Tuesday, December 2, 2008

Pro Aspirasi @ Pro Mahasiswa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah lama sebenarnya saya ingin memberikan pendapat dan mengulas berkenaan isu pro aspirasi @ pro mahasiswa ATAU pro aspirasi VS pro mahasiswa.
Rakan-rakan mahasiswa yang dihormati sekalian,
Saya secara peribadi amat kecewa jika ada dikalangan kita yang cuba mengeksploitasi dan mambuat provokasi mengenai 2 'pro' ini. Saya menegaskan bahawa, keadaan ini tidak sepatutnya menwujudkan jurang di antara mahasiswa. Umum mengetahui, bulan Januari tahun depan, Universiti-Universiti yang dianggap 'panas' akan mengadakan pilihanraya kampus. Sudah pasti 2 'pro' ini akan bermatian-matian untuk menawan kabinet MPP di Universiti masing-masing.
Walau siapa pun yang menang, sepatutnya seorang ahli MPP itu patut bersifat NEUTRAL dalam semua aspek terutamanya aspek politik. NEUTRAL bagi pemimpin mahasiswa di kampus bermaksud dalam segala aspek, MPP tidak akan dipengaruhi dan memihak kepada mana-mana pihak secara terus. MPP perlu melihat 'relevan'nya sesuatu isu atau keputusan yang hendak dibuat dan tidak boleh menolak secara total mana-mana idea yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.
Walaubagaimanapun, satu perkara perlu difikirkan untuk dipertimbangkan. Kita adalah mahasiswa yang bernaung di sebuah Universiti. Sesebuah Universiti itu pula digerakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi. Menteri ini merupakan wakil kabinet daripada KERAJAAN yang memerintah. DAN sesuatu KERAJAAN adalah MANDAT yang diberikan oleh rakyat. Sebagai seorang pemimpin mahasiswa yang matang, kita perlu menghormati keputusan rakyat dengan menghormati dasar dan polisi yang dibawa oleh KERAJAAN. Ini sepatutnya tidak boleh dipertikaikan. Kita perlu menyokong dasar KERAJAAN selagi tidak bertentangan dengan prinsip. Kalau tidak bersetuju pun dengan mana-mana dasar, kita tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang tidak matang. Kita mesti mengikuti saluran-saluran yang betul untuk menyampaikan sesuatu kepada pihak pemerintah. Diplomasi, perbincangan dan sebagainya, semua ini akan menjadikan kita sebagai pemimpin pelajar yang berwawasan.
Kita memperjuangkan hak sebagai seorang mahasiswa. Perjuangan mahasiswa mesti menjadi keutamaan kita. Kita jangan menyimpang untuk memperjuangkan ideologi mana-mana pihak kerana ianya akan merugikan kita. Saya tidak mempertikaikan perbezaan ideologi politik dikalangan kita tetapi saya pertikaikan perjuangan yang nampak mengagungkan sesuatu ideologi politik tertentu. Sebenarnya tindakan ini sudah keluar daripada perjuangan kita dalam memartabatkan mahasiswa.
Kita perlu memfokuskan kepada kepentingan mahasiswa 100%. Dengan membuat keputusan WIN-WIN SITUATION(menang-menang), kita akan dapat menjaga perasaan dan kepentingan semua pihak. Jangan sesekali kita meletakkan kepentingan mahasiswa di tempat ke-2 dan kita pula perlu menjalinkan hubungan baik dengan pihak pentadbiran.
Amat sukar sebenarnya untuk kita melakukan anjakan perubahan jika sekiranya wujud jurang di antara mahasiswa. Pelbagai faktor yang boleh menjarakkan hubungan di antara mahasiswa dan faktor majornya ialah PRO ASPIRASI VS PRO MAHASISWA. Saya seru kepada semua mahasiswa untuk kita tinggalkan 'PRO ASPIRASI VS PRO MAHASISWA' atas nama dan istilah sahaja. Mari kita sama-sama berjuang demi kepentingan mahasiswa yang akhirnya akan menjadikan negara kita yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang dikagumi. Walauapapun fahaman kita, kita perlu bersatu atas satu 'perjuangan memartabatkan mahasiswa'. Sudah lama sebenarnya pengaruh mahasiswa berkubur disebabkan tindakan sesetengah mahasiswa sendiri yang bertindak tanpa memikirkan rasional sesuatu perkara. Sama-samalah kita mengembalikan pengaruh, kepercayaan, kekuatan dan keunggulan mahasiswa di mata masyarakat. Bertindaklah secara matang demi kebaikan ummah, bangsa, agama dan negara Malaysia kita yang tercinta.

