Saturday, February 7, 2009

Institusi Diraja perlu dihormati

Situasi politik sekarang amat sukar diramal. Bermula selepas PRU12 yang mana pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi yang banyak dalam Parlimen, ditambah pula keyakinan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan Malaysia kini semuanya terlalu sukar dijangka.

Episodnya bermula dengan kemasukan semula DSAI ke dalam Parlimen melalui kemenangan beliau dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika isteri kesayangannya sanggup megosongkan kerusi tersebut untuk suami tercinta. DSAI tidak boleh dipertikaikan mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Keyakinan PR bertambah selepas itu untuk membentuk kerajaan baru. Seterusnya kerusi Kuala Terengganu juga berjaya dirampas PR. Keyakinan mereka memuncak. Istilahnya sama, pembentukkan kerajaan melalui wakil rakyat yang lompat parti.

Namun semuanya berubah apabila kerajaan Perak bertukar tangan kpd BN. Situasi ini amat pahit ditelan oleh segelintir rakyat Perak. Namun tidak kurang juga yang mengalu-alukan pembentukkan kerajaan baru tersebut. Istilahnya juga hampir sama, cumanya ianya satu realiti bukannya fantasi.Wakil rakyat PR keluar parti dan menyokong pembentukkan kerajaan BN.

Sekali lagi saya tegaskan disini, saya tidak setuju pembentukkan kerajaan seperti itu. Pilihanraya adalah jalan terbaik. Namun, setelah diputuskan Sultan Perak sebegitu semua orang perlu hormat. Tidak perlu nak menghalang keadaan ini untuk terus berlangsung. Kalupun betul kita yakin kita betul, kembalilah kepada Allah. Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.

Memang situasi ini amat rumit. Kalau kita tengok pun kerajaan PR Perak sebelum ini amat lemah, wakil melayu dan Islam dalam kabinet negeri terlalu sedikit. Sudah pasti perjuangan sebenar sedikit sukar dipertaruhkan. Saya melihat penukaran kerajaan perlu dihormati. Kita yakin ada hikmah tersembunyi disebalik kejadian ini. Tidak perlu menampakkan ketidakmatangan politik kita dengan berbaring di jalan raya, menghalang istiadat pemasyuran MB yang baru. Orang luar akan mentertawakan kita. Kita bertelagah sesama sendiri. Ini tidak betul.

Bersabarlah dan yakinlah Allah maha bijaksana. Allah terlalu sempurna untuk mengatur kehidupan manusia. Berilah peluang kepada kerajaan baru untuk melakukan pembaharuan yang positif demi kebaikan rakyat Perak. Institusi Raja perlu terus didokong dan dihormati. Biarpun sebagai rakyat sabah saya tidak berpeluang secara langsung untuk mengalami kehidupan rakyat beraja, namun saya yakin orang melayu memiliki hormat tertinggi kepada raja2 melayu sejak sekian lama. Kekalkan ia selagi tidak bertentangan dengan aqidah

5 comments:

Anonymous said...

