Monday, March 30, 2009

Penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) di Universiti Malaysia Sabah perlu dikaji semula.

Sebelum mengulas isu ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menyumbang sesuatu yang sangat besar kepada Negara Malaysia yang tercinta. Moga-moga Allah membalas segala jasa baik YAB. Semoga YAB sentiasa dilimpahi rahmat setelah bersara daripada kerajaan.

Mengenai Festival Filem Malaysia (FFM) yang akan dianjurkan di Universiti Malaysia Sabah pada ogos 2009 nanti, saya melihat pihak kerajaan perlu menilai semula secara teliti dengan mengambil kira kehendak pelajar di UMS dan pihak lain. FFM adalah anjuran dan kelolaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang mana menterinya ialah Datuk Seri Safie Apdal yang merupakan anak jati Sabah. Saya melihat beberapa faktor perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan iaitu:
1. Penganjuran FFM di kampus (UMS) sedikit sebanyak telah menafikan ‘hak akademik’. Penganjuran FFM akan membawa kepada penganjuran-penganjuran aktiviti dan program-program yang berbentuk bukan akademik secara berterusan dan dalam jumlah yang lebih banyak selepas ini. Perkara ini sedikit lari daripada prinsip penubuhan pusat pengajian tinggi yang mana tujuan murninya ialah untuk mengembangkan keintelektualan secara berterusan.
2. Penganjurannya di Dewan Canselor UMS yang mana tujuan utama pembinaannya untuk konvokesyen mahasiswa akan menghilangkan aura konvokesyen tersebut. Penganjuran aktiviti atau program yang lebih besar seperti FFM di Dewan Canselor UMS akan meminimumkan kebanggaan warga UMS terhadap fungsi Dewan Canselor sebagai pusat akademik.
3. Penganjurannya nanti semestinya akan dihadiri oleh ramai artis-artis dan pelakon-pelakon popular. Ini akan menarik ramai orang luar untuk datang ke UMS. Kita khuatir mereka yang datang dan masuk ke kampus (UMS) akan membawa imej yang tidak baik dan mempengaruhi mahasiswa di UMS.

Saya tidak nafikan penganjuran FFM akan mendatangkan kebaikan kepada banyak pihak. Namun, saya menaruh harapan yang besar untuk kerajaan mengkaji semula penganjuran FFM di UMS. Sebagai rakyat Sabah, saya berbesar hati ianya dianjurkan di sini tetapi bagi saya tidak sepatutnya di UMS. Kerajaan sepatutnya mencari tempat alternatif untuk memberikan penganjuran terbaik dari sudut objektif dan keberhasilannya kelak.

Untuk pengetahuan rakan-rakan mahasiswa juga, pihak MPP akan mengadakan ’survey’ bagi mendapatkan pandangan mahasiswa UMS, pensyarah, kakitangan dan staf, dan pihak pentadbiran. Pendirian kita sebagai mahasiswa UMS akan kita terjemahkan setelah kita berjaya mengumpulkan sebanyak mungkin suara dan pendapat warga UMS dalam masa terdekat. Apa yang saya harapkan, semua pihak harus menghormati suara dan pandangan majoriti yang kita akan jadikan asas pendirian kita sebagai mahasiswa UMS

18 comments:

pijol@fizul said...

pastinya setiap insan yang diciptakan TUHAN adalah unik.
dan menjadi kemestian dan pasti semua orang akan mempunyai pendapat yang berbeza2 kan...eloklah pihak mpp membawa perkara ini ke meja pentadbiran dahulu mengetahui pendapat pentadbiran seterusnya membentangkan survey pelajar2 lain...kalau boleh biarlah survey tersebut mencapai majoriti pelajar supaya bukti kehendak pelajar adalah kukuh dan kuat...

kerna ku yakin jika aku mengeluarkan pendapat aku, aku akan mengeluarkan pendapat yang memenangkan 'nilai' diriku sahaja.biarlah keputusan yang dibuat mpp berdasarkan suara 'mahasiswa' yg majoriti bukannya suara individu yg memegang jawatan 'mpp'..
supaya semua pihak berpus hati terhadap keadilan seluruhnya....
(sekadar pendapat peribadi dari insan yang juga punyai pendapat.....MANUSIA ADALAH SANGAT UNIK!)

