Sunday, February 1, 2009

Lompat Parti jejas sistem Demokrasi negara

Walaupun istilah lompat parti ini sebenarnya telah lama wujud, namun ianya menjadi sesuatu yang hangat dan panas selepas PRU ke 12 pada Mac tahun lalu. Ianya bermula apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mewar-warkan ada beberapa ahli Parlimen BN akan lompat parti dan Pakatan Rakyat akan mengambil kuasa pentadbiran negara pada 16 september tahun lalu. Walaupun sampai masa kini berita tersebut masih angan-angan, namun BN dikejutkan oleh tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang bertindak keluar parti menyertai PKR di Perak. Tindakan ini walaupun suatu yang berbentuk perjaungan prinsip namun ianya masih boleh dipertikaikan. Mengapa beliau melompat parti setelah menang atas tiket UMNO(BN) dan menyertai PKR(PR). Adakah beliau akan diberikan sesuatu yang lebih besar didalam Pakatan Rakyat berbanding di Barisan Nasional. Ataupun beliau tidak mempunyai pendirian utuh sebagai seorang pemimpin yang berkredibiliti.
Sekarang pula, hangat diperkatakan 2 Adun Perak daripada PKR(pakatan Rakyat) akan keluar parti sama ada menyertai BN ataupun menjadi ahli Adun bebas. Bermacam-macam isu dan ulasan yang dilontarkan oleh pemimpin dan rakyat. Ada yang mengatakan mereka berdua ingin bebas daripada tuduhan rasuah dan menyertai BN dapat merealisasikan impian mereka. Ada juga yang mengatakan mereka terasa tercabar dengan Adun Bota yang keluar UMNO untuk menyertai PKR yang ura-ura beliau ditawarkan jawatan EXCO kerajaan Perak. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka sudah tidak merasa selesa untuk terus kekal berada di dalam Pakatan Rakyat.
Walau apa pun alasannya, saya merasakan lompat parti atau keluar parti bukanlah suatu tindakan yang bijak. Baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang, mereka harus berpendirian teguh dalam memperjuangkan prinsip yang betul. Kalaupun ada masalah di dalam parti bantulah untuk menyelesaikannya dan bukannya bertindak keluar parti. Ini menampakkan kurangnya kredibiliti pemimpin tersebut.
Apabila keadaan ini akan terus-terusan berlaku, ianya akan mencacatkan sistem demokrasi negara yang mana kemungkinan sesuatu kerajaan negeri mahupun pusat terbentuk bukan melalui Pilihanraya tetapi menerusi ahli ADUN ataupun MP yang keluar parti. Ini salah dan lari daripada prinsip.
Kerajaan yang murni ialah kerajaan yang betul-betul mendapat mandat daripada rakyat melalui pilihanraya dan bukannya melalui sistem lompat. Kita setuju bila mana sesuatu kerajaan tertentu terbentuk melalui sistem pilihan raya yang telus dan kita tolak sebarang pembentukan kerajaan yang melalui sistem lompat kerana kita khuatir pemimpin tersebut sudah hilang kelayakan menjadi wakil rakyat dan pemimpin yang cemerlang.

4 comments:

ANTI-KRONISME said...

i agree with u, lompat parti bukan salah satu cara untuk mencari kebaikan, walaupun kadang0kala ada kebaikan..
mungkin mereka mengambil daripada hIJrah...

Anonymous said...

masalahnya umno dah kena batang hidung sendiri baru nak gubal akta anti lompat..padahal masa pas kelantan lebih satu kerusi nak buat akta tu ditolak mentah2 oleh umno..hipokrit..tengok lah perkembangan dari awal, bukan komen sekadar pemerhatian semasa jak..

Anonymous said...

" Dalam kursus-kursus indoctrinasi UMNO yang ditekankan ialah kebencian kepada PAS dan DAP. Ahli UMNO dan para jongos UMNO sangat benci dan gementar pada DAP. Sebab itulah segala macam saluran digunakan untuk mengagalakan kerajaan PR kerana DAP kuat di situ.

Tetapi tetiba aje UMNO ni diresapi rasa kasih dan rindu serta terliur terhadap DAP. Dan amat menyayangi DAP. Jelas talam 10 muka.


Ini adalah Nasarudin punya angkara.

Bila YB ini melompat ke PKR, maka sibuk lah UMNO nak pinda undang undang yang boleh menghalang lompat parti ini. Dulu, semasa PBS perintah Sabah, 1985-1994, PBS buat undang undang tersebut, UMNO kata tak boleh. Bila PAS buat, semasa kes Nordin Salleh ADUN Sungai Pinang dari Semangat 46 lompat ke UMNO, pun mahkamah tolah. Sebabnya ialah bercanggah dengan artikel 10 (1) (c) perlembagaan persekutuan yang membenarkan individu menganggotai mana mana pertubuhan.

Tetiba Fuad Zarkashi cadang pinda perlembagaan persekutuan . Anda tahu, negara yang paling banyak melakukan pindaan kepada perlembagaannya ialah Malaysia. Sikit sikit pinda perlembagaan. Nak naikkan umur bersara seorang jongos pun pinda perlembagaan.

Fuad cadang pinda artikel 10 (2) (c). Dia dah tahu BN tak punya majoriti 2/3. Tetiba aje rasa kasih, dan rindu dan asyik dan masyok dan terliur pada DAP menyusup ke dalam UMNO. Apabila diacah oleh Karpal Singh kononya kalau nak pinda hal lompat ini, beliau boleh tawarkan sekurang kurangnya 8 undi daripada DAP

Tetiba aje DAP jadi ayu. Pada juling UMNO."

ahmad said...

UMMNO tau kalau buat pilihan raya negeri semula, ia akan kalah lebih teruk...sebab tu Najis main kotor dgn cara lompat parti....

UMNO dan BN too desperate sampai Adun yg disyaki kes rasuah dan seks pun dia nak.....

May Allah punish those who do corruption n money politics that brings the disaster to us rakyat..