Sunday, February 22, 2009

Pelajar sekolah kini di tahap membimbangkan

Saya terkejut apabila membaca berita seorang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh 24 remaja yang rata2nya merupakan pelajar sekolah yang sama. Puncanya hanyalah salah faham akibat seorang 'teman wanita'

Saya melihat, sebagai seorang bakal guru dan juga warga Malaysia yang prihatin, kita harus melihat ini sebagai sesuatu yang sangat serius dan perlu lakukan sesuatu.

Kalau kita lihat para pelajar sekolah kini sangat membimbangkan. Mungkin ponteng sekolah sudah menjadi perkara yang sangat biasa kepada kita. Para pelajar sekolah tidak takut untuk berada diluar sekolah pada waktu P&P sedang berlaku. Isu coupling dikalangan para pelajar sekolah juga menjadi perkara biasa. Isu rokok, terlibat dgn kes2 jenayah seperti gengsterism,mencuri,merompak,dadah dan seks bebas.

Ingat, mereka dan kitalah yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Suka saya memetik kata2 Profesor Doktor Yusof Al-Qardhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor pada masa kini berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauqi pernah bermadah yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang.”

Kita sangat khuatir akan masalah ini. Jangan salahkan sesiapa. Marilah kita semua mengambilnya sebagai suatu tanggungjawab besar untuk memastikan anak bangsa kita kelak sebagai bangsa yang baik akhlak dan pribadinya.

Kita sebagai mahasiswalah yang seharusnya menjadi golongan paling hadapan untuk menyelesaikan isu ini

No comments: