Friday, February 19, 2010

Mahasiswa - krisis mencari halatuju perjuangan

Semua orang mengatakan mahasiswa memiliki aura tersendiri. Dewasa ini, isu berkaitan mahasiswa semakin mendapat tempat. Dengan adanya platform seperti suara siswa dan bermacam2 lagi, mahasiswa kini sudah menunjukkan kekuatan yang dicari. Namun sejauh mana mahasiswa itu benar2 memahami perjuangan mereka. Ada bermacam2 kumpulan mahasiswa yang bergerak memperjuangkan ideologi2 masing2. Bolehlah diklasifikasikan kepada 2 kumpulan besar iaitu Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi. Apa dia Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi tu? Saya yakin, tidak ramai dikalangan ahli kedua2 kumpulan ini faham dan tahu hala tuju perjuangan. Masing2 menunjukkan kecemerlangan masing2. Tidak pedas juga jika dikatakan, masing2 menunjukkan keangkuhan masing2. Tidak mahu mengaku kalah dan salah. Itulah prinsip yang selalu kelihatan.

Kita tahu, mereka yang menganggotai kumpulan2 ini adalah golongan mahasiswa, muda mudi yang sememangnya jiwa mereka sangat kental dan keras. Ada yang bergerak secara halus dan ada yang sangat keras. Masing2 punya cara masing2.

Namun, apakah mahasiswa ini yakin perjuangan mereka itu adalah yang dimahukan oleh mahasiswa lainnya? Kenapa perlu wujud provokasi diantara kedua2nya. kenapa setiap program yang dianjurkan oleh mana2 kumpulan, ahli dalam kumpulan shj yang memberi komitmen dan tanpa melibatkan yang lainnya. kenapa perlu timbulkan fitnah dan perkara2 yang kurang molek?

Walaubagaimanapun, saya sangat kagum dengan kemunculan semangat keberanian di kalangan mahasiswa dalam memperjuangkan idologi mahasiswa. Namun, jangan terperangkap dalam memilih perjuangan. Jadilah mahasiswa yang rendah diri, bersikap rasional dan profesional. Walauapapun kumpulan kita, kita harus bersatu dalam membantu Universiti menjadi sebuah institusi cemerlang yang dikagumi masyarakat luar.

4 comments:

hubby said...

apa yang penting mahasiswa mula sedar akan kepentingan gerakan mahasiswa dalam kampus ni..ini merupakan permulaan peningkatan tahap kematangan mahasiswa..

shakaijin said...

salam 2 all..
pendapat saya, mahasiswa belum lagi mendapat tempat yang sewajarnya. suara siswa yang saurdara pres katakan sebagai platform mahasisiwa menyuarakan pendapat sangat tidak tepat. tengok sahaja pemilihan ahli panel, cuma orang2 selected ja. pandangan dan idea puan bukan mewakili sebahagian besar suara mahasiswa tetapi lebih kepada apa yang difikirkan dalam tempurung kepala ahli panel. saya sangat malu apabila wakil daripada KYS menjadi ahli panel. sangat tidak matang dan tiada minat. dan saya yakin di a adalah mangsa keadaan. lagi, sudah berapa banyak konvensyen demi konvensyen, seminar, kolokium dll yang dianjurkan kononya untuk mahasiswa manyuarakan pendapat. tetapi resolusi yang dicapai tidak sedikit pun dipandang serius oleh pihak kerajaan melainkan sekerat dua. oelh itu, mahasiswa memilih untuk membentk platform yang lebih berani, segar dan bertanggungjwb melalui pro-M. cuba compare dengan pro-Aspirasi, suara pro-m sudah bertaburan di media-media alternatif dan memberikan ruang untuk mahasiswa dan masyarakat luar menilai. bukan masa pilihanraya saja baru publish nama tapi sepanjang masa. kerana apa? kerana pro-m peduli!

JANGKAUAN MASA said...

saya sokong suara shakaijin..kadang saya rasa mual dengan gerakan senyap yang konon telah dilakukan oleh mereka.senyap macama mana.halatuju gerakan mahasiswa tidak jelas.kami mahasiswa sebagai ahli jangan diketepikan.pimpinan yang dilantik adalah harapan mahasiswa,bukannya tali barut kepada mahasiswa.ayuh berubah bersama PRO-M.

Anonymous said...

salam..
terpanggil untuk memberi sedikit komen..emm,gerakan mahasiswa memang perlu ada dan WAJIB ada..sebabnya,mahasiswa merupakan golongan belia dan aset kepada negara..cuba kita imbau sejarah gerakan mahasiswa terdahulu...cuma yang membezakan mahasiswa dulu dan kini adalah keberanian mereka untuk bersuara...

Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai gerakan mahasiswa di setiap IPT yang ada di negara kita..bagi saya kita tidak boleh menghalang mereka,itu hak mereka...cuma sekiranya ia melampaui batas,boleh menggugat ketenteraman baru kita boleh menghukum...

Mungkin saudara Azrul tahu gerakan mahasiswa yang ada di UMS,tapi saudara tidak boleh mengatakan mereka salah,mereka ada hak dan perjuangan mereka bukan kerana nama atau pangkat...setiap individu diberikan akal dan fikiran...mereka tahu apa yang mereka lakukan...

Jangan kita memihak kerana kepentingan peribadi...

"ALLAH TELAH MEMULIAKAN KITA DENGAN ISLAM,DAN DENGAN ISLAM KITA DIMULIAKAN.." -Ustaz Fadhil Noor-