Salam..ana paham apa yg anta perkatakan..tetapi kalau dilihat dari sudut akal, tidak patut Najib berbuat demikian kerana:
1. dlm undang2 tubuh kerajaan Perak,dewan patut dibubarkan sebaik shj terdapat kekosongan melainkan pihak pembangkang dengan sukarela memberi mandat kpd BN utk menerajui Perak.ttp apa yg berlaku Najib menggunakan kuasa diraja. DYTM x sepatutnya masuk campur hak rakyat kerana rakyat yg berhak menentukannya.
2. Suatu kerugian bg BN kursusnya UMNO kerana membelakangkan hak rakyat lebih2 kini situasi UMNO yg ketanndusan undi percaya oleh rakyat. Matlamat menghalalkan cara untuk menjadi PM. Rakyat akan hilang hormat dan percaya kpd BN dan institusi beraja.
3. Imej yg buruk telah diukir secara terang-terangan oleh UMNO. UMNO mewakili org melayu telah sedikit sbyk memburukkan imej kaum melayu sbg peneraju majoriti kaum melayu. Lebel mungkir janji, rasuah, main belakang, matlamat menhalalkan cara adalah utk UMNO. Di sini BN kehilangan undi percaya kaum bukan melayu pula.
4.Persoalan yg kt sendiri boleh jawab. Jika ibu bapa kita menyuruh berbuat sesuatu yg mungkar, adakah kt perlu patuh pada suruhan tersebut. Inilah umpamanya raja dan rakyat. Raja perlu memimpin rakyat untuk ke arah kemakmuran. Tapi dengan cara yg bagaimana? sudah pasti kembalikan hak rakyat, kerana hanya rakyat sahaja yg boleh mnentukan siapa pemimpin mereka. Raja hanya penaung. bukan penentu. Di Terengganu dan perlis juga pernah berlaku sultan tidak bersetuju dengan perlantikan MB yg dilantik oleh dewan. Tetapi Sultan Trg tidak masuk campur dan menyerahkannya kpd siapa yg berkuasa bkn menentukannya.
5. Rakyat hilang kepercayaan kpd sultan perak. Mana mungkin sultan perak yg berpendidikan PHD in political Science telah membuat keputusan yg sebegini rupa, membelakangkan undang2. undnag2 tetap undang2. kalau tak mansuhkan segala undnag2 yg ada, kerana tidak ada nilai undang2 itu sendiri tanpa dipatuhi. Selama 25tahun rakyat memandang tinggi kepada sultan perak, dan dalam sekelip mata, kepercayaan itu hilang.

Mahkamah Rakyat adalah mahkamah terbaik...kerana rakyat yg berhak menentukannya...

Anonymous said...

semua cakap 2 btl...tp masalahnya hari ne org x nak ikut cara agama mcm mana nak selesai masalah...asyik nak bertelingkah saja...nt klu pembangkang naik jadi kerajaan akan wujud lagi parti pembangkang yang lain.....cb la smua ne blaja agama dlu...klu iman dah btul bru la jd pemerintah

Anak Kangkung said...

wajib patuh pada pemerintah selagi tak bertentangan dengan agama.. Mungkin, sultan perak ada sesuatu disebalik keputusan baginda. So,ikut kata pres..kita hormatlah institusi diraja tu..

nurilhakim said...

salam ziarah..teringat bagaimana Tun Perak memilih untuk menolak arahan Sultan supaya membunuh Hang Tuah kerana meyakini arahan Sultan adalah salah, dan akhirnya ia menatijahkan sesuatu yang baik..sekadar cetusan.. :)

Anonymous said...

salam???yang x paham politik memeng mudah mahu cakap..dlam kes perak hanya da satu kerajaan yang sah dari undg2 ya itu pakatan rakyat.menurut perlembagaan 16(6) mengatakan bahawa sultan x mempunyaikuasa untk melucutkan jawtn MB.jawatan Mb hanya boleh dilucutkn melalui MB meletak jawatam atau wujud undi x percaya melalui ADUN..itu baru boleh wujud pembuburan ADUN.apa yg berlaku d perak menunjukan bhwa BN yg bakal dketua najib merupakan parti yang mencabul hak rakyat perak...pemilihan zambry sebagai MB merupakan satu pilihan yang Bodoh DILAKUIKAN oleh KERAJAAn ...kalu ada yg sedia maklum bahwa zambry merupakan bekas exco perak ketika tajul rosli menjadi MB.beliU MERUPAKAN SEORANHG YANG MASIH DALAM SIASATAN BERHUBUNG KES RASUAH...BIJAK KE bn dalam memilih MB.saya sebagai rakyat perak MENYERU kepada PELAJAR yang mahu post komen perlu memahami bukan apa yang ditulis dalam akhbar kerajaan..tetapi memahami undg2 seharusnya..anda merupakan.pemimpin pelajar seharusnya memahami keadaan sebenar sebelum membuat kesimpulan berhbg kes di perak.....TAKBIR