8 comments:

Deana said...

salam perjuangan pres.

mm... betullah apa yg pres katakan tu. instead of terlalu taksub dgn mana2 pihak, lbh baik fikiran ttg kebajikan atau apa2 yg lbh m'untungkan kita,mahasiswa sendr.

pernah jugak dgr org ckp2... MPP,Majlis Perwakilan Pelajar.. perwakilan,bknnya kebajikan. jd anggapan mrk, MPP xpayah ambik peduli kebajikan pelajar/mahasiswa sbgmana JAKMAS (d kolej2 kediaman). tp sbnrnya..kalo bg sy,m'jd perwakilan sudah cukup maksudnya utk m'jd suara mahasiswa samada utk kebajikan,keselamatan & lain2 yg berkaitan dgn (masalah) mahasiswa.

harapan sy buat MPP sesi kali ni.. jgnlah lg sampai tohmahan psl MPP (yg plg popular: MPP hnya nak g lawatan jak..) kedgran x habis2 lg~ insyaAllah

Wallahu ahlam. moga diperbetulkanlah apa yg silap~ :)

NIVYANFAZZA said...

dah lama dah setuju dengan saudara azrul ni..haha...
tapi yang hairannya ada lagi yang masih tak faham-faham....

Anonymous said...

Salam Wacana Siswa..

Tahniah Pres.Memang bagi saya isu ini harus dilihat dan dikaji semula..

Menurut pandangan saya, di UMS sendiri, walaupun ada wujud kedua-dua PRO ini, tapi ia hanya sekadar nama saja..Kerana apa,kerana kita masih boleh berdiplomasi dalam pelbagai benda..

Tapi bila di jenguk PRK di universiti lain, kelihatan sangat kedua2 pro ini seakan bertelagah dan mewakili parti tertentu..

Moga perjuangan MPP kali ini akan dapat mempertahankan demokrasi antara kedua2 pro ini daripada di ekploitasi..

Syabas..

Anonymous said...

Kenapa masih perlu bertelagah andai semua membawa kehancuran ummah??

renung2kan

Anonymous said...

saya setuju dengan pres... tapi situasi yang melanda UMS kini.... ntah la... susah nak cakap... mcm ade segelintir pihak yang cube menangguk di air keruh...
moga MPP sesi baru nie menjalankan amanah tanpa sebarang sentimen selain kepentingan mahasiswa UMS dan nama BAIK UMS yang tercinta... Bertekad Cemerlang...

nur_Mahasiswa said...

Salam Mardhotillah..

Syukran Pres.
Satu bentangan idea y menarik dan bernas. ana setuju dgn pendpt Pres.

Biar berbeze PRO sekalipun tanggungjawab tetap tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak.

Pro-Mahasiswa @ Pro-Aspirasi
selagi mana isu yang dibawa kerajaan yang tidak bertentangan dengan Idea dan Pandangan mahasiswa teruskan.Berdirilah diatas pendirian kita sebagai seorang MAHASISWA dengan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan.

kalo ada 10 orng yng bagi pandangan kita dengar semua dan buatlah pertimbangan y sebaik mungkin sebagai seorang MAHASISWA..

MAHASISWA HAK MASYARAKAT.

Wassalam..

Anonymous said...

Salam Abg Presiden.
sungguhpn saya bru thn 1 di UMS,namun seprti yg abg katakn memng wujud kedua-sua PRO ini dan dapat sya lihat semasa pilihan raya kampus tmpoh hari,.. sungguhpun kwujudan PRO ini adalah menunjukkan DEMOKRASI tapi wujudkah ideologi? Dengan mewakili sesuatu PRO hnya memperjuangkan nasib pelajar tertntu (mewakili PRO sendiri) atau adakh perjuangan itu kepada keseluruhan pelajar itu?????
adakah idealisme mahasiswa blh dikatakan relevan dengan yang tidak mempnyai sifat NATURAL???
Apa pun saya mmg stju dngan abg pres,perjuangan mahasiswa memerlukan sifat NATURAL..
Moga apa yg diperlukan harap dapat mewarnai harapan mahasiswa..
Wasalam.
drpd Zan..

nurilhakim said...

Salam ziarah..
Alhamdulillah,hari2 yg berlalu makin mematangkan mahasiswa..tahniah pd Pres atas pndngn yg bernas..betul, mahasiswa itu punya ideologi dan pendirian sendiri, yang tunjangnya adalah hak dan ideologi mahasiswa sendiri..mahasiswa memang perlu bersifat neutral!!(neutral pres, bukan natural.neutral=tidak berpihak atau condong pd mn2 pihak,natural=asli)