Friday, October 22, 2010

Cabaran Pembentukan Kerajaan Islam Malaysia

Siapa yang tidak mahu terbentuknya sebuah negara Islam di Malaysia sepertimana kerajaan Islam Madinah. Ciri-cirinya tampak sama. Nabi Muhammad berjaya menyatupadukan pelbagai kaum dan agama di Madinah dengan cemerlang. Begitu juga halnya di Malaysia, kerajaan dulunya mampu menyatukan kepelbagaian bangsa dan agama untuk menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Namun, adakah ia sama atau menghampiri ciri-ciri kerajaan Islam Madinah?

Mari sama-sama kita turuti sejarah dan realitinya.

Majoritinya, masyarakat Islam mendiami tanah Malaysia diikuti masyarakat Cina, India dan pribumi Sabah dan Sarawak. Pembentukan Malaysia sememangnya didasari kesepakatan para pemimpinnya. Asasnya, UMNO pendokong usaha mewujudkan sebuah kerajaan Islam. Asalnya, ramai ahli UMNO merupakan bijak pandai Islam yang kemudiannya keluar membentuk PAS. Mungkin disebabkan inilah, usaha ini sedikit terbantut.

Walaubagaimanapun, hingga sekarang kita masih dapat melihat usaha ini berterusan, cuma ia masih perlahan.

Walaupun lebih 50 tahun memimpin Malaysia, kita belum nampak hasil total kerajaan Islam Malaysia ini wujud. Kenapa? Adakah kerana keterbukaan dan toleransi yang terpaksa dilakukan demi kelangsungan keharmonian dan berkongsi bersama masyarakat bukan Islam yang lainnya?

Di satu pihak pula, memang nampak momentumnya. Mereka menjelmakan Kelantan sebagai modul. Namun,jika dilihat, di Kelantan, kurangnya masuk campur masyarakat bahkan pemimpin bukan Islam terhadap idea ini kerana memang mereka kuasa mutlak di sana. Bagaimana pula jika ia diimplementasi oleh mereka jika mereka berjaya menguasai pusat nanti? Pimpinan DAP keras menolak. PKR seolah-olah membisu. Belum ada kesepakatan. Mungkin jika disamakan tempoh 50 tahun lebih memerintah pun belum tentu ia akan menjadi satu kenyataan walaupun sekarang ia dijadikan agenda.

Mengapa kerajaan kin belum dapat menjelmakannya? Adakah jika pihak penentang memerintah mereka dapat jelmakannya?

Saya yakin kita semua ingin melihat suasana pemerintahan bercorak Islam yang total. Kita juga patut bersyukur kerana sekarang pun, pemerintah masih lagi meletakkan Islam sebagai ad-din walaupun tidak menyeluruh. Sama-sama kita doakan agar impian ini menjadi realiti

3 comments:

mujahid said...

Firman Allah SWT
'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan,"Kami telah berIMAN,"dan mereka tidak diUJI. Dan sungguh, KAMI telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta(Al-Ankabut:2-3)

Salam perjuangan

Soalan pertama yang perlu saudara tanya pada diri saudara semasa menyelusuri perjuangan UMNO adalah apakah dasar yang diperjuangkan ketika itu?adakah hidup melayu ataupun merdeka daripada cengkaman pihak British?kerana dengan slogan hidup melayu itu akhirnya selepas tahun 1970 barulah kita mentadbir secara total, atau dengan kata lain barulah British keluar dari negara kita. ini dibuktikan oleh sejarah. saudara boleh semak sendiri

Soalan kedua saya ingin tanya kepada saudara adalah kenapa cendekiawan Islam keluar daripada UMNO ketika itu?dan ramai menyertai PAS?adakah cendekiawan itu tidak nampak usaha suci UMNO untuk menegakkan NEGARA ISLAM atau memang tidak ada usaha itu untuk menegakkan NEGARA ISLAM dalam UMNO sendiri?maka disini kita kena melihat dasar perjuangan UMNO dan PAS itu sendiri. bagaimana melihatnya?tentulah kita merujuk kepada perlembagaan parti masing2. dalam PAS saya rs cukup jelas yg ISLAM adalah dasar tertinggi dalam PAS. maka dengan ini juga saya mengajak saudara untuk menyokong parti Islam yang sebenar.