Rambouillet said...

Betul tu..
Takut2 orang da xpandang UMS sebagai institusi pendidikan sahaja..tetapi juga sebagai tempat penganjuran anugerah berprestij..

akmakema said...

yup, betul jgak tu...
mmg x sokong wat kat UMS...
nnti mcm2 unsur -ve masuk...
mula2 sikit...
pastu banyak2...
adoi,....

lAl said...

Pada pendapat aku, kalo dah tujuannya UMS nie utk pendidikan, kenapa tidak boleh FFM dibuat di UMS???

Seperti yang penulis OPK pernah kuarkan sebelum nie, aku juga bersependapat dengan Ceknang di OPK.

Cuba butikan kat bahagian mana FFM ni boleh menghilangkan "aura" konvokesyen seperti yang ko gitau dalam entry ni?

Dan perlu ingat dan pastikan betul2 apa kapasiti yang ada pada Dewan Canselor tue sehinggakan boleh menjadi pilihan pihak penganjur FFM untuk diadakan di sana...

Sekian..
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah

anakkangkung said...

Salam pendapat...
Dah dengar sal khabar bakal penganjuran FFM di Dewan Canselor ne since awal tahun. Dengar kat TV and also kat radio.. Terkejut gak coz isu konsert Anuar Zain ari tu kat DC pun tak abis g tiba-tiba ada g pula majlis FFM yang bakal berlangsung. Hmm..penganjuran FFM di DC sememangnya bakal mengundang seribu satu pro dan con terhadap situasi dalam UMS ne sendiri.. Untuk itu, perkara ne wajar dibawa berbincang secara empat mata di antara pihak-pihak berkenaan..

Apa-apapun, anakkangkung sokong pendapat saudara pijol =
"eloklah pihak mpp membawa perkara ini ke meja pentadbiran dahulu mengetahui pendapat pentadbiran seterusnya membentangkan survey pelajar2 lain...kalau boleh biarlah survey tersebut mencapai majoriti pelajar supaya bukti kehendak pelajar adalah kukuh dan kuat...biarlah keputusan yang dibuat mpp berdasarkan suara 'mahasiswa' yg majoriti bukannya suara individu yg memegang jawatan 'mpp'.."

Anonymous said...

adakah kita nak melihat sambutan pelajar lebih baik terhadap program anjuran luar berbanding dgn anjuran pihak ums sendiri? sekadar nak bagi komen, FFM bg saya x sesuai dilakukan di UMS terutamnya di DC.. byk kurangnya berbanding lebihnya. kita sendiri maklum, zaman skrng lebih mementingkan hiburan berbanding tjuan asal datang ke sini.

Anonymous said...

betul,betul,betul....
macam xde tempat lain lagi ke kat sabah nak wat benda ni......suka ati korang lah yang sokong benda ni
tp napa nak wat kat ums gak
dah namanya institusi pengajian tinggi, jd biarlah program yang nak diadakn kena pada tempatnya...klw program berbentuk ilmiah xpalah jugak....kita tengok lah jugak kita kat ums nie lebih suka benda berbentuk hiburan dan glemer tp program ilmiah dan cetusan pemikiran xnak sokong pula.....benda gini jugak yang nak di perjuangkan....ish3..
saya x menghalang benda ni jadik gak tp jgn kita jd zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya......salam

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Mohon izin saya nukilkan sedikit pandangan tentang FFM ini secara umum sahaja.

Ramai sahaja yang mengeluh kerana majlis ilmu kurang mendapat sambutan. Majlis hiburan dan hedonisme lebih makmur dan menerima kebanjiran serta tumpuan. Ada dua kemungkinan yang menjadikannya begitu sama ada sistem nilai manusia sudah rosak, atau majlis ilmu itu sendiri tidak punya nilai.

Mahasiswa hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. Pujukan paling berkesan adalah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN. Hidup kita hari ini menjadi 'hiburan centric'. Semua mesti ada unsur hiburan. Dari 'ringtone' telefon hingga ke majlis agama, mesti ada unsur hiburan. Jika yang ditawar hanya santapan minda, maka bersedialah untuk ramai AJK daripada peserta. Ketika orang ramai (hatta mahasiswa) keliru dan sesat akibat sekularisma, hiburan seperti ini pula disajikan sebagai 'ubat' oleh pihak yang berkepentingan dan tandus akal fikirannya.

taiko said...

aku rase pelik knp ums dijadikn tmpt hiburan..ums boleh tukar jd tmpt untuk artis2 yg mjoriti tidak bilmu tu kumpul..tah hape2.dulu, kt ukm masuk tmpt konvo rase bangga.kt ums ni msuk dc mcm pkare biase.tade ape yg special ..

Anonymous said...

maaf..sdikit percanggahan pndapat d cni..
kalau asyik mengeluh: itu tak bole, ini tak bole..mmg la kita takkan maju.. apa yg boleh saya katakn di sini bahawa hipokrit semakin menjadi2 dalam diri para mahasiswa.. klau ada program akademik, bukan nk dtg pun.. tp klau ada program hiburan, nk dtg tp hipokrit mngatakan itu tak baik kerana membawa unsur2 tak baik kpd student.. bgaimna pula dgn unsur yg baik dtg dr program itu? pandanglah dari pelbagai sudut.. bukannya apa.. mahasiswa sendiri bole memberi laluan kpd program2 spt ffm ni.. tdk semestinya dengan ada program ini, akhlak akn jatuh, mhasiswa akn trpengaruh dgn budaya negative.. Tidaakkk! tidak sama sekali.. pandangla sesuatu dr sudut positif.. jika peribadi mengatakn tidak kpd unsur negatif, pertahankn dan kukuhkan nya..biarlah program ffm ni blangsung utk mnguji ktahanan peribadi anda smua.. jika hanya krana program ffm ini bole mpengaruhi mahasiswa sperti anda, bgaimana realiti khidupan anda di luar kampus nanti?? jadi, janganlah memandang hiburan ini suatu bentuk negatif bah.. kita smua tahu apa yg baik dan buruk.. sesungguhnya smua ini datang dr diri kita sendiri.. cabarlah diri anda sebelum anda di cabarkn suati hari nnt.. salammm...

Anonymous said...

FFM,,FFM,,FFM....huh..hangat hangatttt..FFM YG BAKAL DIADAKAN CONFIRM MEMBERIKAN NILAI NEGATIF CEK OI..banyak mudaratnya...jangan sampai TSUNAMI KALI KE DUA MELANDA UMS SUDAHHH..!! pIHAK PENTADBIRAN UNUVERSITI MEMANG MELAMPAU..suara mahsiswa tidak diambil kira sebelum keputusan di buat..
...aku kecewa...

Anonymous said...

FFM...? baguslah tu... knp plak xbagusnya..? bkn senang nak masuk neraka... hahahha

mr kim said...

Bersyukur & trm ksh sudi terima komen plj ums.

Ada orng kata pisau sgt memberbahayakn. Ia blh membunuh. Jadi, ada golongan membantah & mengharamkan ia.

Pengharaman ni patut keh? ni sgt kontroversi.

Pisau da kebaikan keburukan. kan? kan? ia blh bunuh, ia pun blh potong makanan.

Tengokla pa perspektif kita.

Ada juga orang kata "yg bahaya adalah orang". Orang membunuh, bukan pisau. Pisau adalah benda x hidup. Maka, tengoklah mcm mana kita gunakan pisau tu.

Patut keh kita memahami tujuan anjuran FFM ni? berunsur hiburan? atau dapat mengcungkil bakat-bakt pelajar dlm kesenian & kreativiti.

Peranan MPP sgt penting di sni. MPP adalah memimpin, dan membawa mahasiswa2 ke tahap yg lbh tinggi. sebagai mahasiswa yg bermutu harusla mempunyai nilai moral yg tertentu. Kita perlula mempunyai pendirian sendiri to memandang isu ni. MPP la mendorong kita mcm mane kta memandang isu ni. tetapi jgn la sampai tahap "membantah".

seperti anonymous 'reply' pd 4 april, klau kekangan byk, susah nk maju. Program sgt susah nk anjur, plj pun susah nk join.

contoh negara lain x payah bagi la. nanti komen panjang sgt.

harap maaf. pendapat sgt panjang. teruskn maju. buatla apa yg patut buat. =)

PS: yg baik kita ambik, yg buruk buang aje.

Anonymous said...

saya skong pendapat lAl... ape slah dan dosa ke majlis ini diadakan?? majlis ni diadakan utk mengiktiraf glongan seni dan hasil2 karya filem tempatan... jd apa salah nya jika majlis ini diadakan di ums??

jgn la kta bersikap tidak terbuka dalam isu ini... kita sudah menjadi seorg mahasiswa yg boleh berfikir dgn matang... yang mana baik diambil, yg mana buruk dibuang... jadi apa masalah nya jika ia dianjurkan disini??

adakah para penentang majlis ini ingin mengatakan bahawa pelajar2 skrg ini tidak reti untuk berpikir yg mana baik dan buruk?? jika begitu pelajar ums sahaja lah yg tidak reti untuk memilih mana yang baik dan mana yg buruk...

majlis ini bukan pertama kali dilakukan di ipta... jika anda ingin tahu, majlis ini pernah diadakan di unimap dan juga usm... dimana usm merupakan satu2 nya ipta yg bergelar uni apex dan diiktiraf dunia tetapi majlis tersebut dengan jaya nya dilakukan di ipta tersebut...

tetapi apa yg menjadi perhatian adalah, apakah wujud niai2 negatif yg timbul di usm skrg nie selepas penganjuran majlis tersebut di situ?? apa yang aku lihat, banyak baik nya majlis ini diadakan di ums... kita sedia maklum ums nie sepi dari dunia pengajian tinggi negara... jika ada majlis2 atau aktiviti2 ipta kebangsaan, ums jarang skali menghadiri dan mengikuti nya... malah rata2 rakyat di semenanjung tidak mengenali apa itu ums...

jadi dgn penganjuran majlis ini lah ia sedikit sebnyak dapat meningkatkan ums di persada negara... kerana ia melibatkan bdang seni negara yg bleh dikembangkan ke sabah... malah ia akan meningkatkan industri perfileman tempatan sabah dan para peljar seni ums... bukan kah ini sesuatu yg amat baik??

jadi mengapa kita tidak melihat kepada yg positif?? kenapa mentaliti peljar kita sekarng ini hnya melihat pada yg negative?? jika dirasakan bahawa majlis seumpama itu tidak mendatangkan faedah dan membawa unsur negatif, kenapa kita tidak mengharamkan festival2 dan pesta2 yang dianjurkan dalam universiti?? seperti pesta kebudayaan?? pesta tang lung?? pesta angpow?? dan pelbagai lagi pesta2 yang wujud nya persembahan tarian... sebagai contoh malam kebudayaan... malah pesta kenyalang lagi... dimana rata2 penari nya adalah tidak menampak kan pemakaian yg sopan... terdedah sana sini...

tp boleh kah kita salah kan mereka dan haramkan pengajuran seumpama begtu?? tidak mungkin sama skali kerana ia adalah budaya masyarakat tersebut... jadi ape yg ingin saya sampaikan, jangan lah kita bersikap tidak terbuka di dalam isu ini... jika kita ingin menidakkn majlis itu, knapa kita boleh menghalalkan majlis lain yg hampir serupa dgn mjlis ffm ini?? jijik kah hasil seni tempatan sehinggakan tidak boleh langsung dibawa masuk ke dlm ums??

