Monday, November 2, 2009

Mahasiswa perlu amalkan politik matang

Mahasiswa kini sangat dipengaruhi oleh politik luar, tidak kira datang daripada parti pemerintah mahupun pembangkang. Suasana kampus kini sudah cenderung untuk menyamai budaya kampus zaman 60-70- an yang mana mahasiswa begitu mudah menyuarakan isu-isu tertentu hinggakan mahasiswa mendapat tempat dikalangan masyarakat bahkan kerajaan secara total. Kewujudan AUKU sendiri seperti tidak mampu mengengkang mahasiswa dan politik untuk bersatu. Keadaanya memang berbeza jika dibandingkan semasa parti pemerintah menguasai parlimen. Mungkin mahasiswa sering membisu walaupun wujud isu-isu yang bertentangan dengan prinsip dan nilai mereka. Bezanya kini sudah mulai nyata, walaupun tidak secara siding media, namun mahasiswa berjaya mempengaruhi masyarakat terutamanya jutaan warga muda untuk berfikir dan bertindak seperti yang mereka fikirkan. Mungkin kerajaan ingin membaiki kesilapan, kebebasan kini sudah mulai terbit.

Namun apa yang dikhuatiri, kekuatan yang sudah semakin seimbang diantara parti pemerintah dan pembangkang akan dan telah memberi kesan langsung kepada kehidupan di kampus. Wujudnya golongan yang pro kerajaan dan pro pembangkang. Keadaan ini sepatutnya dibimbangi mahasiswa. Apa tidaknya, selepas ini golongan mahasiswa inilah yang akan mewarisi kepemimpinan Negara, jika di kampus pun sudah renggang apatah lagi kalau sudah berada di tengah2 gelanggang politik sebenar.

Apa yang perlu dilakukan oleh mahasiswa kini ialah, mempersiapkan politik matang untuk dijadikan asset kepada politik luar kelak. Keutamaan mesti menjadi keutamaan. Jika menjadi pemimpin mahasiswa, kebajikan mahasiswalah perjuangannya, bukan pihak luar yang menunjuk sahaja jari untuk mahasiswa lakukan, dan kemudian budayakan dalam diri mahasiswa keakraban dan perpaduan tulen dikalangan mahasiswa berbilang kaum. Kita juga khuatir, perpaduan ‘terpaksa’ yang wujud kini akan lebih parah pada masa akan datang jika mahasiswa tidak mampu mencorak kehidupan sekarang kea rah yang lebih baik dan positif. Kalau tidak, ‘kalau Melayu, Melayulah dia, kalau Cina, Cinalah dia, kalau India, Indialah dia.

Politik matang mahasiswa mampu membekalkan kehidupan bermasyarakat yang tulen dan jujur di kalangan masyarakatnya pada masa akan datang.

4 comments:

Anonymous said...

politik matang?? adakah dengan meminta calon yang ingin bertanding untuk tidak bertanding pada PRK adalah politik matang? saya rasa abg pres ni, faham jua apa yang dimaksudkan!! gajah didepan mata tak nampak, kuman diseberang laut nampak!!!

Lelangit biru said...

salam 2 all

1. pandangan pres ada sudut positifnya dan ada juga yang saya tidak berapa setuju.

2. pres tidak menyatakan apakah sebenarnya politik matang tersebut. adakah dengan hanya sebagai pemerhati kita akan jadi matang? itukah proses kematangan bagi pandangan presiden? atau hanya jadi pak turut dan memenagkan calon-calon tertentu dengan ideologi rekaan semasa pilihanraya sahaja?

3. bagi pendapat saya, politik matang adalah bersumberkan ideologi politik di luar.
mana mungkin kita dapat mengetahui dengan jelas keadaan politik di luar tanpa kita terjun dan merasai sendiri keadaan di lapangan sebenar. pengalaman yang dikutip daripada ideologi dan gerakkerja politik di luar la yang akan mematangkan politik itu sendiri.

4. kita sendiri yang memberi makna kepada kematangan tersebut. sekiranya presiden merasakan dengan hanya jadi pemerhati akan jadi matang, teruskan.

5. politik adalah prinsip. bukan ikut-ikutan. kalau presiden melihat mahasiswa sekaran mengamalkan politik yang tidak matang, apa yang tidak matang tersebut? sila jelaskan dengan terperinci.

6. pimpinan MPM UM misalnya, khususnya Presiden saudara Ridzuan (sekadar memberikan 1 contoh) adalah contoh seorang pemimpin mahasiswa yang matang. ideologi jelas sebagai ProM dan gerak kerja mantap.

wallahualam

Anak Jati Sabah said...

Pada pandangan saya politik matang (di kampus)2x adalah politik yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa,tahu selok belok pentadbiran dan pernah melakukan gerak kerja kemahasiswaan di luar sbg tangga utk menjadi pemimpin pelajar kerana melalui semua ini akan dapat mendidik dan mematangkan pemimpin yg bakal dipilih kerana mereka ini telah terdedah pada dunia luar dan suasana kampus.Ini lah politik matang pada pendapat saya bukannya kita sibuk bercakap tentang politik luar...itu tiada kaitan dengan kita.Apa yg penting kita pertahankan hak mahasiswa disamping kita menjaga hak kita sbg anak dan juga harapan negara.(pelajaran kita) that all.

Anonymous said...

generasi muda gambar negara pada masa hadapan.. apa maknanya matang andai hanya pada retorik semata-mata.. sedikit ingatan bersama : iman bukan hanya pada kata-kata dan angan-angan.. yang namanya iman adalah pada amalan..
"wahai orang yang beriman, mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Sangat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan" (As-Saff: 2-3)