Tuesday, March 24, 2009

Masalah sosial mahasiswa UMS amat membimbangkan

Kali ini saya ingin membawa pemikiran mahasiswa semua kepada satu isu yang dianggap 'biasa' oleh sesetengah mahasiswa iaitu keruntuhan moral dan masalah sosial. Kita di UMS telah mula menularnya penyakit sosial yang amat menyakitkan mata seperti budaya coupling yang amat berleluasa sehingga naik motor lelaki dan perempuan bersama. Lebih2 lagi yang beragama Islam. Perbuatan ini sudah terang lagi bersuluh salahnya. Belum lagi diteliti pemakaian mahasiswa yang semakin hari semakin meniru cara barat. Ya, memang kita patut selari dengan globalisasi dan budaya semasa namun jangan pula kita terjerat. Kini mahasiswa tidak lagi malu memakai baju yang menampakkan pusat, pakaian yang terlalu ketat yang menampakkan potongan tubuh kurniaan Tuhan yang sepatutnya tidak didedahkan sewenang-wenangnya. Tidak lagi diperhatikan tulisan/lukisan/gambar pada pakaian yang tidak menggambarkan langsung ciri2 seorang mahasiswa. Tidak ramai sebenarnya mahasiswa yang sebegini namun bilangan sedikit inilah yang akan memberi kesan langsung kepada pengaruh mahasiswa keseluruhannya. Berbicara pula mengenai seluar pendek, skirt dan lain2 semua itu terpulang kepada mahasiswa yang berpendidikan tinggi. Kalau mahasiswa memikirkan panggunaan seluar pendek itu rasional dan relevan di Universiti gunalah, kalau fikir skirt yang pendek dan singkat itu tidak salah pakailah. Sekarang juga mahasiswa kita sudah ramai yang mewarnakan rambut. Isu ini mungkin sensitif namun sedarlah ianya salah.

Satu lagi isu yang mungkin sudah biasa didengari oleh kita semua iaitu isu maksiat. Ramai pihak yang memaklumkan kepada saya bahawa mahasiswa UMS sering kali 'check-in' di hotel2 di KK BERDUA. Ini amat mengecewakan kita. Ini juga merupakan satu pembawaan yang akan meghancurkan nama baik UMS. Ayuhlah mahasiswa sekalian, sedarlah kita setiap masa, jadilah mahasiswa yang berpendirian rasional dan matang. Jauhi segala budaya negatif. Sumbanglah sesuatu yang positif kepada UMS dan Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

sbgai pres MPP, apa yang kau boleh buat? sekadar tulis kat blog aku tak heranla. aku nak tindakan....

Anonymous said...

tindakan bukannya Press seorang je yang boleh buat umssssssss.....kita semua perlu memainkan peranan...Press hanya wakil pelajar, kalau dia nak buat hudu pun kena ada kelulusan dari UMS punya pentadbiran,
tu pun takleh fikir, asyik ckp, tapi takda cadangan..bagilah cadangan kalau power sangat.....
nama pun umsssssssssssss....
lagi satu, terasa ke pedasnya??? ke anda yg selalu 'chek in' kat hotel tu???

Anonymous said...

umssssssssss ni pikir dulu sebelum cakap...ini tanggunjawab semua warga ums...bukan one man show oleh pres....

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Alhamdulillah. Kesedaran dah tampak pada wajah2 ikhlas mahasiswa. Jadi apa tindakan yang boleh diambil?

1. Melaksanakan undang-undang yang lebih tegas ke atas mereka yang tidak mematuhi peraturan misalnya memberi kuasa kepada pegawai keselamatan menyaman pelajar

2. Melihat saranan berpakaian sopan, tidak berdua-duaan dan sebaginya sebagai saranan mendukung akhlaq dan nilai moral kalaupun mahu dipertahankan kebebasan beragama (tp ada ke agama yg benarkan tu semua? jom debat)

3. Menidakkan penodaan institusi universiti sebagai institusi akademik oleh penganjuran program hiburan luar kawalan dan tiada faedah kepada mahasiswa

4. Menyokong semua yg diatas

Maaf atas kepahitan kebenaran.

Anonymous said...

Salam..
kebnyakan mahasiswa taw bende2 tu sume salah...tapi nafsu melangkaui pemikiran yg rasional..
meniru budaya barat boleh la dikatakan budaya kig kong..
kalo kite tgk cite king kong, ia lebih hargai org brt yg dtg kat tmpt dia banding ngn penduduk kg kat situ..
masyarakat kite memandang ape yg dibawa oleh barat sumenye bagus kat mata dorng...
walaupun hakikatnya xla baik..tapi mereka menafikannya kerana mindamasih lagi dijajah pengaruh barat..

Anonymous said...

sokong.. harap2 ada yang terbuka ati utk berubah.. pa hebatnya menayang pusat, mewarnakan rambut, or naik motorsikal bercouple? xda hebatnya. in my opinion, lagi hebat jika kita sendiri tunggang motor besar, x perlu tumpang bf.. kalo da cantik, bukan tengok pada warna rambut.. kalo kurang pada rupa, jangan kurang pada budi... couple time U ni hanya membebankan.. mungkin tidak bagi sesetengah orang tapi yang boleh mengawal diri, menjadikan partner sbg pendorng kejayaan...

taiko said...

haha..aku rase yg mrh2 tu tkene btg idung.ka ingt pres tu aper?pjaga dosa korang ker?cukupla sekadar bg nasihat.sbg org mlayu,nak2 islam..sendiri mau ingt la..belajar tinggi otak pandai tp moral kosong.aper daa ka ni umsssss..nmpk sgt ka nih..

kirana said...

wei mana korang tau yg check-in 2 kapel???mana tau dorang dah sah..byk mahasiswa dah berumahtangga krg nie..ingat fitnah 2 dosa bsr,pasal pres 2 saya nak sokong apa umsssss 2 ckp..kalo sekadar ckp ja tanpa tindakan teda guna..harap populariti jak lebih tapi jgn lupa sebab anda diundi...