Saturday, January 3, 2009

Demonstrasi - Langkah kurang bijak

Dunia kini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap Palestin. Tidak kira negara-negara Islam mahupun negara-negara Barat, dunia mengecam tindakan Israel dengan melancarkan demonstrasi di tempat masing-masing bagi menyuarakan bantahan kepada Israel. Namun, yang kita kesali, tindakan seumpama ini walaupun telah berlarutan sekian lama dan langkah yang sama diambil iaitu demonstrasi, keadaan ini tidak pernah berubah bahkan bertambah teruk dari tahun ke tahun. Mengapa negara haram yang kecil seperti Israel boleh bermaharajalela tanpa boleh dihalang oleh negara-negara besar dan berpengaruh. Ini yang sepatutnya kita fikirkan dan cari penyelesaiannya. Pernahkah kita terfikir, negara-negara Islam sering dipermainkan disebabkan demonstrasi. Adakah demonstrasi yang dilakukan di seluruh dunia mampu menghentikan tindakan Israel. Mungkin YA untuk jangka masa pendek tetapi TIDAK untuk jangka masa panjang. Nah, perkara inilah yang sepatutnya kita bincangkan untuk mencari penyelesaianya. Bukannya dengan mengadakan demonstrasi yang hanya mendatangkan kerugian daripada keuntungan. Bagi Israel, demonstrasi hanya sesuatu yang boleh ditertawakan. Masa melakukan demonstrasi telah mengurangkan masa kita untuk beribadat kepada Allah dengan mendoakan saudara kita di Palestin agar ujian mereka dapat diringankan. Demonstrasi juga telah mengurangkan masa kita berfikir untuk membantu saudara di sana. Demonstrasi juga mungkin akan membazir banyak benda kepada kita.

Terdapat banyak lagi pendekatan yang halus dan berkesan untuk meminimumkan dan menyelesaikan masalah ini. Satu daripadanya, minta dan doa kepada Allah S.W.T agar saudara kita ini mendapat perlindungan daripada-Nya. Kita fikirkan bersama, negara kecil seperti Israel tidak mampu dipertikaikan oleh dunia. Mengapa? Sudah pastinya kekurangan ILMU yang dimiliki terutamanya oleh masyarakat Islam kini. Kita tidak mampu berfikir seperti yang mereka boleh fikir. Kita perlu juga mempertingkatkan ilmu kita kerana ilmu sahajalah yang mampu menamatkan kekejaman, kerasukan, ketidakmanusiaan dan kecelakaan negara Haram Israel.

Saya menasihati rakan-rakan mahasiswa UMS agar tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi atas apa juga alasan dan sebabnya. Perbanyakkanlah doa dan pertingkatkanlah ilmu. InsyaAllah kita akan mendapat apa yang kita hajati.

5 comments:

NIVYANFAZZA said...

THANKS MR.PRESIDENT...THAT'S IT WHAT I MEANT!

Unknown said...

Salam...

Saya mempunyai sedikit komentar mengenai pendirian yang diutarakan oleh saudara Presiden. Komentar tersebut saya poskan di blog saya.

Saya menjemput saudara Presiden atau sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya dipautan berikut:-

http://msslawliet.blogspot.com/

Sekian, terima kasih.

8)

Hilal Azmi said...

Demonstrasi ada kepentingannya.... Boleh digunakan bagi memastikan suara kita jadi LANTANG bunyinya... Tapi, kalo dah men dengan kes YAHUDI yang ada kat ISRAEL HARAM tue, xbleh guna jugak... Aku rasa kaedah Hitler guna ja yang sesuai untuk selesaikan masalah dengan YAHUDI sial ni...

Ada stuju ka?ehe

anakmudasabahunggul.blogspot.com said...

Saya melihat perkara yang melibatkan Yahudi Israel ni mmg xda penghujungnya. Saya tidak menolak demonstrasi satu usaha yang baik tetapi kita perlu melakukan sesuatu yang lebih berkesan. Sudah pasti bukan singkat tetapi Israel pasti akan binasa

NIVYANFAZZA said...

solution
BOIKOT ISRAEL, AMERIKA AND SEMUA SEKUTUNYA..
JANGAN JUAL LAGI MINYAK PADA MEREKA...