Thursday, July 9, 2009

PPSMI mansuh 2012

Kerajaan mengumumkan PPSMI mansuh bermula tahun 2012. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak dengan itu, kerajaan juga menyatakan strategi untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan mantapkan Bahasa Inggeris (MBI).

Satu keputusan yang akan memberikan implikasi yang besar terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam soal ini.

11 comments:

iZzuDdin said...

xpatut kerajaan wat kputusan mansuh PPSMI ni...sebab utk further stdy sume nye dlm BI...time tu la student2 baru nk kenal istilah,susah la camtu...(student engneering)

Anonymous said...

PPSMI xharus dimansuhkan memandangkan kepentingan BI di peringkat antarabangsa.. Ketinggalan M'sia dari segi pembangunan disbbkan oleh gagal melahirkan moden insan minda kelas pertama. Punca utama adalah perlaksanaan dasar yg xtentu arah dan isu pendidikan xharus dipolitikkan..

Anonymous said...

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibu bapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. Image

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

Selain dari penekanan bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Image

Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.

PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Image

Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.

Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya.

Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan.

salam said...

Saya rasa anda ketinggalan dalam penyelidikan serta kajian yang dijalankan ke atas PPSMI ini yang menunjukkan kemerosotan dalam pendidikan pelajar kini. Dan ini adalah fakta.

Baiklah, masalah utama adalah pada BI itu sendiri yang mana ramai pelajar menghadapi masalah terhadapnya. Bukanlah pembelajaran sains dan matematik dalam BM.

Misalnya jika kita membaca buku ataupun jurnal terutamanya sains dlm BI, masalah utama yg dihadapi adalah dlm menafsir mahupn memahami penghuraianannya. Dan ia memerlukan penguasaan pd BI. Bukannya PPSMI.

Bayangkan budak2 yg baru nak belajar BI, sudah diajar pula sains dan matematik dlm BI pd masa yang sama. Asas utama pn belum dibuat, dah nak buat dinding, atap, tandas dll. Bukankah ini suatu kegilaan.

Seandainya kite skng mghadapi mslh dlm keadaan sains dan matematik BI serta nak further stdy pn dlm BI, maka diri sendiri sepatutnya dipersalahkan krn dulu tak mahu blajar BI elok2.

Jd masalah pembelajaran sains dan matematik dlm BM bukan masalah. Tumpuan sepatutnya ditumpukan pada pemerkasaan BI dikalangan rakyat Malaysia.

Seandainya pembelajaran sains dan matematik diajar dlm BI, kita sebenarnya telah melangkah peringkat-peringkatnya.

Samelah mcm belajar ilmu tafsir al-quran,asasnya adalah bahasa arab(BA) kemudian barulah kaedah2 serta asas2nya. Namun pembelajaran kaedah2 dan asas2nya ini boleh sahaja dilakukan dlm BM agar ia dpt lebih diikuti,difahami dan diaplikasi. Kemudian, dua asas ini, iaitu BA dan ilmu kaedah2 dan asas2 td digabungkan oleh pelajar. Maka, seterusnya, rujukan2 serta penulisan2 para ulamak besar itu tiada masalah lagi...

Ketinggalan M'sia dr segi pembangunan disebabkan blajar sains dan matematik dalam bahsa melayu adalah suatu kenyataan yg kejam dan tidak berasas.

Anonymous said...

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Hati/20090714082937/Article/index_html

Anonymous said...

