Wednesday, October 20, 2010

Bahana Bai'ah

Bai’ah sememangnya tidak asing dalam Islam bahkan sejarah banyak menceritakan tentang bai’ah yang membawa kepada kesatuan dan semangat perjuangan dalam jemaah Islam dulu. Namun sekarang ia telah sedikit berubah. Pada zaman sekarang pun bai’ah digunakan dalam proses pelantikan para pemimpin Negara termasuk Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri bahkan untuk menjadi ahli dalam sesuatu persatuan atau parti pun perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Namun, sejauh mana bai’ah sekarang membawa kepada kesatuan yang menyeluruh dan selamanya seperti zaman dulunya? Isunya, mengapa ada segelintir masyarakat yang menjadi begitu taksub dengan bai’ah? Mengapa ada yang sanggup memaksa individu-individu tertentu melakukan sesuatu bai’ah tanpa kerelaan?
Perjanjian atau bai’ah dalam perkahwinan mengajak sesebuah pasangan untuk hidup saling berkorban. Bai’ah dalam berpersatuan dan kepartian pula mengajak ahlinya setia. Namun, adakah bai’ah ini menghalalkan permusuhan? Nah, inilah perkara yang berlaku sekarang. Apabila salah seorang ahli mengkhianati bai’ah, dia akan disisihkan bahkan dicaci. Perkara ini amat jauh daripada anjuran Islam. Saya punya pengalaman, saya tidak cakap kosong apatah lagi bohong. Semangat seperti ini mesti dibuang jauh-jauh agar kita dapat lihat bangsa dan agama kita maju.

1 comment:

Khairul Azzam said...

sauadara,

pemahaman saudara terhadap baiah yang saudara maksudkan dalam tulisan tidak menepati maksud sebenar baiah itu sendiri kerana perlaksanaan baiah yang tepat adalah menurut apa yang dilaksanakn oleh Rasulullah s.a.w itu sendiri iaitu dengan menyatakan taat setia kepada Allah, Rasulullah dan pemimpin. kalau saudara menyamakan baiah dengan angkat sumpah pelantikan para pemimpin Negara termasuk Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri. bahkan jauh sekali sekiranya mahu disamakan dengan UMNO dan yang lainnya. bagi individu Muslim yang telah menyatakan baiah dan taat janji setia dalam sekelompok masyarakat seperti yang saudara maksudkan, saudara tak perlu hairan atau peninig untuk memikirkan kenapa mereka buat begitu, kerana mereka yakin dan percaya bahawa baiah kepada Allah tersebut perlu dibuktikan dengan perjuangan. saya tidak tahu sejauh mana pengalaman saudara dalam pelaksanaan baiah ni.