Sunday, December 28, 2008

AUKU 1971 - (pindaan 2008), relevan atau mansuh?

AUKU 1971 sering dijadikan topik perbualan hangat dikalangan masyarakat terutamanya warga kampus. Ada yang berpendapat AUKU 1971 perlu diteruskan kewujudannya dan tidak kurang pula yang ingin memansuhkannya. Namun sejauh mana pemahaman kita terhadap AUKU 1971 ini yang secara dasarnya memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat kampus.

AUKU 1971 dilihat kekal relevan sebagai landasan hidup kepada mahasiswa. AUKU merupakan "peraturan" hidup yang perlu dipatuhi oleh masyarakat kampus seperti mana peraturan-peraturan lain yang diwujudkan sebagai garis panduan kepada masyarakat. Dalam sesebuah keluarga pun, ibubapa meletakkan peraturan-peraturan tertentu, namun ianya masih dibantah oleh anak-anak. Apatah lagi AUKU 1971 yang melibatkan sasaran yang ramai, sudah tentu banyak ketidakpuasan hati yang timbul dikalangan warga yang mengikutinya.

Walaubagaimanapun, perlu kita fahami mengapa AUKU ini kekal diwujudkan dan penting kepada masyarakat kampus. AUKU sebagai panduan hidup warga kampus agar dapat hidup dengan selamat dan sentosa disamping menyediakan saluran dan ruang untuk warga kampus melaksanakan tugas masing-masing.

Namun, terdapat pihak yang mempertikaikan kewujudan dan pengekalan AUKU 1971 terutamanya seksyen 15 walaupun selepas pindaan 2008. Secara dasarnya, seksyen 15 menjadi sesuatu yang diperdebatkan mengenai mahasiswa yang masih tidak boleh menjadi ahli dalam sebarang parti politik, sebarang pertubuhan yang tidak sah dan yang tidak dibenarkan oleh Menteri dan Naib Canselor. Saya melihat bantahan pihak-pihak tertentu mengenai AUKU terutamanya seksyen 15 ini aialah kerana:

- seksyen 15 tidak benarkan pelajar bergiat aktif dalam parti politik atau menjadi ahli dalam parti politik
- AUKU melarang mana-mana ahli politik masuk ke kampus kecuali membincangkan hal-hal berkaitan akademik
- AUKU kononnya masih menyekat kebebasan mahasiswa

Ternyata seksyen 15 masih tidak boleh diterima oleh pihak-pihak tertentu. Namun, kita harus sedar, kepentingan seksyen 15 yang menjadi faktor penting kepada kehidupan kampus yang lebih sentosa dalam semangat perkauman yang jitu. Ini kerana keadaan politik kini belum membenarkan untuk pelajar boleh bergiat aktif secara langsung dalam parti-parti politik disebabkan:

- parti-parti politik di Malaysia kini yang begitu kuat semangat berasaskan kaumnya. Kita khuatir, apabila mahasiswa dibenarkan menjadi ahli dalam mana-mana parti politik, sudah tentu akan bertambah lagi jurang dikalangan mahasiswa dan usaha mencapai perpaduan jitu di dalam kampus tidak akan berjaya dilaksanakan
- apabila mahasiswa bergiat aktif dalam mana-mana parti politik, kita khuatir mahasiswa akan memiliki perasaan taksub terhadap parti yang mereka anggotai. Ini akan mewujudkan ketidaksefahaman di kalangan mahasiswa.
- sebilangan mahasiswa yang tidak sanggup berkorban untuk kepentingan mahasiswa secara keseluruhannya.
- mengganggu masa belajar mahasiswa

Kita perlu berdiri sebagai seorang mahasiswa yang berpendirian neutral(bebas). Kita perlu memfokuskan kepada perjuangan memartabatkan mahasiswa dan bukannya membantu memperjuangkan sesuatu institusi yang tidak berkaitan dengan mahasiswa.

AUKU 1971 terutama pindaan seksyen 15 masih kekal relevan kewujudannya untuk kebaikan pelajar dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan institusi kampus.

Walaubagaimanapun, kita sedar pelaksanaan AUKU 1971 itu perlu adil dan praktikal seperti teorinya. Apa yang perlu dilakukan oleh mahasiswa ialah mengutamakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan elakkan diri daripada pengaruh dan anasir yang tidak baik agar fokus perjuangan mahasiswa itu tidak terabai

2 comments:

Anonymous said...

Salam abg Press,
Memang setuju AUKU adlh landasan hidup mahasiswa,dan AUKU bukanlh menyekat hak mahasiswa sepenuhnya. Sebilangan yang menyangka bahawa AUKU menyekat perjuangan dan kebebasan mereka dan membuat mahasiswa dilihat rapuh.Namun seandainya mahasiswa itu ingin memperjuangkan hak mereka hendaklah melalui saluran yang betul,dan mahasiswa kena faham kenapa peraturan dibuat...
AUKU seksyen 15, amatlh relevan kerana perjuangan politik berlandaskan ideologi politik dan di Malaysia politik perkaumannya amat kuat,sebagai mahasiswa kita harus natural demi perpaduan dan semasa mahasiswa lah kita membentuk perpaduan dengan mengenali kaum-kaum yang lain.Perpaduan yan kuat menjamin keharmonian.
Wasalam..Zan

Anonymous said...

Berkaitan dengan AUKU seperti yang dibincangkan oleh presiden.

Pada dasarnya, saya bersetuju di atas kertas dengan wujudnya akta ini untuk mengawal siswa.

Malangnya bagi saya selaku manusia biasa, akta ini menjadi gagal apabila kuasa politik kotor digunakan. Apabila parti politik kerajaan masuk ke dalam universiti bukan untuk berkempen tapi sekadar menyebar dakyah menajdi sesuatu yang "tidak mengapa" tapi apabila pembangkang masuk ke dalam universiti untuk melakukan benda yang sama, maka itu menjadi "mengapa".

Seperti yang pres katakan, pelaksanaan yang adil perlu dilaksanakan.