkan di sekolah.

Had 10 subjek SPM ini akan menyempitkan lagi peluang, bagi beberapa peluang.

Contohnya, jika tiada BAT/PQS/PSI dalam slip SPM, susah untuk 'pusing' masuk aliran Agama jika keputusan sains tulen 'lingkup' sewaktu memohon kemasukan.

Sekurang2nya, banyak subjek, pilihan lebih banyak. Pengetahuan juga, boleh bertambah. Walaupun asas sahaja yang mampu difahami kemudiannya. Ingat sikit2.. XD

Isu ini belum menyentuh PMR. PMR aliran Agama ialah 9 subjek. Dan masa SPM nanti, cuma 1 subjek saja bertambah. Uhu..

Jom, teruskan perkongsian idea kita..

^_^

www.jombelajar.tk said...

cukup la tumpu pada subjek penting nak masuk matrik, buang masa ambil seni, geografi dan subjek tambahan lain yg tak jamin apa2