Tuesday, February 10, 2009

Valentines Day bukan budaya kita

Memang tidak dinafikan sebagai seorang remaja kita memiliki sifat mengasihi dan dikasihi, menyayangi dan disayangi, merindui dan dirindui. Memang fitrahnya manusia begitu apatah lagi kita sebagai remaja. Kita mempunyai naluri cinta dan sayang yang begitu tinggi.

Namun apa yang kita lihat sekarang, remaja sudah silap mengintepretasikan perasaan cinta dan sayang tersebut. Remaja kini sedikit lari dari landasan sebenar. Saya yakin tidak kira apa agama dan kepercayaan kita tidak mengiktiraf cinta negatif ini. Apakah itu cinta negatif? Saya rasa semua remaja tahu secara teorinya namun tidak dapat menaplikasikannya secara praktikal. Memang susah. Cinta negatif adalah cinta yang membawa kepada maksiat. Berkepit ke sana ke sini tidak mengenal malu. Mengalahkan belangkas. Mereka menganggap dunia ini milik mereka. Memang indah tika bercinta, memang ghairah bila berjumpa namun jangan lupa batasan kita. Kita tidak mahu percintaan remaja sekarang membolehkan remaja menaiki motorsikal bersama, berpegang tangan tanpa ikatan yang sah. Ini jelas tidak benar. Salah dan haram.

Kita tidak nafikan cinta itu sendiri namun penterjemahannya perlu betul. Niat perlu juga diperbetulkan kerana niat yang suci.

Kita tidak mahu di UMS ini pasangan-pasangan 'ini' terus berkuasa dan bermaharajalela. Sama2 kita elakkan. Niatlah bercinta untuk berkahwin,insyaAllah kita akan mendapat redha.

Menyentuh berkenaan dengan valentines day, saya nak tegaskan disini ini bukan budaya kita secara total. Kita boleh mengaplikasikannya secara niat yang positif. Tidak salah kita raikan hari kekasih ni hari2 dengan syarat kekasih kita itu ialah isteri kita. Jangan pula meraikannya dengan pasangan yang belum sah dari sisi agama.

10 comments:

Ibnu Shaukani said...

sememangnya indah bila bercinta sesama insan, tetapi lebih indah jika cinta itu disandarkan kepada cinta Ilahi yang hakiki.

cinta berkat VS cinta laknat (nau'zubillah)

Anonymous said...

valentines bukan hanya suatu hari untuk menunjukkan kasih kita utk kekasih je..tetapi utk orang tersayang seperti ibu bapa, adik bearadik atau kawan-kawan....

kita tak patut menutup skopnya...
pendapat saya je...

mereka said...

Hari-hari adalah hari berkasih...
hari-hari tuk smua manusia

Anonymous said...

cinta sesama sahabat handai adalah kasih yang lebih hakiki drpd cinta sesama kekasih yang hanya tahu betapa pntingnya kekasih itu ONLY ON 14FEB..

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Sekadar perkongsian supaya tidak jauh menyimpang,
HARAMnya umat Islam menyambut Valentine's Day bukan kerana isu bercinta yang tidak bertepatan dengan syariat, sambutan yang tidak islamik dll. Tetapi punca pokoknya ialah kerana dari segi sejarah, ia mengandungi unsur2 keagamaan. Malah, Mufti Perak pernah menghukum boleh murtad mereka yang menyambut Valentine's Day (Utusan Online,12/2/2004). Jadi elakkanlah menyambut sambutan ini, walaupun sbgi bukti kasih kpda keluarga dan sahabat handai. Betul kata 'mereka',hari2 adalah hari berkasih. Maaf atas kekasaran.

aizan.07 said...

Memang cinta itu diciptakan ALLAH,tapi cinta yang bersandarkan manusia sahaja tidak adalah bukan hakiki. Cinta seseorang itu kepada orang lain dengan niat kerana ALLAh adalah lebih baik. Seperti 'mereka said'"Hari-hari adalah hari berkasih...
hari-hari tuk smua manusia" tak kan hari valentine sj sambut hari kekasih.

Anonymous said...

pernahkah korang tau apa asal usul valentine's day??terutamanya anda yang muslim..sila peka kenapa ulama mengharamkan hari tersebut, sejarahnya dsb...jgn sampai akidah tergadai.

Anonymous said...

valentine ni satu hal...
nk kte mcm mne lg eh...
ramai yg tau tp still smbut...
then, wat can i say...
nk marah dh besar...
msg2 dh blh pk...
tp tu r...
bak kate org, yg dilarang tu la sibuk kite nk buat...
kite tggu je la kesaran tu smpai kt org2 yg menyambut ni...

=]

nurul falah said...

sebenarnya hari valentine hanyalah propaganda org kafir utk menyesatkan org Islam tanpa sedar. mengapa kita hendak meraikan hari peringatan seorang paderi? nauzubillah.. semoga kita berada dalam lindungan dan redhaNya..
nurul: hari-hari sayang..
sayang Allah, rasul, umi, abah, adik2, kawan2
so xyah hari yg konon special ni..
kerana tiap2 hari adalah hari teristimewa dlm hidupku..

Anonymous said...

betul betul betul.......
betapa sakit nya hati
apabila mgetahui sejarah valentine itu sendiri..
kpada ya belum tahu p lah amek tahu
jgn buat2 tidak tahu...saranan sya x pyh smbut lah...jgn mgadai akidah demi kpentingan duniawi...tiada sudahnya dunia yg dcari...
salam maulidur rasul