Thursday, January 8, 2009

Alternatif - Penyelasaian masalah PTPTN

Pihak HEP dan MPP telah mencapai kata sepakat untuk menyediakan pinjaman RM200 kepada para pelajar senior yang mempunyai masalah PTPTN melalui Tabung Kebajikan Pelajar UMS. Syarat-syarat peminjaman adalah seperti berikut:

1) PNGS melebihi 2.00
2) Pelajar tahun akhir
3) Pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri, Latihan Mengajar atau Latihan Praktikum
4) Pelajar yang tidak berkemampuan dengan pendapatan keluarga dibawah RM1000

Potongan balik akan dilakukan terus sebaik sahaja PTPTN pelajar tersebut masuk ke akaun

Pinjaman ini tidak termasuk untuk pelajar tahun 1.

PTPTN untuk pelajar tahun 1 akan keluar pertengahan Januari ini

Pihak kami akan terus dan terus memastikan PTPTN akan keluar secepat mungkin

Permohonan boleh dibuat dan borang boleh didapati di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Bangunan Anjung Siswa. Sila berjumpa dengan Cik Masnehneh Masdin untuk permohonan. TQ

No comments: