Wednesday, March 11, 2009

PENJELASAN MENGENAI SPOT-CHECK DI KOLEJ E

Saya ingin menegaskan di sini bahawa MPP dan JAKMAS tidak pernah sama sekali terlibat merancang dan melakukan spotcheck.
Apa yang berlaku pada malam kejadian telah pun saya terangkan semasa speakers corner di kolej E khamis lepas.
Kebetulan pada malam tersebut MPP baru selesai bermesyuarat dan tiba2 saya mendapat panggilan palsu daripada beberapa pelajar kolej E yang menyatakan spotcheck sedang dijalankan. Namun, tidak ada pun spotcheck dijalankan.
Kehadiran MPP ke sana ialah untuk membetulkan keadaan namun persepsi pelajar tidak tepat dengan mengatakan MPP yang melakukan pemeriksaan.
Kami tidak menyalahkan rakan2 pelajar di atas kejadian ini namun yang kami kesal ialah tindakan sesetengah pihak yang cuba membuat provokasi dengan tujuan menjatuhkan nama MPP dengan membuat laporan palsu.
Saya juga ingin menjelaskan kekesalan di sini yang mana para pelajar kolej E yang KONONNYA telah dikenakan bayaran sehingga RM250. Namun setelah saya melakukan siasatan sendiri dengan pergi ke blok2 kolej kediaman E tiada seorang pun yang mengaku telah membayar kompoun tersebut.
Makanya sebagai seorang mahasiswa, kita harus matang dalam menyampaikan sesuatu maklumat agar ianya tidak menyusahkan orang lain.
Terima Kasih

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Pres,pres pun perlu bercakap ikut fakta.Ada bukti.Tanya falo.Apa dia buat dan di mana dia berada pada hari tu?

Anonymous said...

Falo yg timbalan pres MPP ka?Pres tak jawab pun comment ne.Nak tau juga kes sebenar!