Wednesday, March 4, 2009

Mahasiswa perlu merubah landskap politik Malaysia

Saya sekali lagi menegaskan di sini bahawa sebagai seorang mahasiswa, kita harus memiliki karisma kita tersendiri. Kita perlu sedar, kita akan mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Kita perlu mulakan ianya dari sekarang. Kita jangan beranggapan ini merupakan tugas individu2 atau kumpulan2 tertentu sahaja tetapi jadikanlah ia sebagai tanggungjawab bersama. Ayuh kita praktikkan sekarang kehidupan yang lebih berkualiti dengan mencipta dan mewujudkan mahasiswa yang matang, rasional dan relevan. Kita harus bersedia untuk mencipta kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Mahu atau tidak, mahasiswalah yang akan mencorak landskap politik negara pada masa akan datang. Mahasiswa jugalah yang perlu menjadi golongan terkedepan dalam memastikan politik negara pada masa akan datang berada di landasan terbaik dan menjadi contoh dan ikutan negara2 lain.

Apa yang kita sebagai seorang mahasiswa perlu lakukan:
1) Kuat membaca bagi memastikan fikiran kita matang dan rasional
2) Memperbaiki ciri kepimpinan kita - 'leaders are not born but leaders are made'
3) Memperbaiki akhlak kita untuk memastikan kita menjadi bakal pemimpin yang betul2 layak memimpin
4) Memastikan akademik kita cemerlang dan menjadi graduan yang tinggi kebolehpasaran
5) Memperbaiki soft skill masing2
6) Mendalami ilmu agama masing2 agar kita akan dapat membuat sebarang pertimbangan dengan rasional dan relevan
7) Pandai menapis dan menyaring segala perkara yang datang kepada kita agar kita tidak lari dari landasan terbaik. Kita jangan menolak sesuatu yang negatif secara terus, lihatlah ia dari sudut yang positif

Sama2lah kita berdoa agar kita mampu mencipta nilai hidup yang lebih positif pada masa akan datang

1 comment:

Anonymous said...

salam takzim dan ziarah.................