Monday, August 10, 2009

Mahasiswa, Akademik dan Politik,

Saya melihat kuasa politik masih memonopoli kehidupan di kampus. Baik di pihak pentadbiran mahupun mahasiswa.

Saya mengatakan bidang akademik yang menjadi asas kepada pembinaan modal insan berkualiti perlu dijauhi daripada permainan politik yang hanya menjadikan akademik itu mangsa.

Mahasiswa dan politik itu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Saya secara pribadi sangat meminati bidang ini. Namun, jangan sampai kerana politik kita terpaksa TANGGUH PENGAJIAN. Ini sangat mengecewakan. Sibuk dengan ideologi politik masing2 akademik terabai. Ini akan memalukan diri dan agama. DAN yang paling menyedihkan apabila mahasiswa itu membawa ideologi pihak lain untuk diperjuangkan. Tidak tahu asas ideologi dan perjuangan, mahasiswa begitu taksub mengikutinya. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, mahasiswa sebegini ialah mereka yang ikut-ikutan. Mahasiswa perlu ada pendirian mantap. Boleh perjuangkan ideologi pihak tertentu, tapi biarlah kita faham akan asas dan hala tuju perjuangannya. Yang paling penting, jangan kerana ideologi ini kita abaikan keutamaan kita untuk mencapai kecemerlangan akademik di Universiti.

Saya manganggap mahasiswa perlu memahami ilmu politik. Penting kerana semasa ini kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan. Kita perlu memilih hidangan yang akan memberikan kepuasan maksimum kepada kita.

Penuhilah keperluan kita berdasarkan prioriti. Apa dia, sudah tentu yang pertamanya akademik. Akademik dah ok baru pertimbangkan yang lain, politik dan lain2.

2 comments:

aizan.07 said...

Salam Abg Azrul,,
Mahasiswa danpolitik tdak boleh dipisahkan namun akademik sering menjadi mangsa politik dan diperlekehkan sehingga ingin menanggu pengajian hanya mmemperjuangkan ideologi politik tertentu.Seandainya ideologi yang diperjuangkan seiring kecemerlangan akademik adalah lebih baik namun adakah ilmu politi sudah lengkap dalam diri seseorang mahasiswa tersebut?? dan adakah seseorang mahasiswa itu tahu asas perjuangan ideologi politik yang diperjuangkan??
Jadi berbalik kepada tujuan asal kenapa kita berada di Institusi Pengajian Tinggi ini?? Jawapannya dalah diri anda sendiri.

Anonymous said...

Salam dr UNIMAS

akademik & politik memang 2 perkara yang amat berbeza...persoalan yang harus kt jawab adalah mengapa kita harus memperjuangkan ideologi2 yang kt sendiri tidak tahu asas perjuangan?...kita haruslah mempunyai sikap "politically sensitive but not politically active" kerana tanpa akademik siapalah diri kita..even parti politik yang telah menggunakan kita tidak mampu menolong kita....bak kata pepatah "Yang dikejar tak dapat, yang di kendong keciciran"