Saturday, April 4, 2009

Gerai Bawah IP Tutup. Mengapa?

Ramai pelajar IP yang keliru dengan penutupan gerai bawah IP yang terpaksa ditutup beberapa hari yang lalu. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa perkara kepada pelajar2 khususnya residen Indah Permai.

Pertama istilah Kafeteria bawah tidak wujud kerana tempat berniaga di bawah lebih kita panggil sebagai gerai. Namun sebilangan besar pelajar IP memanggilnya sebagai kafeteria. Tidak mengapa kerana ianya hanya istilah sahaja. Namun, apa yang berlaku ialah apabila kita mengistilahkan gerai bawah sebagai kafeteria kita akan mempunyai kemusykilan.

Kenapa?

Gerai bawah IP merupakan sebahagian daripada program dan aktiviti keusahawanan JAKMAS Indah Permai. Ianya bermula secara rasmi pada sesi 2007/2008. Untuk makluman, semasa saya menjejakkan kaki ke Kolej Indah Permai tersebut, tapak gerai tersebut belum wujud lagi. Hanya Kafeteria atas sahaja yang beroperasi.

Kenapa kafe atas?

Kerana kafeteria di atas merupakan tender UMS. Mereka terikat dengan UMS dari segala aspek termasuk kenajikan pelajar. Kafeteria atas kolej IP adalah sama kuasanya dengan Kafeteria2 di kolej AB, CD dan E yang berhak menghalang kewujudan mana2 pengusaha makanan yang menjalankan aktiviti menjual di kawasan yang mereka dapat tender.

Apa kaitannya?

Kita sebenarnya bertuah kerana JAKMAS Indah Permai diberikan kepercayaan untuk menguruskan aktiviti berbentuk keusahawanan seperti ini. Ini merupakan aktiviti yang pengurusannya diurus oleh pelajar sendiri. Dari segi sistem kewangan, keluar masuk wang, pelantikan penggerai dan sebagainya. Tindakan proaktif JAKMAS IP ini perlu dan patut dipuji. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, ianya dilaksanakan semenjak sesi 2007/2008 lagi, namun gerak kerja awalnya sudahpun bermula di penghujung sesi 2006/2007. Pengurusan yang diketuai oleh JAKMAS IP (pelajar sendiri) yang menguruskan berkenaan sistem rekod yang perlu dinyatakan kepada pihak bendahari pada masa yang ditetapkan.

Dan harus difahami kewujudan gerai di bawah tersebut bukanlah sesuatu yang prioriti kepada pelajar khususnya pelajar IP kerana kafeteria atas masih merupakan 'main kafe' kerana ianya merupakan tender. Dan para pelajar IP perlu faham, situasi penutupan gerai bawah tidak seharusnya dinilai seperti penutupan 'main kafe'.

Namun kita faham, situasi semasa menuntut gerai di bawah untuk dibuka kepada pelajar kerana beberapa faktor. Pihak JAKMAS IP dan MPP IP telah, dalam dan akan terus memperjuangkan agar gerai di bawah dapat dibuka semula sesuai dengan keperluan dan kehendak pelajar.

Perlu juga difahami mengapa pihak pimpinan pelajar sedikit sulit memperjuangkan isu ini:
1) Kafeteria atas yang merupakan tender UMS sering kali mengadu kepada pentadbiran UMS berkenaan isu ini. Mereka dikatakan rugi dengan adanya gerai di bawah tersebut. Mereka juga mendesak pihak pentadbiran untuk mempertimbangkan semula kewujudan gerai bawah itu
2) Masalah sistem rekod gerai bawah sebelum ini yang kurang sistematik yang menyebabkan pihak pentadbiran menghentikan sementara operasinya.

Para pelajar juga perlu tahu pihak pengurusan gerai (JAKMAS IP) diberikan masa untuk menyusun semula strategi dan meneliti semula rekod kewangan agar ianya lebih telus. Kita tidak nafikan jika sebelum2 ini wujudnya masalah berkenaan sistem rekod. Maka dengan itulah JAKMAS diberikan ruang untuk memperbaikinya.

Pada perkhabarannya, gerai tersebut hanya akan dibuka semula pada semester 1 sesi 2009/2010 iaitu semester depan.

Walaubagaimanapun, saya sendiri telah meminta dan memperjuangkan agar ianya akan dapat diteruskan sehingga tamat sesi ini. Saya sendiri meminta dan memohon daripada TNC HEP. Ada beberapa perkara yang perlu kita semua pertimbangkan. Dan sememangnya JAKMAS IP dan MPP IP mahu ianya dibuka secepat yang mungkin.

Apa yang kami harapkan, seluruh mahasiswa IP berikan kerjasama dan sokongan penuh dalam kami perjuangkan isu ini. InsyaAllah.

Hidup Mahasiswa

4 comments:

Gee R3y3R said...

Sbnrnye kekurgn pelanggan cafe atas 2 adlh dsbbkn servis diorg x bape bagus.. kalo servis bagus.. bdk2 msti rami trn makan kat c2.. kalo kite nk bndgkn ngn sem lepas.. cafe ats sem lepas lbh bgs dr segi kualiti makanan dan servis.. malah siap ad amik temphn lg utk jamuan program ip.. dats y kalo diorg nk ramai dak trn diorg kene la jaga ati student.. jgn men ala kadar je.. kalo x bdk2 ip lbh rela mkn kat lua dr kat cafe ats.

Rambouillet said...

Awal2, servis agk bagus..
lame2...
tapi skarg dorg da pelbagaikn lauk...mknan....
mcm2 lagi dorg da jual..
tapi kekadang hrg mahal..
tu yg dok pk bynk kali..
kat luar mahal tapi sedap...

Olive... said...

kuantiti makanan kafe ats ikut jumlah pelanggan yg berkunjung. bila xde student nak beli kat sana, kuantiti besar tapi bila da ramai student nk g beli, mula la dgn ragam sebenar, mengurangkan kuantiti makanan dlm hrga yg kekal.. servisnya x best la.. saya pun sjak gerai bwah ditutup, memang TERPAKSA mnejadi pelanggan kat kafe ats tetapi bukan sebab menyokong penutupan gerai bawah.. ini disebabkan apabila tiba2 lapar tengah malam(maksudnya after 9pm), saya x pilihan lain. saya pun x sanggup membahayakan diri saya untuk keluar ke pekan ip semata2 utk mengisi perut yg kosong.. hrp supaya gerai bawah segera dibuka terutama ketika exam week.... xda duit nak berbelanja di luar dan kafe atas.... tq

Anonymous said...

"Dan harus difahami kewujudan gerai di bawah tersebut bukanlah sesuatu yang prioriti kepada pelajar khususnya pelajar IP kerana kafeteria atas masih merupakan 'main kafe' kerana ianya merupakan tender. Dan para pelajar IP perlu faham, situasi penutupan gerai bawah tidak seharusnya dinilai seperti penutupan 'main kafe'."

Mengulas tentang petikan berkenaan, tidak menjadi soal kafe mn yg jd main, tp soalnya skrg servis kafe ats dhlh xbgus, xsdp, mhl... Come onlh, kami ni pelajar bah, ingat kami ni byk sgt ke duit. Universiti lain nk2 di UM mknan stdnt sn sume dijg. Murah, bgus servis. Mn peginya pucuk pimpinan yg perlu p'thnkn hak kami sbg pelajar!!!! Renung2knlh wahai pemilik blog....