saudara menyebut
"asalnya, ramai ahli UMNO merupakan bijak pandai Islam yang kemudiannya keluar membentuk PAS. Mungkin disebabkan inilah, usaha ini sedikit terbantut."
Saya ingin timbulkan persoalan disini bagaimana majlis tertinggi UMNO memahami ISLAM yang sbnar?saya tidak mengatakan saya lebih memahami Islam daripada mereka cuma ingin mengatakan bahawa model Islam yg diperjuangkan UMNO sekarang adalah tidak lengkap. ISLAM bukan di dilihat dgn hanya terbinanya banyak masjid sahaja. itu cuma salah satu dari syiar. ISLAM lebih mendalam dan lebih lengkap daripada itu. saudara lebih memahami ayat "telah aku sempurnakan agamamu untukmu hari ini(al-maidah:3). ISLAM perlu diperjuangkan secara menyeluruh dan bukannya secara juzuk atau dibahagikan kpd bhg2 kecil. Usaha yang diusahakan oleh UMNO adalah tidak menyeluruh. dan sangat sedikit berbanding kemungkaran yang ditabur kepada rakyt. mana program pemahaman syariah Islam?mana pemahaman hukum hudud kepada rakyat?mana pemahaman hukum islam dan negara Islam kepada rakyat?sekadar laungan 'Malaysia adalah negara Islam' dan menghadiri mesyuarat OIC yang tidak kukuh itu tidak menggambarkan usaha yang bersungguh oleh kerajaan untuk memberi pendidikan kepada rakyat tentang betapa indahnya Islam. terutama di Sabah dan Sarawak. Politik, ekonomi dan sosial semuanya dalam Islam. ternyata perjuangan UMNO bukanlah politik Islam. Ekonomi masih lagi bank konvensional memenopoli dan tidak mesra syariat. saya rasa saudara sendiri tidak bersetuju untuk PM membuka HAB HIBURAN untuk menambah pendapatan negara kerana itu tidak mesra syariat. persoalan keberkatan dan redha Allah yang akan menambah baik ekonomi negara bukan sokongan para pelabur!Jika benar UMNO bersungguh menjalankan Islam dan menjelmakan Islam yang sebenarnya, berapa saudara rasa orang akan masuk Islam?melainkan saudara sendiri merasakan hukum Islam(hdud, takzir,itu zalim dan radikal menyebabkan ia tidak sesuai dilaksanakan oleh pelbagai alasan yang belum pasti Allah menerimanya.

mujahid said...

Cabaran sentiasa ada dan perlunya kita sebagai rakyat marhaen ini yang memahami Islam menerangkan Islam dengan sebenarnya. Persepsi rakyat terhadap politik pula sangat teruk sekarang. Kerana apa?kerana politik islam tidak pernah menjadi dasar kepada kerajaan. dan kita dgn 'toleransinya' masih memberikan peluang kepada kerajaan setelah 5 perdana menteri yang MUSLIM, bersolat 5 waktu, membaca Al-quran, tahu halal haram tidak mampu berbuat apa2 untuk menonjolkan ISLAM YANG SYUMUL. kembali kepada pemerintrahan ulama' kerana Ulama' pewaris Nabi. ulama' yg sebenar adalah ulama' yg risau keadaan umatnya dan turun kepada masyarakat mendidik mereka dan mmberi teguran kepada pemimpin. Umara yang sebenarnya pula akan sentiasa merujuk ulama seperti Sultan Muhmmad Al-fatih

moga saudara membuat pertimbangan yang adil mana yang mendokong CABARAN membina negara Islam dan mana yng BERLAKON membina negara Islam.

Seeru Ala barakatillah

Wallahualam

Anonymous said...

bubar je sistem demokrasi kalau mahu membentuk negara ISLAM kerana demokrasi adalah alat yahudi untuk memecahbelahkan umat ISLAM.Sistem pemerintahan Islam yg sebenar ialah Khalifah jadikanlah Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah yg tlh dibubarkan digantikan dgn sebuah negara SEKULAR oleh Yahudi utk melemahkan umat Islam.DGN DEMOKRASI YG MENGIKUT SUARA MAJORITI UNDANG2 ISLAM SUSAH UTK DILAKSANAKAN KERANA SEPARUH DARIPADA RAKYAT DI NEGARA MALAYSIA IALAH BUKAN ISLAM.

ANOK TERENGGANU.