>> ahmad

Anonymous said...

selain itu, saya nk beri pendapat... kalau nk ekotkan, hiburan di ums tidak sebesar mana... jika ada pon konsert artis atau pertunjukan artis, ianya tidak sebesar mana... ianya hanyalah persembahan kecil, tetapi digembar gemburkan oleh penentang2 yang bersikap kolot ini dengan mengatakan bahawa aktiviti atau persembahan seumpama itu mendatangkan kesan negatif...

jika dilihat universiti lain contohnya ukm... disana mereka ada menganjurkan persembahan artis2 tempatan yang baru naik di kolej kediaman mereka... tetapi pelajar2 disana sangat berfikiran terbuka dan tidak kolot, dan mereka sentiasa menyokong industri seni tanah air... tetapi apa yg berlaku di ums? artis dan penghibur2 tanah air ditentang daripada memasuki ums dan dikatakan yang mereka ini membawa lahnat kepada ums... bukankah ini sesuatu yg kolot??

apakah pelajar sekarng tidak boleh berpkir dalam menjaga diri msing2 shingga persepsi sebegitu rupa dilontarkan oleh para2 penentang industri seni tanah air ini?? malah boleh saya katakan bahawa pelajar ums ini sudah layu dan lesu... ini kerana mereka hanya dihidangkan pelajaran semata2... ssuatu yg boleh menaikkan semngat mereka seperti penganjuran majlis bertaraf antarabangsa semuanya ditentang dan tidak mahu pelajar2 ums merasai nya...

jadi oleh sebab itulah pelajar2 ums boleh dikatakan lesu... lihatlah uni lain seperti usm dan ukm, jika boleh saya kata banyak aktiviti dan persembahan golongan seni tanah air dilakukan disana, tetapi pelajar2 disna adalah tetap excellent dalam bidang akedemik dan tidak ada pon masalah sosial yang timbul dgn penganjuran2 majlis seumpama itu... malah ia antara uni tempatan yg bertaraf antarabangsa dunia...

tetapi dimanakah letak nya ums?? sehinggakan majlis yg boleh membuka mata masyarakat mengenali ums ditentang habis2an... inilah realiti nya bila mana pelajar ums adalah kolot jika boleh saya simpulkan... think positive...

>> ahmad

Anonymous said...

bagi saya tak ada salahnya penganjuran ffm di ums nie.kta kalau nak jadi bakal pemimpin masa depan,kenalah berfikiran luas dan terbuka...jangan seperti katak di bawah tempurung...sorilah ye...kalau ada-ada yang terasa..jangan terlalu pentingkan diri..cuba fikirkan di kota kinabalu ini ,mana lagi ada tempat atau dewan yang sesuai bagi majlis besar peringkat nasional????cuma deewan canselor saja yang saya tahu sesuai untuk majlis cam tue...lagipun ini satu lagi fakta yang korang harus tahu dan ambil tahu....UNIVERSITI MALAYSIA SABAH NIE KERAJAAN YANG PUNYA DAN BUAT...JADI KERAJAAN BERHAK PILIH TEMPAT YANG MEREKA RASAKAN SESUAI UNTUK PILIH...TAMBAHANPUN..FFM TUKAN KERAJAAN YANG ANJURKAN...JADI TAKSALAH RASANYA KALAU KERAJAAN PILIH DEWAN CANSELOR SEBAGAI TEMPAT FFM NANTI...jangan terlalu fanatik dan bersikap tertutup baahhh...ini baru kat ums jer ,blum lagi kat tempat lain yang lebih luas dan lebih terbuka...fikir-fikirkan....kita sg mahasiswa nie.....

Anonymous said...

pening2... bginilah mahasiswa skg.. sorry to say, bginilah mahasiswa UMS skg... bfikiran sempit. kalau FFM x dsokong sebab isu akademik, fikirla, rakan siswa kita sendiri tersenarai dlm pympaian anugerah tu nanti. HELIZA! takkan kmu nak ckp dia x bpendidikan??? x pandai fikir???

come on lah... jgnlah pandang seni sbg sstu yg jijik. kalau ia btl2 sstu yg jijik, x la orang d kmnterian yg mmegang jwtn sbg menteri kebudayaan...so and so... xla kjaan menubuhkan fakulti2 seni d ipta... ia hanya akan menjadi jijik jika INDIVIDU itu sendiri yg menjadikannya JIJIK.

fikir2kanlah.

peace!

Anonymous said...

mPP cakap jerk bole lah..buat tidaknya..