Thursday, July 23, 2009

Festival Filem Malaysia di UMS

Untuk makluman semua, FFM akan tetap diadakan di Sabah dan UMS adalah salah satu venue penganjurannya. Sebagaimana yang saya difahamkan oleh pihak pentadbiran dan pihak penganjur (FINAS dan kerajaan Negeri Sabah), UMS hanya dijadikan sebagai venue iaitu Dewan Canselor, Galeri dan Dewan Resital (bukannya sebagai penganjur).

Pada dasarnya, FFM ini bersifat akademik dengan penganjuran bengkel yang berkaitan perfileman yang memberikan manfaat kepada pelajar2 SPS.

Namun yang menjadi perhatian besar saya ialah malam kemuncak FFM pada 08/08/09 yang akan diadakan di Dewan Canselor yang akan disiarkan secara langsung di RTM1.

Sebelum ini memang terdengar suara2 pelajar untuk mengkaji semula penganjuran FFM di UMS.

Saya secara pribadi tidak menyokong penganjurannya di UMS
. Namun, kita akur setelah mendapat penjelasan daripada pihak pentadbiran dan penganjur yang mana semua pihak akan menghormati dan PATUT menjaga adab budaya kampus di UMS.

Kita juga diberi jaminan oleh pihak penganjur agar melihat personaliti para artis nanti terutamanya dari sudut tatacara pemakaian.

Kita juga meminta penganjur agar tidak mengganggu pelajar di kolej kediaman.

Saya akur akan wujud pelajar yang MENYOKONG dan TIDAK MENYOKONG FFM ini, namun saya mengharapkan semua mahasiswa dapat memikirkan dan melakukan yang terbaik demi kebaikan semua pihak.

Saya sendiri menyatakan pendirian saya dan pendirian2 mahasiswa berkenaan FFM ini kepada pihak berwajib tertinggi termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin, Datuk Naib Canselor dan lain2. Saya sekali lagi akur dengan penjelasan2 yang diberikan diatas dan secara peribadinya saya sendiri akan memastikan FFM ini akan berlangsung dengan sebaiknya tanpa berlaku perkara2 yang tidak dingini

Mahasiswa Menjana Keunggulan Ummah

7 comments:

Anonymous said...

assalamulaikum, n salam perpaduan,
saya mencadangkan supaya pihak mpp mengadakan survey untuk melihat sndiri pendapat dikalangan mahasiswa ums sama ada bersetuju ataupun tidak dengan menjadikan ums sebagai tempat untuk penganjuran anugerah FFM tersebut,apakah rasionalnya menjadikan ums sebagai tempat pengajuran acara tersebut??? apakah tidak ada lagi tempat lain selain daripada ums untuk penganjuran majlis tersebut? lagi2 pada acara kemuncak FFM tersebut?? persoalan yg berputar bukanlah terhadap tatacara pemakaian artis2 sahaja, tetapi mestilah dilihat dan ditimbang pada segenap sudut, masa penganjuran, malah siaran secara langsung acara kemuncak FFM di ums saya percaya bukanlah membawa kebaikan kepada ums malah mungkin melabelkan ums sebagai universiti yang hanya mempunyai minda kelas yang rendah kerana membenarkan hiburan dari luar masuk ke UMS, dan bukannya medan perbahasan ilmu yang unggul,
akhir kata, MPP mestilah bertindaklah mengikut keputusan mahasiswa kerana anda dipilih oleh para mahasiswa bukannya pihak pntadbiran, -sekian-

MSS LaWLiET said...

Salam..

Ada benarnya pendapat Anonymous di atas.

Di dalam 'struktur masyarakat kampus', wujudnya kelompok Mahasiswa (pelajar) yang menjadi sebab utama kewujudan sesebuah institusi ilmu.

Justeru, walaupun kita ini (Mahasiswa) masih belum dilabel 'pakar', 'pro' & seumpama dengannya, namun demi mematangkan dan mencambah tahap pemikiran setiap Mahasiswa, maka perlu usaha2 tertentu (seperti buat kaji selidik dsb) digerakkan secepat yang mungkin. Kerana, ini membabitkan soal keputusan. Soal pendirian.