Menteri pelajaran Malaysia telah mengumumkan PPSMI telah dimansuhkan. Pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa melayu akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012.didalam dasar baru ini, terdapat dua pihak yang pro dan kontra sepertimana juga waktu dasar ppsmi diperkenalkan pada tahun 2003.
Dari pandangan saya sebagai seorang guru praktikal yang mengajar subjek matematik dan sains (fizik)mengakui bahawa PPSMI adalah sangat bagus untuk dilaksanakan. Disebabkan inilah Tun Mahathir dengan lantangnya menyuarakan kekecewaan terhadap pemansuhan PPSMI. Namun, ppsmi adalah wajar dimansuhkan disebabkan beberapa perkara. Perkara yang paling utama adalah melibatkan masa depan pelajar sekiranya PPSMI diteruskan. Dari pengalaman saya selama sebulan mengajar subjek matematik dan fizik didapati pelajar lebih suka jika diajar dalam bahasa melayu terutamanya untuk penerangan sesuatu pelajaran. Bagi kelas yang teratas mungkin tidak ada banyak masalah sekiranya diajar sepenuhnya di dalam bahasa inggeris. Rungutan dari teman setugas cukup menunjukkan pelajar di kelas2 belakang mempunyai masalah yang ketara. Walaupun teman saya mengajar subjek matematik 80% dalam bahasa melayu namun mereka masih mempunyai masalah dalam menguasai pelajaran. Ini terbukti apabila ujian dijalankan, hanya terdapat seorang pelajar yang lulus bagi subjek matematik. Bagaimana jika diajar dengan sepenuhnya dalam bahasa inggeris???
Seterusnya, di Malaysia kebanyakan guru yang mengajar sains tidak fasih berbahasa inggeris. Bukan masalahnya guru tidak berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris tapi agak sukar untuk guru2 yang veteran yang sudah lama mengajar dalam bahasa melayu. Sekiranya guru-guru matematik dan sains dilatih dikelas bahasa sekalipun, mampukah mereka menguasainya sedangkan dalam masa yang sama mereka perlu mengajar untuk memberikan kefahaman kepada pelajar?
Untuk sebab2 yang lain seperti dasar bahasa melayu,politik dan kaum tidak perlu saya sentuh. Yang paling penting adalah melibatkan pelajar dan guru. Mereka tidak boleh dijadikan sebagai eksperimen untuk melaksanakan dasar yang sudah jelas tidak bersesuaian untuk dilaksanakan berdasarkan banyak hasil kajian. Wajarlah ppsmi dimansuhkan.sekian…

Unknown said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021711&Itemid=42

:)

Anonymous said...

PPSMI dimansuhkan ...emmm itu tanda kepimpinan kerajaan skarang makin goyah dan smakin hilang arah tuju nya... salammmm...

Anonymous said...

reformasi yang xtentu arah..

Khazinatul Asrar said...

Salam..
Ketinggalan M'sia dari segi pembangunan bukanlah disebabkan oleh pemansuhan BI..tetapi disbabkan oleh bangsa m'sia itu sendiri..

Konon laksanakn PPSMI adlah untuk memajukan negara..
hasilnya...result maths n sains merudum spnjang ia dilaksanakan..

Jepun boleh maju tanpa penguasaan BI yang bail dlm sc n maths..
mengapa?? kerana mereka ad sistem pentermahan sains n maths ke bhs mereka sendiri..

Diakui belajar dlm bhs ibunda membolehkan kita memahmi subjek dgn lebih berkesan..
Sepatutnya dasr yg ade dulu dimantapkan dan dikemas kini...
Ini tidak..tukar menteri..tukar dasar..betullah ckp2 org..
anak2 m'sia menjadi kajian kpd pihak kerajaan dlm melaksanakan dasar2 mereka.

sila baca di www.tehranifaisal.blogspot
untuk mendaptkan maklumat lebih terperinci ttg KEGAGALAN dasar PPSMI hasil KAJIAN yg telah dibuatpss..xigt post yg mane..minta cari sendiri..

ismi said...

Salam..BI memang penting...tetapi cara pelaksanaan biar dengan cara yang betul...ramai pelajar yg xdpt menguasai math dn sns hnya krn dua subjek ini dlm BI, lebih-lebih lg plajar dr kwsn pedlmn..jgn yg kita kejar xdpt, yg dikendong habis bercucuran.. matlamat xkan menghalalkan cara..