Baik-buruk yang berlaku di kampus, kesannya besar terhadap Mahasiswa.

Ini (usaha tadi) merupakan suatu 'peluang keemasan' bagi pihak Perwakilan Pelajar untuk 'menawan hati' pelajar.

Walaupun kita sedar, tidak semua yang akan 'tertawan'...

Apapun, saya hargai usaha2 yang telah pihak perwakilan pelajar lakukan di dalam menyatakan sejelas dan sejauh mungkin pendirian itu.

Berjaya atau tidak, itu perkara kedua. Perkara pertama ialah, persoalan akan sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk memperjuangkannya.

Anonymous said...

Maklum balas komen d bawah.... Salam muhibbah dan salam perpaduan. Lebel UMS sebagai universiti kelas rendah kerana membenarkan hiburan dari luar masuk ke UMS saya sangkal bulat2 kerana ia membantutkan pemikiran golongan pelajar... Memang ada keburukan dan kebaikan penganjuran festival tersebut tetapi diingatkan bahawa jangan menutup pemikiran dan minda pelajar... masa kini pelajar sendiri perlu didedahkan tentang apa yang berlaku di luar sana( kehidupan sebenar dunia masa kini) jangan la kata tidak atau membantah sahaja kerana minda pelajar khususnya akan terbantut kerana sering kali aktiviti mendapat bantahan... Tentang tata cara pemakaian saya sendiri tidak akan memberi komen kerana itu mengikut pandangan individu setiap pelajar dan diri sendiri akan menilai mengenai hal tersebut. Mengenai lebel UMS sebagai universiti minda kelas rendah saya sangat tidak bersetuju kerana " jangan sahaja berbahas, ambil tindakan dan buat bancian dikalangan pelajar UMS . Jangan ikut suara segelintir pihak sahaja , dengarlah suara dari pihak yang lain.. Be profesional..".
>Student UMS sentiasa bermuka ceria di depan MPP tetapi sebenarnya membenci tingkah laku dan kerja MPP ( maaf dipohon ini dipetik dari kalangan plajar UMS sendiri. Bukan seorang dua tetapi dari ramai suara pelajar yang tidak didengar oleh MPP sendiri). Fikir kan lah sendiri tentang apa yang telah MPP lakukan daru dulu hingga kini. - sekian -

From Mr.SilentMouthUMS

Anonymous said...

Hidup siswa!!!

hadifulwan said...

Salam ziarah, tn. pres...tahniah atas usaha pres untuk mengekang unsur2 hedonism yg sedang melanda ums..
Sebenarnya pihak u ada otoriti yg besar untuk 'menasihatkan' agar ffm ini tidak dibuat di kampus.sama ada pihak u ada kesedaran dan kefahaman yg tuntas tntg fungsi U atau tidak, atau juga terikut2 dengan fahaman hedonism, itu sy pulangkan kepada pihak UMS yang dikasihi...ia berbalik kpd fungsi utama UMS dan falsafah pndidikan ngara.Untuk lahirkan insan kamil dan berjiwa intelektual-sufi..
.
Saya berpandangan adalah tidak tidak wajar ffm ini diadakan di UMS..

ums adalah tmpat mulia untuk mhsiswa mencr ma'na hidup..jk pihk U msh mmbri 'line-clear' pd phk tsbt, mknanya UMS blm mmpu ke arah
visi yg digariskan scr tuntas..
wallahu alam
:)

StuDent said...

saya setuju... sy bangkang FFM d UMS...
please la.. DC tu tmpat untuk students terima ijazahnya...
dan malam ni DC menjadi tempat untuk dorang terima "anugerah terhebat" golongan artis...
means... sijil ijazah tu sama la dengan anugerah yg dorang dapat kan..
usaha n penat lelah students berjuang berabis untuk dapat ijazah tu sama nilai dengan usaha golongan artis untuk meraih popular..

kesian kita...

QZ / KZT said...

salam..wah~